Anwar Ibrahim
Anwar Ibrahim | |
|---|---|
| انوار ابراهيم | |
Anwar Ibrahim pada 2026 | |
| Menyandang jawatan 24 November 2022 | |
| Raja | |
| Timbalan | |
| Didahului oleh | |
| Menteri Kewangan I | |
| Menyandang jawatan 12 Disember 2023 | |
| Raja | |
| Perdana Menteri | dirinya sendiri |
| Timbalan | |
| Didahului oleh | dirinya sendiri |
| Dalam jawatan 3 Disember 2022 – 12 Disember 2023 | |
| Timbalan | |
| Didahului oleh | |
| Digantikan oleh | dirinya sendiri |
| Dalam jawatan 15 Mac 1991 – 2 September 1998 | |
| Raja | |
| Perdana Menteri | |
| Timbalan | Affifudin Omar (1995–1996) Wong See Wah (1995–1998) |
| Didahului oleh | |
| Ahli Parlimen Malaysia bagi P063 Tambun, Perak | |
| Menyandang jawatan 19 Disember 2022 | |
| Didahului oleh | |
| Majoriti | 3,736 (2022) |
| Ketua Pembangkang Dewan Rakyat Malaysia | |
| Dalam jawatan 18 Mei 2020 – 10 Oktober 2022 | |
| Raja | |
| Perdana Menteri | |
| Didahului oleh | |
| Digantikan oleh | |
| Dalam jawatan 26 Ogos 2008 – 16 Mac 2015 | |
| Raja | |
| Perdana Menteri | |
| Didahului oleh | |
| Digantikan oleh | |
| Ahli Parlimen Malaysia bagi P132 Port Dickson, Negeri Sembilan | |
| Dalam jawatan 13 Oktober 2018 – 10 Oktober 2022 | |
| Didahului oleh | |
| Digantikan oleh | |
| Majoriti | 23,560 |
| Menyandang jawatan 18 Mei 2020 | |
| Presiden | |
| Didahului oleh | |
| Menyandang jawatan 18 November 2018 | |
| Timbalan | Nurul Izzah Anwar (2025-kini) Rafizi Ramli (2022-2025) Mohamed Azmin Ali (2018-2020) |
| Didahului oleh | Wan Azizah Wan Ismail |
| Majoriti | Menang tanpa bertanding |
| Timbalan Perdana Menteri Malaysia ke-7 | |
| Dalam jawatan 1 Disember 1993 – 2 September 1998 (Pemangku Perdana Menteri : 19 Mei 1998 – 19 Julai 1998) | |
| Didahului oleh | |
| Digantikan oleh | |
| Dalam jawatan 1993–1998 | |
| Didahului oleh | Abdul Ghafar Baba |
| Digantikan oleh | Abdullah Ahmad Badawi |
| Dalam jawatan 1990–1993 | |
| Digantikan oleh | Muhyiddin Yassin Najib Razak Muhammad Muhammad Taib |
| Dalam jawatan 1987–1990 | |
| Didahului oleh | Wan Mokhtar Ahmad Abdullah Ahmad Badawi Abdul Ghafar Baba |
| Ahli Parlimen Malaysia bagi P044 Permatang Pauh, Pulau Pinang | |
| Dalam jawatan 1982–1999 | |
| Didahului oleh | |
| Digantikan oleh | |
| Majoriti |
|
| Dalam jawatan 2008–2015 | |
| Didahului oleh | |
| Majoriti | 15,671 (PRK 2008) 25,369 (PRU-13) |
| Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Bank Dunia dan Tabung Kewangan Antarabangsa | |
| Dalam jawatan Mac 1998 – September 1998 | |
| Didahului oleh | |
| Digantikan oleh | |
| Maklumat peribadi | |
| Lahir | Anwar bin Ibrahim 10 Ogos 1947 Ceruk Tok Kun, Bukit Mertajam, Pulau Pinang, Negeri-negeri Selat, Malaya, (kini Malaysia) |
| Parti politik | ABIM (1974-1982) |
| Gabungan politik lain | ABIM (1974-1982) Barisan Alternatif (1999-2008) |
| Pasangan | Wan Azizah Wan Ismail (k. 1980) |
| Anak | Nurul Izzah Anwar Nurul Hana Anwar Nurul Nuha Anwar Mohd Ihsan Anwar Nurul Iman Anwar Nurul Ilham Anwar |
| Ibu bapa |
|
| Saudara | Rehan Ibrahim (Adik Kandung) Idrus Ibrahim (Adik Kandung) Rani Ibrahim (Adik Kandung) Marzuki Ibrahim (Adik Kandung) Rusli Ibrahim (Adik Kandung) Farizon Ibrahim (Adik Tiri) Sukma Darmawan Sasmita Atmadja (Adik Angkat) |
| Kediaman |
|
| Pendidikan | Pengajian Melayu |
| Tempat belajar | Universiti Malaya Universiti Kebangsaan Malaysia |
| Pekerjaan | |
| Bidang pengkhususan | |
| Kabinet | Kabinet Anwar Ibrahim |
| Tandatangan | |
|
Rencana ini merupakan sebahagian daripada siri mengenai |
|
Pilihan Raya Perdana Menteri Malaysia
Menteri Kewangan
Timbalan Perdana Menteri Malaysia Ketua Pembangkang
Parti politik Keluarga
|
| Artikel ini adalah sebahagian daripada siri pada |
| Politik Malaysia |
|---|
|
|
| Gerbang Malaysia |
Anwar bin Ibrahim (Jawi: انوار بن ابراهيم; lahir 10 Ogos 1947) ialah Perdana Menteri Malaysia yang ke-10 dan Menteri Kewangan Malaysia sejak 2022. Beliau sebelum ini merupakan ahli politik Malaysia yang telah menjadi ketua pembangkang ke-12 dan ke-16 dari 2008 hingga 2015 dan sekali lagi dari 2020 hingga 2022, pengerusi Pakatan Harapan (PH) sejak 2020 dan presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR) sejak 2018. Beliau telah bertugas sebagai ahli parlimen Port Dickson dari Oktober 2018 sehingga November 2022 dan Permatang Pauh dari Mac 1982 sehingga April 1999 dan sekali lagi dari Ogos 2008 hingga Mac 2015. Beliau juga pernah menjadi Timbalan Perdana Menteri Malaysia dan memegang beberapa jawatan kabinet dalam pentadbiran Barisan Nasional (BN) di bawah perdana menteri terdahulu, Mahathir bin Mohamad dari tahun 1982 sehingga tahun 1998.
Anwar memulakan kerjayanya dalam bidang politik sebagai salah seorang pengasas organisasi Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM). Selepas memasuki Pertubuhan Kebangsaan Melayu Bersatu (UMNO), parti utama dalam BN yang telah lama berkuasa, Anwar telah memegang beberapa jawatan kabinet pada tahun 1980-an dan tahun 1990-an. Beliau merupakan timbalan perdana menteri Malaysia dan Menteri Kewangan pada tahun 1990-an. Pada tahun 1998, beliau telah dibuang dari semua jawatan. Kemudian penahanan dan hukuman Anwar atas tuduhan sodomi dan korupsi, yang mengakibatkan hukuman penjara sembilan tahun yang dibatalkan pada tahun 2004.
Beliau kemudian kembali sebagai ketua pembangkang pada tahun 2008 sehingga tahun 2015 dan menyatukan parti pembangkang yang terdiri daripada parti PAS, DAP dan PKR menjadi Pakatan Rakyat (PR) yang gagal memenangi pilihan raya umum 2008 dan 2013. Beliau menolak keputusan pilihan raya tersebut dan memimpin sebuah protes menentang keputusan tersebut. Pada tahun 2014, usaha Anwar untuk menjadi ketua menteri Selangor dalam Langkah Kajang telah menyebabkan sebuah krisis politik selama sembilan bulan, yang berakhir apabila beliau dihukum penjara selama lima tahun lagi selepas mendapat tuduhan sodomi kedua pada 2015.
Walaupun masih berada di penjara, Anwar kembali berganding dengan Mahathir Mohamad dalam gabungan pembangkang Pakatan Harapan dalam ketiadaannya yang kemudiannya menang dalam pilihan raya umum 2018. Mahathir telah mengumumkan sebuah rancangan bagi Anwar untuk mengambil alih daripada dirinya sendiri sebagai perdana menteri selepas tempoh peralihan yang tidak ditetapkan. Anwar telah mendapat pengampunan diraja daripada Yang di-Pertuan Agong, Sultan Muhammad V dan telah dibebaskan daripada penjara. Beliau kembali ke parlimen dalam pilihan raya kecil Port Dickson 2018 semasa isterinya, Wan Azizah Wan Ismail, menjadi Timbalan Perdana Menteri dalam pentadbiran PH. Beliau telah dilantik sebagai Perdana Menteri Malaysia setelah mendapat sokongan majoriti ahli Dewan Rakyat pada 24 November 2022 dan mengangkat sumpah di hadapan Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah.
Kehidupan awal dan pendidikan (1947–1967)

Beliau dilahirkan pada 10 Ogos 1947 di Ceruk Tok Kun, Bukit Mertajam, Pulau Pinang.[1] Anwar bermaksud 'bercahaya'. Bapanya ialah Datuk Haji Ibrahim Abdul Rahman ialah bekas ahli Parlimen dan Setiausaha Parlimen Kementerian Kesihatan. Manakala ibunya ialah Che Yan Abdul Hamid Hussein ialah ahli pidato Pergerakan Wanita UMNO. Semasa kecil, beliau sering dibawa ke majlis-majlis ceramah wanita.
Perkahwinan dan cahaya mata
Pada 26 Februari 1980, beliau berkahwin dengan Datin Seri Dr Wan Azizah Datuk Ismail, seorang penuntut Royal College of Surgeons, Dublin, Ireland yang kemudiannya bertugas di klinik mata di Hospital Universiti, Petaling Jaya. Perkahwinannya dengan Datin Seri Wan Azizah dikurniakan seramai 6 cahaya mata. Anak sulungnya, Nurul Izzah pernah dilantik sebagai Ahli Parlimen Lembah Pantai, Kuala Lumpur dan Permatang Pauh.
Persekolahan dan pengajian tinggi
Semasa kecil, beliau bersekolah rendah di Bukit Mertajam Boys School, Bukit Mertajam, Pulau Pinang. Kemudian, beliau meneruskan pengajian persekolahan menengahnya di Maktab Melayu Kuala Kangsar (MCKK) dari tahun 1960 hingga 1966. Semasa di MCKK, beliau aktif dalam Persatuan Bahasa Melayu dan menjadi wakil pemidato sekolahnya. Beliau juga pernah dilantik sebagai Ketua Pengawas MCKK. Beliau juga mengenali Sanusi Junid, Kamaruddin Jaafar dan Yahaya Ahmad.
Selepas itu pada 1967, beliau melanjutkan pelajaran tinggi di Universiti Malaya dalam Pengajian Melayu (Sastera).[2][3][4][5][6]
Tahun-tahun terawal dan zaman belia (1968–1982)

Kepimpinan gerakan pelajar dan belia
Dari 1968 hingga 1971, sebagai pelajar, Anwar ialah Presiden Persatuan Kebangsaan Pelajar Islam Malaysia. Pada masa yang sama, beliau juga merupakan Presiden Persatuan Bahasa Melayu Universiti Malaya (PBMUM). Pada tahun 1971, beliau ialah seorang ahli jawatankuasa tem yang pro-Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM) yang diasaskan bersama. Pada masa yang sama, beliau telah dipilih sebagai Presiden Majlis Belia Malaysia (MBM) kedua. Dari tahun 1975 hingga 1982 beliau merupakan wakil bagi Perhimpunan Dunia Belia Islam Asia Pasifik di bawah Sheikh Hassan Abdullah.
Sejak dari zaman belia, Datuk Seri Anwar merupakan seorang individu yang popular. Beliau dikenali sebagai salah seorang daripada pengasas badan bukan kerajaan iaitu Persatuan Kebangsaan Pelajar Islam Malaysia, Angkatan Belia Islam Malaysia.
Aktivisme isu Baling dan penahanan di bawah ISA
Pada tahun 1974, Anwar telah ditangkap semasa protes pelajar terhadap kemiskinan luar bandar dan kelaparan. Ini didatangkan selepas timbul laporan menyatakan bahawa keluarga berkenaan yang mati akibat kebuluran di sebuah kampung di Baling, Kedah, yang kemudiannya dibuktikan sebagai palsu. Walau bagaimanapun, penoreh getah di Baling telah mengalami kesusahan yang teruk kerana harga getah jatuh pada tahun 1974. Beliau telah dipenjarakan di bawah Akta Keselamatan Dalam Negeri, yang membenarkan penahanan tanpa bicara, dan menghabiskan 20 bulan di Kem Tahanan Kamunting.
Beliau pernah ditahan di bawah Akta Keselamatan Dalam Negeri, ISA selama 3 tahun (1974-1976) kerana demonstrasi jalanan di Universiti Malaya berhubung kemiskinan tragis di Baling, Kedah. Penduduk pedalaman Baling dibiarkan 'reput' kerana dipercayai tempat persembunyian komunis. Anwar pernah berada di pentas PAS dan mengkritik Tunku Abdul Rahman berhubung Akta Keselamatan Dalam Negeri, Akta Pertubuhan, kemiskinan, ekonomi dan lain-lain.
Rekod dan garis masa pencapaian zaman belia
Kepimpinan pelajar dan kebangkitan politik awal
Zaman belia Dato' Seri Anwar Ibrahim ditandai dengan pelbagai penglibatan aktif dalam gerakan kepimpinan dan politik tanah air. Pada tahun 1968, beliau telah memegang jawatan penting sebagai Presiden Persatuan Bahasa Melayu Universiti Malaya (PBMUM) serta Presiden Kesatuan Kebangsaan Penuntut Muslim Malaysia (PKPMM). Langkah politik beliau semakin agresif pada tahun 1969 apabila beliau berganding bahu dengan Dr Mahathir Mohamad untuk berdiri di atas pentas PAS bagi menghentam kepimpinan Tunku Abdul Rahman di samping terlibat dalam aktiviti menyebarkan surat layang.
Penubuhan ABIM, kepimpinan belia dan pengiktirafan antarabangsa
Seterusnya pada tahun 1971, beliau bersama rakan-rakan lamanya daripada Maktab Melayu Kuala Kangsar (MCKK) telah menubuhkan Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM). Pengaruh beliau dalam organisasi belia terus berkembang luas apabila beliau dilantik menerajui jawatan Presiden Majlis Belia Malaysia (MBM) serta menjadi Penasihat Majlis Belia Bangsa-Bangsa Bersatu pada tahun 1973. Kecemerlangan kepimpinan beliau di peringkat global mendapat pengiktirafan tertinggi pada tahun 1979 apabila beliau dianugerahkan Pingat Utama Iqbal 100 Tahun daripada Zia Ul Haq yang merupakan Presiden Pakistan pada ketika itu.
Penganugerahan gelaran darjah kebesaran
Atas sumbangan dan ketokohan yang ditunjukkan sepanjang zaman belia, beliau telah dianugerahkan gelaran Datuk. Darjah kebesaran ini dikurniakan secara rasmi oleh Sultan Ahmad Shah Al-Musta’in Billah ibni Almarhum Sultan Abu Bakar dalam satu majlis di Istana Pekan, Pahang, sebelum beliau turut menerima kurniaan gelaran yang sama daripada Sultan Selangor pada tahun-tahun berikutnya.
Kerjaya kerajaan (1982–1998)
Pada tahun 1982, Anwar Ibrahim meninggalkan peranannya di ABIM untuk menyertai UMNO di bawah pimpinan Mahathir Mohamad. Beliau meningkat naik dengan pantas, memegang portfolio Menteri Kebudayaan, Belia dan Sukan (1983), Menteri Pertanian (1984), dan Menteri Pelajaran (1986), serta memimpin UNESCO dan Universiti Islam Antarabangsa Malaysia pada 1988[7]. Sebagai Menteri Pendidikan, beliau memperkenalkan dasar pro-Melayu dan menamakan semula bahasa kebangsaan kepada Bahasa Melayu.
Anwar dilantik sebagai Menteri Kewangan pada 1991, membawa kemakmuran ekonomi dan mendapat pengiktirafan antarabangsa. Beliau mengekalkan pendekatan pasaran bebas semasa Krisis Kewangan Asia 1997 dan menjadi Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Bank Dunia (IMF) pada 1998[8]. Pada 1993, beliau menjadi Timbalan Perdana Menteri, mengatasi Ghafar Baba dalam pemilihan parti, walaupun terdapat dakwaan penggunaan politik wang[9].
Kemelut kewangan, kejatuhan kuasa dan sabitan pertama
Ketegangan memuncak pada 1998 akibat perbezaan pendekatan terhadap krisis kewangan; Anwar menyokong IMF dan penjimatan, manakala Mahathir menolak campur tangan asing dan mengawal mata wang[10]. Anwar dipecat susulan dakwaan salah laku dalam buku *50 Dalil Kenapa Anwar Tidak Boleh Jadi PM*. Beliau ditahan pada 20 September 1998 atas tuduhan rasuah dan salah laku seksual, dan dipukul semasa dalam tahanan oleh Ketua Polis Negara[11], yang kemudiannya dipenjarakan.
Pergerakan Reformasi dan pembentukan parti politik
Pencetusan Gerakan Reformasi Rakyat
Tidak lama selepas Anwar dipecat sebagai Timbalan Perdana Menteri oleh Perdana Menteri ketika itu Mahathir Mohamad, beliau dan penyokongnya memulakan gerakan Reformasi. Ia terdiri daripada beberapa demonstrasi besar-besaran dan perhimpunan menentang kerajaan campuran lama Barisan Nasional.
Penubuhan Parti Keadilan Nasional dan Barisan Alternatif
Reformasi membawa kepada pembentukan sebuah parti yang berasaskan kaum baru yang dinamakan Parti Keadilan Nasional. Pada tahun 1999, pilihan raya umum diadakan. Parti Keadilan Nasional yang baru, Parti Islam Se-Malaysia (PAS), dan Parti Tindakan Demokratik (DAP) membentuk Barisan Alternatif, dalam inisiatif gabungan untuk menggantikan kerajaan campuran berdiri Barisan Nasional (BN).
Gabungan PKR dan Era Pakatan Rakyat
Pada Ogos 2003, Parti Keadilan Nasional bergabung dengan Parti Rakyat Malaysia untuk membentuk Parti Keadilan Rakyat (PKR) yang diketuai oleh isterinya, Wan Azizah sebagai presiden. PKR membuat keuntungan yang besar dalam pilihan raya umum 2008, memenangi 31 kerusi dan menjadi parti pembangkang terbesar di Parlimen. Pada April 2008, PKR, PAS dan DAP membentuk sebuah pakatan baru yang dinamakan Pakatan Rakyat.[12]
Kerjaya politik
Keengganan menyertai PAS
Anwar pernah dikatakan akan menyertai Parti Islam Se-Malaysia (PAS).
Jangkaan kepimpinan dan isu 'Pemimpin al-Khafi'
Anwar pernah dianggap sebagai 'Pemimpin al-Khafi' oleh ahli-ahli PAS dan mereka benar-benar berharap Anwar akan menyertai PAS. Subki Latif dalam bukunya Siapa Ganti Asri menamakan Anwar Ibrahim akan mengambil teraju PAS daripada Datuk Mohd Asri Haji Muda. Calon ini layak kerana idealisme dan prinsip perjuangan yang sama dengan PAS. Malahan Datuk Asri sanggup mengundurkan diri dari jawatan Yang Dipertua PAS untuk memberi laluan kepada Anwar Ibrahim.
Kerjasama pilihan raya 1978 dan penghijrahan tokoh ABIM
Dalam pilihan raya umum 1978, Anwar dan ABIM pernah membantu Datuk Mohd Asri Haji Muda mempertahankan kerajaan PAS di Kelantan. Beberapa pemimpin kanan ABIM menyertai PAS menjelang pilihan raya dan bertanding atas tiket PAS. Antaranya ialah Nakhaei Haji Ahmad, Datuk Fadzil Noor, Abdul Halim Arshad, Haji Abdul Hadi Awang, dan Ustaz Yahya Othman.
Impak keengganan menyertai PAS
Keengganan Anwar menyertai PAS menyebabkan ada yang menuduh Anwar sebagai kecewa dan mengaku kalah sebelum berperang dengan UMNO. Tindakan Anwar ini dianggap tidak syar'ie.
Penglibatan dengan politik UMNO
Permulaan kerjaya politik dan kepimpinan pemuda
Anwar terjun ke dunia politik dan bertanding di kerusi parlimen Permatang Pauh atas tiket UMNO dalam tahun 1982. Beliau menang dengan majoriti yang besar. Beliau kemudian dilantik sebagai timbalan menteri di Jabatan Perdana Menteri. Dalam tahun yang sama, Anwar menewaskan Haji Suhaimi Kamarudin, penyandang Ketua Pemuda UMNO, untuk menjadi ketua Pergerakan Pemuda UMNO. Anwar kemudiannya dilantik menjadi menteri penuh sebagai Menteri Belia, Kebudayaan dan Sukan. Dua tahun kemudian Anwar dilantik ke portfolio Kementerian Pertanian.
Kenaikan portfolio menteri dan jawatan Timbalan Perdana Menteri
Pada tahun 1987, beliau telah memenangi jawatan Naib Presiden UMNO dan kemudiannya dilantik sebagai Menteri Pendidikan. Beliau dilantik sebagai Menteri Kewangan pada 1991. Pada tahun 1993, Anwar telah memperolehi pencalonan yang terbanyak untuk kerusi Timbalan Presiden UMNO. Penyandang jawatan pada ketika itu ialah Tun Ghafar Baba yang telah gagal mendapatkan kuota yang mencukupi bagi mempertahankan kerusi. Oleh yang demikian, Anwar telah memenangi jawatan Timbalan Presiden UMNO tanpa bertanding. Susulan dari itu, sebagai memenuhi tradisi BN, Tun Dr. Mahathir Mohamad telah melantik Anwar sebagai Timbalan Perdana Menteri.
Peranan antarabangsa dan pengiktirafan akademik
Antara jawatan lain Datuk Seri Anwar ialah beliau pernah dipilih menjadi Presiden Persidangan Tahunan UNESCO dan Pengerusi Jawatakuasa Pembangunan dalam mesyuarat bersama Bank Dunia dan Tabung Kewangan Antarabangsa (IMF). Atas sumbangannya terhadap kesefahaman antara kebudayaan, beliau telah dianugerahi ijazah Doktor Kehormat oleh Universiti Ateneo de Manila dan anugerah Presiden oleh Universiti Georgetown.
Jawatan dalam kerajaan
| Tahun | Jawatan / Portfolio |
|---|---|
| 1982−1983 | Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri |
| 1983−1985 | Menteri Belia dan Sukan |
| 1985−1986 | Menteri Pertanian |
| 1986−1990 | Menteri Pendidikan |
| 1990−1998 | Menteri Kewangan |
| 1993−1998 | Timbalan Perdana Menteri |
| 2022−kini | Perdana Menteri Malaysia ke-10 dan Menteri Kewangan |
Dinamika dan garis masa peristiwa dalam UMNO
Penyertaan awal UMNO dan impak pilihan raya 1982
Pada 29 Mac 1982, Anwar Ibrahim secara rasmi menyertai UMNO dan bertanding di kawasan parlimen Permatang Pauh, Pulau Pinang. Kemasukan beliau difahamkan berlaku selepas Datuk Ibrahim Ali dan Tengku Razaleigh Hamzah membawa Anwar bertemu dengan Dr Mahathir Mohamad di Seri Perdana, Kuala Lumpur. Langkah politik ini terbukti strategik kerana penyertaannya berjaya menyekat pengaruh tokoh penting seperti Yusuf Rawa, Mahfuz Omar, dan Mohamad Sabu khususnya di Pulau Pinang. Dalam Pilihan Raya Umum 1982, kawasan parlimen Permatang Pauh yang sebelum ini (termasuk Pilihan Raya Umum 1978) dikenali sebagai kubu kuat PAS, berjaya ditawan oleh Anwar dengan perolehan 18,849 undi, menewaskan Haji Zabidi Ali (PAS) yang mendapat 4,497 undi dan Tan Ah Huat (DAP) dengan 1,825 undi.
Peralihan kuasa dan garis masa kepimpinan Pemuda UMNO
Kemasukan Anwar ke dalam parti secara tidak langsung telah menyisihkan beberapa tokoh senior seperti Tengku Razaleigh Hamzah, Ghafar Baba, Sanusi Junid, dan Abdullah Ahmad Badawi. Tindakan beliau ini menarik perhatian memandangkan Anwar sendiri pernah menentang keras keputusan Sanusi Junid ketika keluar dari ABIM untuk menyertai UMNO sebelum itu. Walau bagaimanapun, pengaruh Anwar terus meningkat melalui siri kemenangan dalam sayap Pemuda:
- Tahun 1982: Menang jawatan Ketua Pemuda UMNO dengan majoriti tipis 10 undi, meraih 183 undi untuk menewaskan Datuk Haji Suhaimi Kamarudin (173 undi) dan Hang Tuah Arshad (3 undi).
- Tahun 1984: Mengekalkan jawatan Ketua Pemuda UMNO dengan slogan 'Pemuda Penggerak Zaman' selepas mendapat 226 undi, menewaskan Suhaimi Kamaruddin yang memperoleh 137 undi (majoriti 89 undi).
- Tahun 1986: Menewaskan Syed Hamid Jafar Albar dengan kutipan 303 undi berbanding 109 undi.
Pendakian ke peringkat Naib Presiden dan cabaran 1993
Seterusnya pada 24 April 1987, beliau berjaya menduduki kerusi Naib Presiden UMNO bersama-sama Datuk Abdullah Ahmad Badawi dan Datuk Seri Wan Mokhtar Ahmad. Keabsahan pengaruh beliau terserlah pada tahun 1990 apabila beliau mengekalkan jawatan Naib Presiden UMNO dengan meraih majoriti terbanyak iaitu 1,067 undi, mengatasi Sanusi Junid (953 undi) dan Abdullah Ahmad Badawi (750 undi). Bagaimanapun, menjelang tahun 1993, Anwar sekali lagi didesak oleh Team Wawasan untuk mencabar Ghafar Baba. Era ini menyaksikan imej Anwar Ibrahim mula tercalar ekoran spekulasi mengenai isu Grand Design dan doktrin politik wang yang digembar-gemburkan oleh pihak lawan.
Agenda penerapan nilai Islam dan harapan ABIM
Kemasukan Anwar ke dalam struktur UMNO dilihat sebagai kehadiran 'panglima baru' yang dinantikan bagi membuktikan bahawa UMNO merupakan sebuah parti Islam dan bukannya sebuah parti sekular. Rentetan daripada itu, agenda penerapan nilai-nilai Islam mula digerakkan secara meluas dalam pentadbiran negara, yang membawa kepada penubuhan institusi penting seperti Bank Islam, Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM), dan Takaful. Langkah Anwar yang dilihat cuba meng"ABIM"kan UMNO ini turut menyaksikan ramai pemimpin ABIM lain seperti Anuar Tahir menyertai parti tersebut. Di sebalik asimilasi politik ini, para penyokong meletakkan harapan yang tinggi agar Anwar mengekalkan prinsip moralnya dan tidak disekularkan oleh budaya politik baru, termasuk dalam hal-hal pergaulan harian seperti amalan bersalam dengan wanita.[13]
Kementerian Kewangan
Kritikan awal dan pencapaian pertumbuhan ekonomi
Pada peringkat awal pelantikan Anwar Ibrahim di Kementerian Kewangan, ramai pihak yang meragui kemampuan beliau kerana tidak mempunyai asas dalam bidang kewangan. Bagaimanapun, di bawah pentadbiran beliau, prestasi ekonomi negara menunjukkan rekod yang cemerlang apabila kadar pertumbuhan ekonomi berjaya meningkat sebanyak 8% setahun selama lapan tahun berturut-turut.
Pelantikan antarabangsa dan hubungan global
Sumbangan beliau dalam sektor kewangan mendapat pengiktirafan global apabila beliau dilantik sebagai Pengerusi Jawatankuasa Bank Dunia dan Tabung Kewangan Antarabangsa (IMF) pada 1 April 1998. Melalui jawatan antarabangsa ini, beliau mula membina hubungan erat dan berkenalan secara peribadi dengan tokoh-tokoh kewangan dunia termasuk Presiden Bank Dunia, James Wolfenson, serta Ketua Pengarah IMF, Michael Camdessus.
Konflik menangani kemelut kewangan 1997
Walau bagaimanapun, perbezaan pendekatan dalam menangani kemelesetan ekonomi dan kejatuhan mata wang pada tahun 1997 telah mencetuskan polemik dalaman. Menurut kenyataan bekas Setiausaha Sulit Anwar, Anuar Shaari, Anwar Ibrahim selaku Menteri Kewangan pada ketika itu berhasrat untuk meminta bantuan daripada IMF bagi mengatasi krisis tersebut. Tindakan ini bagaimanapun mendapat tentangan hebat daripada Tun Dr. Mahathir Mohamad yang bertegas menolak sebarang pinjaman daripada IMF, lalu mengambil langkah alternatif dengan menetapkan kadar pertukaran wang asing pada kadar tetap RM3.80 bagi setiap dolar Amerika.[14]
Cabaran dan kebangkitan politik
Isu awal dan penentangan kepimpinan pemuda
Semasa memimpin ABIM, Anwar Ibrahim pernah dikhabarkan memijak bendera UMNO, namun dakwaan tersebut segera dinafikan. Kepantasan beliau mendaki hierarki kepimpinan UMNO mencetuskan tentangan daripada tokoh-tokoh utama seperti Tengku Razaleigh Hamzah, Abdullah Ahmad Badawi, dan Najib Razak.
Kemenangan jawatan Timbalan Presiden UMNO 1993
Kemuncak kemajuan politik beliau berlaku pada tahun 1993 apabila beliau bertanding jawatan Timbalan Presiden UMNO menentang Ghafar Baba. Golongan muda lebih menyokong Anwar berbanding Ghafar yang dianggap sekadar tokoh veteran sementara susulan peletakan jawatan Datuk Musa Hitam, serta dinilai kurang sesuai sebagai calon Perdana Menteri Malaysia. Pengaruh Anwar yang sangat kuat menyaksikan beliau menerima 95% sokongan ahli UMNO semasa pencalonan sebelum Perhimpunan Agung, dengan meraih sokongan daripada 137 buah bahagian berbanding hanya 7 bahagian untuk Ghafar. Keadaan ini memaksa Ghafar menarik diri kerana tidak bersedia, sekali gus memberikan kemenangan tanpa bertanding kepada Anwar Ibrahim.
Hubungan dilema dengan Dr. Mahathir dan ancaman politik
Walau bagaimanapun, kebangkitan pantas Anwar turut mencetuskan dilema kepada Dr. Mahathir Mohamad yang terperangkap antara rasa sayang dan benci. Dr. Mahathir melihat Anwar sebagai aset yang mampu memperkukuh kedudukan beliau dan UMNO, namun pada masa sama berisiko menggagalkan visi peribadinya yang belum kesampaian. Kebimbangan ini bertambah apabila kemasukan semula Tengku Razaleigh Hamzah selaku pemimpin Parti Melayu Semangat 46 ke dalam UMNO dilihat menggugat peluang Anwar untuk menjadi Perdana Menteri.
Gerakan Anwarisme dan Fitnah Surat Layang 1997
Menjelang tahun 1997, golongan anti Anwar menganggap gerakan "Anwarisme" telah menguasai setiap sendi UMNO dan bila-bila masa boleh menjatuhkan Dr. Mahathir Mohamad yang dilihat tidak cukup Islamik. Krisis ini memuncak semasa Perhimpunan Agung UMNO 1997 melalui penyebaran surat layang setebal 30 halaman yang memfitnah Anwar mempunyai skandal dengan isteri orang dan homoseks. Ekoran daripada tuduhan tersebut, Anwar telah membuat laporan polis pada 15 Ogos 1997.
Strategi pengaruh, wawasan Islam dan rangkaian sokongan
Di peringkat akar umbi, Anwar sering mengadakan usrah serta sembahyang jemaah di rumahnya, selain memberi jamuan makan kepada para wartawan Malaysia. Walaupun kegiatan ini dilihat oleh pihak lawan sebagai kempen dan politik wang, para pegawai kerajaan, ahli akademik, dan rakyat bawahan tetap menyokong Anwar kerana tertarik dengan wawasan Islamnya. Kedudukan beliau diperkuatkan oleh sokongan golongan profesional yang merupakan rakan seangkatan dan sama sekolah dengan Anwar di Maktab Melayu Kuala Kangsar, contohnya Tan Sri Yahya Ahmad.
Pengaruh beliau turut merentasi sempadan parti apabila Presiden PAS ketika itu, Datuk Fadzil Mohd Noor, menyokong Anwar. Sebagai timbal balik atas kapasitinya sebagai Menteri Kewangan, Anwar banyak meluluskan peruntukan di Kelantan. Sokongan dalaman UMNO pula diperkukuh melalui kesetiaan Zahid Hamidi selaku Ketua Pemuda UMNO dan Datin Siti Zaharah Sulaiman selaku Ketua Wanita UMNO / Timbalan Menteri Kesihatan yang sentiasa dilihat menyokong kuat Anwar.
Penyingkiran

Kemelut Kewangan Asia 1997 dan konflik pendekatan ekonomi
Penyingkiran Anwar dari UMNO dan Kerajaan Persekutuan berkait rapat dengan krisis kewangan yang dialami oleh Malaysia dan negara-negara rantau Asia yang lain pada 1997. Anwar yang juga Menteri Kewangan dilihat telah gagal menangani krisis tersebut. Dengan mengamalkan pelan-pelan tindakan yang digariskan oleh Bank Dunia dan IMF, negara telah terjerumus ke dalam krisis kewangan yang lebih teruk. Oleh itu, Dr. Mahathir Mohamed telah membawa masuk bekas menteri kewangan sebelum ini, iaitu Tun Daim Zainuddin ke dalam barisan kabinet. Anwar melihat hal tersebut sebagai kehilangan kepercayaan dari Dr. Mahathir, lalu berusaha untuk terus relevan dalam UMNO.
Kemuncak perebutan kuasa dan isu nepotisme
Usaha tersebut termasuk strategi untuk mengekalkan kedudukan dalam UMNO. Gerakan telah dimulakan oleh Ketua Pemuda UMNO pada ketika itu, iaitu Ahmad Zahid Hamidi, yang secara terbuka mengkritik kepimpinan Dr. Mahathir berhubung isu nepotisme dan kronisme. Pada masa yang sama, pelbagai tuduhan terhadap peribadi Anwar mula tersebar luas melalui penerbitan tertentu yang mempersoalkan kelayakan beliau sebagai pemimpin masa hadapan.
Pemecatan dan rentetan peristiwa 1998
Pada September 1998, Anwar Ibrahim telah dipecat dari jawatan Timbalan Perdana Menteri Malaysia dan kemudiannya daripada jawatan Timbalan Presiden UMNO serta keahlian dalam parti. Dr. Mahathir mengambil tindakan drastik tersebut atas alasan integriti dan moral yang dianggap tidak selaras dengan kepimpinan negara. Beliau menegaskan bahawa tindakan itu perlu diambil demi kestabilan negara dan mengelakkan sebarang kemungkinan pengaruh luar yang boleh menjejaskan kedaulatan Malaysia sekiranya isu-isu berkaitan peribadi tersebut digunakan sebagai bahan ugutan politik.
Pandangan bukan Melayu
- Anwar Ibrahim dilihat terlalu Islamik yang mungkin akan melaksanakan perlembagaan dan Undang-Undang Islam seperti 'potong tangan'.
- Sebenarnya Anwar tidak menolak integriti sejagat. Anwar sering menghadiri pada majlis perayaan Tahun Baru Cina dan Deepavali.
Tahun di penjara dan pembebasan
Pembatalan sabitan liwat dan isu tuntutan libel
Anwar dibebaskan pada 2004 selepas sabitan liwat dibatalkan, namun tetap menjalani hukuman kes rasuah[15]. Selain itu, Mahkamah Tinggi memutuskan Anwar difitnah oleh penulis buku yang kemudiannya meninggal dunia pada 2005[16].
Keputusan Mahkamah Persekutuan berhubung pemecatan kabinet
Pada 8 Mac 2010, Mahkamah Persekutuan mengesahkan bahawa pemecatan Anwar dari jawatan Kabinet oleh Mahathir adalah sah, sekali gus menolak cabaran undang-undang beliau[17][18][19].
Rayuan kes rasuah dan sekatan kegiatan politik
Rayuan kes rasuah didengar pada September 2004, namun sekatan politik lima tahun akibat sabitan tersebut menyebabkan beliau tidak dapat aktif sehingga 14 April 2008, melainkan mendapat pengampunan diraja.
Kerjaya akademik dan kebangkitan semula politik pascapenjara (2004–2008)
Kerjaya akademik dan pertubuhan bukan untung
Selepas dibebaskan dari penjara, Anwar memegang jawatan akademik sebagai Felo Bersekutu Kanan di Kolej St Antony, Oxford. Beliau kemudiannya dilantik sebagai Felo Pelawat Kanan yang Cemerlang di Universiti Pengajian Antarabangsa Lanjutan Johns Hopkins, Washington D.C. Pada tahun 2005 hingga 2006, beliau berkhidmat sebagai profesor pelawat di Pusat Persefahaman Muslim-Kristian Putera Alwaleed yang terletak di Sekolah Perkhidmatan Asing, Universiti Georgetown.[20] Pada Mac 2006, beliau dilantik sebagai Presiden Kehormat bagi Institut Akauntabiliti Sosial dan Etika (AccountAbility).[21]
Pada Julai 2006, Anwar dipilih sebagai Pengerusi Yayasan Masa Depan (Foundation for the Future) yang berpangkalan di Washington.[22] Atas kapasiti tersebut, beliau menandatangani surat rasmi bertarikh 1 Oktober 2006 kepada Robin Cleveland dari Bank Dunia bagi memohon pemindahan Shaha Riza dari Jabatan Negara AS ke yayasan berkenaan. Kontroversi transaksi ini akhirnya membawa kepada peletakan jawatan Paul Wolfowitz sebagai presiden Bank Dunia.[23] Selain itu, beliau juga merupakan salah seorang tokoh yang menandatangani Kalimah Sawa (A Common Word Between Us and You) pada tahun 2007, iaitu sepotong surat terbuka daripada para ulama Islam kepada pemimpin Kristian yang menggesa keamanan dan persefahaman antara agama.
Kepulangan ke pentas politik
Pada November 2006, Anwar mengumumkan rancangan beliau untuk bertanding dalam pilihan raya parlimen pada tahun 2008 sejurus selepas tempoh kehilangan kelayakan politiknya tamat. Selepas dibebaskan, beliau lantang mengkritik dasar-dasar kerajaan terutamanya Dasar Ekonomi Baru (DEB) yang disifatkannya kontroversi kerana menetapkan kuota khusus affirmative action bagi unit perumahan dan tawaran awam permulaan (IPO) untuk golongan Bumiputera.[24]
Sebelum layak bertanding pada tahun 2008, beliau bertindak sebagai penasihat bagi Parti Keadilan Rakyat (PKR), iaitu parti politik yang dipimpin oleh isterinya, Dr. Wan Azizah Wan Ismail. Anwar turut berada di barisan hadapan dalam menggerakkan Perhimpunan Bersih 2007 pada November 2007 di Dataran Merdeka, Kuala Lumpur. Perhimpunan raksasa yang menuntut sistem pilihan raya yang bersih dan adil itu dianjurkan oleh gabungan parti politik dan pertubuhan masyarakat sivil (BERSIH) serta berjaya menarik penyokong dari seluruh negara.
Tindakan kerajaan menetapkan tarikh Pilihan Raya Umum ke-12 pada 8 Mac 2008 telah mengundang kritikan. Gabungan Barisan Nasional (BN) didakwa sengaja mengadakan pilihan raya lebih awal bagi menghalang rancangan Anwar untuk bertanding. Sebagai pelan luar jangka, Dr. Wan Azizah mengisytiharkan bersedia mengosongkan kerusi Parlimen Permatang Pauh sekiranya beliau berjaya mengekalkannya, demi memberi laluan kepada satu pilihan raya kecil yang membolehkan Anwar bertanding.[25]
Apabila ditanya mengenai kemungkinan Anwar menjadi Perdana Menteri Malaysia yang seterusnya, bekas Perdana Menteri Tun Dr. Mahathir Mohamad menyelar dengan kenyataan, "Beliau akan menjadi Perdana Menteri Israel yang baik".[26]
Pada 14 April 2008, Anwar meraikan kepulangan rasminya ke arena politik negara selepas tamatnya tempoh sekatan undang-undang, iaitu genap sedekad sejak beliau dipecat daripada jawatan Timbalan Perdana Menteri. Di bawah pimpinan beliau, pihak pembangkang berjaya menguasai satu pertiga kerusi Parlimen dan lima pentadbiran negeri, sekali gus mencatatkan keputusan terburuk bagi gabungan pemerintah Barisan Nasional dalam sejarah setengah abad.[27] Kepulangan beliau disambut oleh lebih 40,000 penyokong dalam satu perhimpunan raksasa. Bagaimanapun, pihak polis mengarahkan perhimpunan tersebut dihentikan selepas Anwar berucap selama hampir dua jam kerana tidak mempunyai permit sah.[28]
Beliau kembali ke bangunan Parlimen buat pertama kali dalam tempoh 10 tahun pada 29 April 2008 sebagai tetamu jemputan kepada isterinya, yang ketika itu merupakan Ketua Pembangkang wanita pertama dalam sejarah Parlimen Malaysia.[29]
Pilihan raya kecil Permatang Pauh 2008
Anwar memenangi Pilihan Raya Kecil (PRK) Permatang Pauh yang berlangsung pada 26 Ogos 2008. Ketua Penerangan UMNO, Muhammad Haji Muhd Taib mengakui kekalahan tersebut dengan menyatakan, "Ya, sudah tentu kita kalah... kita adalah pihak yang tewas dalam pertandingan ini."[30] Keputusan rasmi daripada Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menunjukkan Anwar memperolehi 31,195 undi daripada keseluruhan anggaran 47,000 undi yang dibuang, menewaskan calon BN Arif Shah Omar Shah yang mendapat 15,524 undi, manakala calon ketiga hanya mendapat 92 undi.[31][32]
Pada 28 Ogos 2008 jam 10.03 pagi, dengan berpakaian baju Melayu tradisional biru tua serta bersongkok, Anwar mengangkat sumpah sebagai Ahli Parlimen Permatang Pauh di hadapan Yang di-Pertua Dewan Rakyat, Tan Sri Pandikar Amin Mulia. Beliau kemudiannya diisytiharkan secara rasmi sebagai Ketua Pembangkang yang mengetuai gabungan tiga parti pembangkang, dengan disaksikan oleh anak perempuannya, Nurul Izzah Anwar.
Kerjaya sebagai Ketua Pembangkang (2008–2014)

Pada 26 Ogos 2008, Anwar Ibrahim memenangi pilihan raya kecil Permatang Pauh dan kembali ke Parlimen sebagai Ketua Pembangkang. Beliau menegaskan kepentingan liberalisasi politik, termasuk mewujudkan sistem kehakiman dan media yang bebas, bagi membanteras rasuah yang menurutnya boleh menjejaskan kedudukan Malaysia sebagai sebuah negara yang stabil.[33]
Petisyen terhadap Najib Razak
Kritikan terhadap penggunaan ISA
Anwar terus mengkritik Najib Razak sebaik sahaja beliau mengambil alih jawatan Perdana Menteri. Beliau mempersoalkan tindakan kerajaan membebaskan 13 tahanan di bawah Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA), sambil menegaskan bahawa selagi akta tersebut kekal berkuat kuasa, rakyat masih boleh ditahan tanpa proses perundangan yang sewajarnya.[34]
Percubaan membentuk gabungan majoriti
Sasaran 16 September 2008
Anwar menetapkan 16 September 2008 sebagai tarikh sasaran untuk peralihan kuasa kepada pihak pembangkang. Namun, usaha tersebut tidak berjaya direalisasikan mengikut jadual yang diumumkan.[35]
Timbalan Perdana Menteri ketika itu, Najib Razak, menolak dakwaan bahawa kerajaan akan tumbang pada tarikh tersebut dan menegaskan bahawa pentadbiran sedia ada akan terus kekal memerintah.[36]
Perdana Menteri ketika itu, Abdullah Ahmad Badawi, turut menafikan dakwaan bahawa sejumlah Ahli Parlimen kerajaan akan berpaling tadah kepada pembangkang.[37]
Cabaran mendapatkan sokongan Ahli Parlimen
Menjelang penghujung September 2008, usaha Anwar untuk membentuk kerajaan baharu masih belum memperoleh sokongan yang mencukupi. Situasi ini menimbulkan keraguan dalam kalangan pemerhati politik terhadap kemampuan beliau untuk mengambil alih pentadbiran negara.[38]
Pada masa yang sama, UMNO mengadakan beberapa pertemuan dalaman bagi membincangkan peralihan kuasa dalam parti, termasuk kemungkinan pengunduran awal Abdullah Ahmad Badawi daripada jawatan Perdana Menteri.[39]
Pengakuan kegagalan membentuk majoriti
Pada 24 Oktober 2008, Anwar mengakui bahawa usaha membentuk majoriti baharu menghadapi pelbagai cabaran dan tidak dapat direalisasikan dalam masa terdekat.[40]
Beliau turut mengakui bahawa sasaran peralihan kuasa pada 16 September telah memberi kesan terhadap persepsi masyarakat terhadap kredibiliti pembangkang.[41]
Kontroversi 1Malaysia dan One Israel
Pada 30 Mac 2010, Anwar mendakwa di Dewan Rakyat bahawa konsep 1Malaysia mempunyai persamaan dengan konsep One Israel dan mengaitkannya dengan syarikat perhubungan awam antarabangsa Apco Worldwide.[42]
Kerajaan Barisan Nasional menolak dakwaan tersebut, dan satu usul mengecam Anwar kerana didakwa mengelirukan Dewan Rakyat telah diluluskan oleh Parlimen pada 22 April 2010.[43]
Tuduhan liwat 2008
Laporan polis dan pertuduhan
Pada 29 Jun 2008, portal berita Malaysiakini melaporkan bahawa bekas pembantu Anwar, Saiful Bukhari Azlan, telah membuat laporan polis yang mendakwa beliau diliwat oleh Anwar.[44]
Anwar menafikan tuduhan tersebut dan mendakwa bahawa kes berkenaan merupakan usaha untuk menamatkan kerjaya politiknya ketika sokongan terhadap pembangkang semakin meningkat.[33]
Pembebasan dan rayuan
Pada 9 Januari 2012, Mahkamah Tinggi membebaskan Anwar daripada pertuduhan tersebut selepas mendapati bukti DNA yang dikemukakan pihak pendakwaan tidak boleh dipercayai.[45]
Bagaimanapun, pihak pendakwaan memfailkan rayuan terhadap keputusan tersebut beberapa hari kemudian.[46]
Keputusan Mahkamah Rayuan dan Mahkamah Persekutuan
Pada 7 Mac 2014, Mahkamah Rayuan membatalkan keputusan Mahkamah Tinggi dan menjatuhkan hukuman penjara lima tahun terhadap Anwar.[47]
Pada 10 Februari 2015, Mahkamah Persekutuan mengekalkan sabitan tersebut. Susulan keputusan itu, Anwar dihantar ke Penjara Sungai Buloh, Selangor, bagi menjalani hukuman penjara lima tahun.[48]
Pilihan raya umum Ke-13
Kempen dan manifesto Pakatan Rakyat
Dalam Pilihan Raya Umum ke-13, Anwar mengetuai gabungan Pakatan Rakyat yang dianggotai oleh DAP, PAS dan PKR.
Pada 25 Februari 2013, Pakatan Rakyat melancarkan manifesto pilihan rayanya yang dikenali sebagai Manifesto Rakyat, yang mengandungi pelbagai janji termasuk usaha mengurangkan kos sara hidup dan beban kewangan rakyat.[49]
Anwar turut menyatakan bahawa beliau akan berundur daripada politik sekiranya gabungan yang dipimpinnya gagal memenangi pilihan raya tersebut.[50]
Keputusan pilihan raya

Pakatan Rakyat memperoleh 50.9% undi popular berbanding 47.4% yang diperoleh oleh Barisan Nasional. Namun demikian, gabungan itu gagal membentuk kerajaan Persekutuan kerana memperoleh jumlah kerusi Parlimen yang lebih rendah.[51]
Walaupun gagal mengambil alih kerajaan, Pakatan Rakyat berjaya menambah tujuh kerusi Parlimen berbanding keputusan pilihan raya sebelumnya.
Dakwaan penyelewengan pilihan raya dan Black505
Anwar enggan mengakui kekalahan dan mendakwa berlaku penyelewengan dalam proses pilihan raya. Beliau kemudiannya memimpin beberapa siri perhimpunan yang dikenali sebagai #Black505 bagi mendesak reformasi pilihan raya dan menuntut pilihan raya yang bebas serta adil.[52]
Perhimpunan terbesar berlangsung di Kelana Jaya, Selangor pada 8 Mei 2013 dan dihadiri puluhan ribu penyokong. Gerakan tersebut diteruskan melalui siri jelajah ke seluruh negara sepanjang tahun 2013.
Tuduhan kedua Dan pemenjaraan
Sabitan Mahkamah Persekutuan
Pada 10 Februari 2015, Mahkamah Persekutuan mengekalkan sabitan terhadap Anwar berhubung kes liwat melibatkan bekas pembantunya, Saiful Bukhari Azlan. Keputusan itu dibuat secara sebulat suara oleh panel lima hakim yang diketuai oleh Ketua Hakim Negara ketika itu, Tun Arifin Zakaria.[53]
Susulan keputusan tersebut, beliau hilang kelayakan sebagai Ahli Parlimen Permatang Pauh seperti yang diperuntukkan dalam Perlembagaan Persekutuan. Oleh kerana faktor usia, hukuman sebatan tidak dikenakan terhadap beliau.[53]
Jangkaan pembebasan dan pengampunan diraja
Pada 7 Januari 2018, dilaporkan bahawa Anwar Ibrahim dijangka dibebaskan daripada penjara pada 8 Jun 2018 berdasarkan pengiraan remitan hukuman. Tarikh asal pembebasannya ialah pada 10 Jun 2018, namun tarikh tersebut jatuh pada hari Ahad manakala 9 Jun merupakan hari Sabtu. Oleh itu, pembebasannya dijadualkan lebih awal pada 8 Jun 2018.[54][55]
Bagaimanapun, susulan kemenangan Pakatan Harapan dalam Pilihan Raya Umum ke-14 pada Mei 2018, Anwar dibebaskan lebih awal daripada penjara pada 16 Mei 2018 selepas menerima pengampunan diraja penuh daripada Yang di-Pertuan Agong. Beliau tiba di Hospital Rehabilitasi Cheras, Kuala Lumpur pada kira-kira jam 11.30 pagi bagi menjalani urusan berkaitan pembebasannya.[56]
Selepas dibebaskan, Anwar mengadakan pertemuan dengan pemimpin negara dan menyatakan sokongan terhadap kerajaan baharu yang diterajui oleh Mahathir Mohamad. Pada ketika itu, beliau dilihat sebagai pengganti yang berpotensi untuk mengambil alih jawatan Perdana Menteri berdasarkan persefahaman dalam gabungan pemerintahan ketika itu.[57]
Reaksi dan pandangan awam
Kes ini terus menjadi subjek perdebatan dalam kalangan masyarakat Malaysia. Terdapat pihak yang menerima keputusan mahkamah dan terdapat juga pihak yang berpendapat bahawa kes tersebut mempunyai unsur politik. Perbezaan pandangan ini menjadikan kes berkenaan antara episod politik dan perundangan yang paling mendapat perhatian dalam sejarah moden Malaysia.
Kontroversi
Tuduhan Liwat terhadap Anwar Ibrahim
Pada jam 11.03 pagi, 29 Jun 2008, portal berita dalam talian Malaysiakini melaporkan bahawa seorang pembantu peribadi Anwar Ibrahim telah membuat laporan polis yang mendakwa bahawa dia telah diliwat oleh Anwar. Berita itu telah dikemas kini dengan laporan bahawa pesanan SMS sedang diedarkan dengan mendakwa bahawa orang yang membuat laporan itu ialah pembantu Anwar, Saiful Bukhari Azlan, yang ditangkap awal hari ini dan didakwa terpaksa membuat pengakuan palsu. Mesej SMS yang sama juga mendakwa kemungkinan Anwar ditangkap hari ini.[58]
Anwar telah menafikan dakwaan yang mendakwa bahawa ia merupakan satu fabrikasi yang lengkap dan membuat pembalasan terhadapnya kerana pengambilalihan baru-baru ini bukti yang membabitkan Ketua Polis Negara ketika itu, Musa Hassan, dan Peguam Negara, Abdul Gani Patail, dalam salah laku termasuk pembuatan bukti yang digunakan terhadapnya semasa perbicaraan 1998-1999 untuk rasuah dan liwat.[59]
Lesen penerbitan Suara Keadilan digantung
Pada Jun 2010, penerbitan Suara Keadilan telah digantung kerana menerbitkan laporan yang mendakwa agensi kerajaan bankrap. Suara Keadilan dikendalikan oleh parti pembangkang PKR Anwar Ibrahim. Kementerian Dalam Negeri, yang mengawasi akhbar-akhbar Malaysia, berkata ia tidak berpuas hati dengan penjelasan kertas itu bagi laporan yang dikatakan tidak tepat. Malaysia menangguhkan akhbar pembangkang utama.
Pemecatan daripada kerajaan dan kes liwat I (1998)
Pada 2 September 1998, Anwar Ibrahim telah dipecat daripada jawatan Timbalan Perdana Menteri dan Menteri Kewangan oleh Tun Dr. Mahathir Mohamad atas dakwaan salah laku moral. Rentetan daripada itu, beliau ditahan di bawah Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) dan dituduh di mahkamah atas kesalahan rasuah (salah guna kuasa) serta liwat. Perbicaraan ini mencetuskan kontroversi domestik dan antarabangsa yang membawa kepada gelombang demonstrasi jalanan di bawah gerakan "Reformasi". Pada April 1999, beliau dijatuhkan hukuman penjara enam tahun bagi pertuduhan rasuah, dan pada Ogos 2000 dijatuhkan hukuman penjara sembilan tahun bagi pertuduhan liwat. Bagaimanapun, pada 2 September 2004, Mahkamah Persekutuan telah membatalkan sabitan kes liwat tersebut dan membebaskan beliau.[60]
Isu video seks "Datuk T" (2011)
Pada Mac 2011, lanskap politik negara digemparkan dengan pendedahan sebuah rakaman video seks yang didakwa melibatkan seorang pemimpin pembangkang. Video tersebut telah ditayangkan secara tertutup kepada sekumpulan wartawan di Hotel Carcosa Seri Negara oleh trio yang menggelarkan diri mereka sebagai "Datuk T" — dianggotai oleh bekas Ketua Menteri Melaka Abdul Rahim Thamby Chik, bekas Bendahari Perkasa Shuib Lazim, dan ahli perniagaan Eskom. Anwar Ibrahim dengan tegas menafikan individu di dalam video berkenaan adalah dirinya dan menyifatkan ia sebagai komplot politik jahat untuk menjatuhkan reputasi beliau. Siasatan forensik pihak polis kemudiannya mengesahkan ketulenan video tersebut, namun identiti pelaku terus menjadi subjek perdebatan politik.[61]
Pelantikan Nurul Izzah sebagai Penasihat Kanan (2023)
Selepas mengangkat sumpah sebagai Perdana Menteri ke-10, Anwar Ibrahim berdepan dengan kritikan hebat berhubung isu nepotisme dan kronisme pada awal tahun 2023. Kontroversi tercetus apabila anak sulungnya, Nurul Izzah Anwar, mendedahkan bahawa beliau telah dilantik sebagai Penasihat Kanan Ekonomi dan Kewangan kepada Perdana Menteri berkuat kuasa awal Januari 2023. Walaupun Anwar menjelaskan bahawa pelantikan tersebut tidak melibatkan sebarang bayaran elaun atau dana awam (secara pro bono), pelbagai pihak termasuk blok pembangkang dan aktivis masyarakat sivil mengkritik tindakan tersebut kerana ia dilihat bercanggah dengan prinsip tatakelola serta reformasi yang diperjuangkan oleh beliau sebelum ini. Ekoran kritikan yang berterusan, Nurul Izzah akhirnya meletakkan jawatan tersebut pada Februari 2023 untuk menyertai Sekretariat Jawatankuasa Penasihat Menteri Kewangan.[62] [63]
Kehidupan peribadi
Keluarga
Bapa Anwar, Dato' Ibrahim Abdul Rahman memulakan kerjayanya sebagai porter hospital, kemudian menyertai politik sebagai Ahli Parlimen UMNO Seberang Perai Tengah di antara tahun 1959 dan 1969 dan juga sebagai Setiausaha Parlimen di Kementerian Kesihatan dari 1964 hingga 1969 sehingga kekalahannya pada Pilihan Raya Umum 1969 oleh calon dari Gerakan. Ibunya, Che Yan Hussein, ialah seorang suri rumah aktif dalam UMNO akar umbi politik di Pulau Pinang.[64] Beliau menduduki pendidikan menengah di Kolej Melayu Kuala Kangsar. Beliau mendapat pendidikan di Universiti Malaya, di mana beliau membaca Pengajian Melayu, dan bekerja pada Sarjana dalam Sastera melalui Universiti Kebangsaan Malaysia ketika di dalam penjara 1974-75.[65]
Keputusan pilihan raya
| Thn | Konstituensi | Calon | Undi | Prts | Lawan | Undi | Prts | Buang undi | Majoriti | Keluar | ||
|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|
| 1982 | P041 Permatang Pauh | Anwar Ibrahim (UMNO) | 18,849 | 74.88% | Zabidi Ali (PAS) | 4,497 | 17.90% | 25,885 | 14,352 | 79.95% | ||
| Tan Ah Huat (DAP) | 1,825 | 7.25% | ||||||||||
| 1986 | Anwar Ibrahim (UMNO) | 17,979 | 70.56% | Mohamad Sabu (PAS) | 7,500 | 29.44% | 26,098 | 10,479 | 74.82% | |||
| 1990 | Anwar Ibrahim (UMNO) | 23,793 | 75.69% | Mahfuz Omar (PAS) | 7,643 | 24.31% | 31,740 | 16,150 | 78.32% | |||
| 1995 | P044 Permatang Pauh | Anwar Ibrahim (UMNO) | 27,945 | 76.08% | Abdul Rahman Manap (DAP) | 4,715 | 12.84% | 37,618 | 23,230 | 78.79% | ||
| Mazani Abdullah (PAS) | 4,071 | 11.08% | ||||||||||
| 2008 | Anwar Ibrahim (PKR) | 31,195 | 66.64% | Arif Shah Omar Shah (UMNO) | 15,524 | 33.16% | 47,258 | 15,671 | 80.84% | |||
| Hanafi Mamat (AKIM) | 92 | 0.20% | ||||||||||
| 2013 | Anwar Ibrahim (PKR) | 37,090 | 58.56% | Mazlan Ismail (UMNO) | 25,369 | 40.06% | 63,332 | 11,721 | 88.33% | |||
| Abdullah Zawawi Samsudin (Bebas) | 201 | 0.32% | ||||||||||
| 2018 | P132 Port Dickson | Anwar Ibrahim (PKR) | 31,016 | 70.35% | Mohd Nazari Mokhtar (PAS) | 7,456 | 16.91% | 44,087 | 23,560 | 58.25% | ||
| Mohd Isa Abdul Samad (Bebas) | 4230 | 9.59% | ||||||||||
| Stevie Chan Keng Leong (Bebas) | 337 | 0.76% | ||||||||||
| Lau Sek Yan (Bebas) | 214 | 0.48% | ||||||||||
| Kan Chee Yuen (Bebas) | 154 | 0.34% | ||||||||||
| Saiful Bukhari Azlan (Bebas) | 82 | 0.18% | ||||||||||
| 2022 | P063 Tambun | Anwar Ibrahim (PKR) | 49,625 | 39.77% | Ahmad Faizal Azumu (BERSATU) | 45,889 | 36.78% | 124,769 | 3,736 | 77.71% | ||
| Aminuddin Md Hanafiah (UMNO) | 28,140 | 22.55% | ||||||||||
| Abdul Rahim Tahir (PEJUANG) | 1,115 | 0.89% | ||||||||||
Anugerah
Kelantan :
Darjah Seri Paduka Mahkota Kelantan Yang Amat Mulia (SPMK); membawa gelaran Dato' - (2024)
Kedah :
Perlis :
Perak :
Darjah Seri Paduka Cura Si Manja Kini (SPCM); Membawa gelaran Dato' Seri - (1995)
Pahang :
Sri Sultan Ahmad Shah Pahang (SSAP); membawa gelaran Dato' Sri - (1990)
Negeri Sembilan :
Pulau Pinang :
Darjah Utama Pangkuan Negeri (DUPN); Membawa gelaran Dato' Seri Utama - (1994)
Darjah Yang Mulia Pangkuan Negeri (DMPN); Membawa gelaran Dato' - (1991)
Sabah :
Seri Panglima Darjah Kinabalu (SPDK); Membawa gelaran Datuk Seri Panglima - (1995)
Melaka :
Darjah Gemilang Seri Melaka (DGSM); membawa gelaran Datuk Seri - (1991)
Selangor :
Penghargaan Luar Negara
Kosovo :
Pakistan :
Peru :
Darjah Seri Paduka Mentari Peru (Grand Cross of the Order of the Sun of Peru) (2024)
Philippines :
Darjah Seri Paduka Rizal (Knight Grand Cross of Rizal - KGCR) (1997) [69]
Ijazah Kehormat
Amerika Syarikat :
- Ijazah Kehormat Ph.D. dari Universiti Shenandoah (2025)
China :
- Ijazah Kehormat Ph.D. dari Universiti Tsinghua (2024)
Indonesia :
- Ijazah Kehormat Ph.D. dalam Pendidikan Politik dari Universitas Negeri Padang (2018) [73]
Sumbangan

- Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Bank Dunia/Dana Kewangan Antarabangsa (IMF).
- Mencetuskan gagasan/istilah seperti Masyarakat madani, generasi rabbani, waima, nawaitu.
- Anwar berjaya meredakan ketegangan antara penganut Hindu dan Islam berikutan pembinaan Masjid dan kuil sebelah-menyebelah di Kampung Rawa, Pulau Pinang pada 1996.
- Memberi sumbangan idea dalam buku-buku: contohnya: "Anwar Ibrahim: The Asian Renaissance", Times Editions (1996)
Penerbitan buku
- Anwar Ibrahim - Mimpi Dan Realiti, Mohd Sayuti Omar, Tinta Merah, 1990
- Anwar di Zalimi, Siapa TPM Baru?, Mohd Sayuti Omar, Tinta Merah, 1998
- Mahatir Konspirasi Anwar Reformasi S.H Al-Attas 1998
- Anwar Terjerat oleh Ahmad Lutfi Othman
- 50 Dalil Mengapa Anwar Tidak Boleh Jadi PM oleh Khalid Jafri.
Rujukan
- ↑ 07 Ogos 2008, "Mampukah Anwar membuat 'come-back'?" Hafizah Kamarudin, Bernama.
- ↑ http://www.oxfordislamicstudies.com/article/opr/t125/e964
- ↑ http://www.discoverthenetworks.org/printgroupProfile.asp?grpid=6180
- ↑ "salinan arkib". Diarkibkan daripada yang asal pada 2016-12-26. Dicapai pada 2017-07-22.
- ↑ "salinan arkib". Diarkibkan daripada yang asal pada 2017-10-01. Dicapai pada 2017-07-22.
- ↑ "salinan arkib". Diarkibkan daripada yang asal pada 2017-10-01. Dicapai pada 2017-07-22.
- ↑ "International Islamic University Malaysia". Diarkibkan daripada yang asal pada 2014-10-12. Dicapai pada 10 February 2015.
- ↑ "Development Committee – Former Chairmen of the Development Committee". The World bank. Dicapai pada 10 February 2015.
- ↑ Ian Stewart, The Mahathir Legacy: A Nation Divided, a Region at Risk, Allen & Unwin, 2003, p 22-24 :"(Anwar) used... large cash payments to win enough support to secure the position of UMNO deputy president and replace veteran leader Ghafar Baba as deputy prime minister.... Anwar used the payment and patronage system to his advantage.... Anwar's followers — as witnessed by myself and other journalists- were handing out packets of money to acquire support of UMNO division leaders in his 1993 campaign against Ghafar Baba.... They were not only working for Anwar but under his instructions."
- ↑ O'Brien, Timothy L. (6 December 1998). "soros public enemy&st=cse&pagewanted=1". The New York Times. Dicapai pada 9 January 2012.
- ↑ "Judge gives reasons for ruling in favour of Anwar". Daily Express. UK. 26 January 2005. Diarkibkan daripada yang asal pada 2011-06-21. Dicapai pada 3 February 2010.
- ↑ "Archives". The Star Online. Dicapai pada 10 February 2015.
- ↑ Reclaiming Adat: contemporary Malaysian film and literature
- ↑ PRU-13: Anwar hampir sebabkan negara muflis - Anuar.
- ↑ "Court to allow Anwar appeal". BBC News. 7 September 2004. Dicapai pada 14 January 2012.
- ↑ "What is RM100 million?". Malaysian Insider. 28 May 2009. Diarkibkan daripada yang asal pada 2009-07-15. Dicapai pada 30 January 2010.
- ↑ "Court: Anwar's sacking from cabinet posts is valid". The Malay Mail. 8 March 2010. Diarkibkan daripada yang asal pada 9 March 2010. Dicapai pada 8 March 2010.
- ↑ "Anwar's Sacking From Cabinet Posts In 1998 Is Valid, Federal Court Rules". Bernama. 8 March 2010. Dicapai pada 8 March 2010.
- ↑ "Update Anwar's sacking was lawful, rules Federal Court". TheEdge. 8 March 2010. Dicapai pada 8 March 2010.
- ↑ Anwar Ibrahim "Archived copy". Diarkibkan daripada yang asal pada 2011-11-29. Dicapai pada 2011-07-29.CS1 maint: archived copy as title (link)
- ↑ "AccountAbility". Dicapai pada 16 July 2008.
- ↑ "Foundation for the Future Holds its First Board Meeting in Doha, Qatar". Diarkibkan daripada yang asal pada 16 June 2007. Dicapai pada 2008-10-10.. Foundation for the Future. 15 July 2006
- ↑ Ethics Committee Case No2 and President's Paper, p.102, 2 June 2005, World Bank
- ↑ Malaysia's Anwar Says He Plans to Run for Parliament. 30 November 2006, Bloomberg.
- ↑ Wan Azizah declares she is Anwar proxy. 25 February 2008. Channel NewsAsia
- ↑ "When Mahathir lashes out at Anwar, will it catch fire?" Diarkibkan 2008-05-25 di Wayback Machine 31 March 2008, The Malaysian Insider.
- ↑ "Malaysian opposition leader Anwar marks end of political ban", AFP, 14 April 2008.
- ↑ Malaysia Police Halt Anwar Speech, AFP (via Foxnews), 14 April 2008.
- ↑ Malaysia's Anwar returns to Parliament, Associated Press, 29 April 2008.
- ↑ "Malaysian government declares by-election defeat to Anwar". Thestandard.com.hk. 26 March 2008. Dicapai pada 9 January 2012.
- ↑ "Malaysia's Anwar wins Parliament seat". Pr-inside.com. Diarkibkan daripada yang asal pada 17 February 2012. Dicapai pada 9 January 2012.
- ↑ "Malaysia's Anwar wins seat in parliament". Diarkibkan daripada yang asal pada 29 August 2008. Dicapai pada 2008-08-26.. ://google.com. 26 August 2008
- 1 2 Interview with Anwar Ibrahim
- ↑ "Anwar still finds Najib wanting". The Malaysian Insider. 4 April 2009.
- ↑ "Anwar fails to form next Government". Asia This Week. 16 September 2008.
- ↑ "No change in govt, says Najib". The Star. 16 September 2008.
- ↑ "Malaysian PM calls opposition bluff". Al Jazeera English. 16 September 2008.
- ↑ "Anwar Out of Steam?". New Strait Times. 25 September 2008.
- ↑ "Source says Malaysia PM may step down early". Reuters UK. 25 September 2008.
- ↑ "Anwar: No hurry to take over govt". The New Straits Times Online. 24 October 2008.
- ↑ "Still waiting in the wings". The Star. 9 November 2008.
- ↑ "Parliament: Anwar claims Apco was in M'sia before 1Malaysia concept was announced".
- ↑ "Malaysia parliament votes to censure Anwar". 22 April 2010.
- ↑ "Aide alleges sodomy: Report lodged". Malaysiakini. 28 June 2008.
- ↑ "Malaysia court finds Anwar Ibrahim not guilty of sodomy". BBC News Asia.
- ↑ "Prosecution appeals Anwar sodomy acquittal".
- ↑ "Anwar given 5 years' jail after appellate court reverses sodomy acquittal".
- ↑ "ANWAR GUILTY".
- ↑ "Manifesto to curb monopolies, spur economy".
- ↑
- ↑ "Pakatan lost, but not defeated".
- ↑ "120,000 show of force at post-GE13 rally". Malaysiakini. 8 May 2013.
- 1 2 "Anwar kekal dipenjara 5 tahun". Utusan Malaysia. 10 Februari 2015.
- ↑ Safeek Affendy Razali (7 Januari 2018). "Anwar Ibrahim dibebaskan 8 Jun". Berita Harian. Dicapai pada 8 Januari 2018.
- ↑ Israr Khalid (7 Januari 2018). "Anwar Ibrahim dibebaskan lebih awal - KP Penjara". Astro Awani. Dicapai pada 8 Januari 2018.
- ↑ "Anwar Ibrahim freed from prison after royal pardon from Malaysian king". Diarkibkan daripada yang asal pada 2018-05-16. Dicapai pada 16 May 2018.
- ↑ "Anwar hails 'new dawn for Malaysia' following release from prison". Dicapai pada 16 May 2018.
- ↑ "Aide alleges sodomy: Report lodged". Malaysiakini. Mkini Dotcom Sdn Bhd. 28 June 2008. Dicapai pada 28 June 2008.
- ↑ "Press statement on police report" (Siaran akhbar). Parti KeADILan Rakyat. 29 Jun 2008. Diarkibkan daripada yang asal pada 2 July 2008. Dicapai pada 29 June 2008. Unknown parameter
|deadurl=ignored (bantuan) - ↑ Datuk Seri Khairuddin Abu Hassan (30 Ogos 2019). "Jangan minta sejarah 1998 berulang kembali". Astro Awani. Dicapai pada 4 Jun 2026.
- ↑ Datuk Seri Khairuddin Abu Hassan (30 Ogos 2019). "Video seks disebarkan di YouTube". Mstar. Dicapai pada 4 Jun 2026.
- ↑ Zanariah Abd Mutalib (29 Januari 2023). "Nurul Izzah dilantik penasihat kanan ekonomi kewangan PM". Berita Harian. Dicapai pada 4 Jun 2026.
- ↑ Nailah Huda (12 Februari 2023). "Nurul Izzah sahkan bukan lagi penasihat kanan ekonomi dan kewangan Anwar". Astro Awani. Dicapai pada 4 Jun 2026.
- ↑ Alias Muhammad (1994), p. 177
- ↑ Allers, Charles, The Evolution of a Muslim Democrat: The Life of Malaysia's Anwar Ibrahim (New York: Peter Lang, 2013), 57.
- ↑ "Keputusan Pilihan Raya Umum Parlimen/Dewan Undangan Negeri". Election Commission of Malaysia. Diarkibkan daripada yang asal pada 6 September 2011. Dicapai pada 6 June 2010. Percentage figures based on total turnout.
- ↑ "Malaysia General Election". undiinfo Malaysian Election Data. Malaysiakini. Dicapai pada 4 February 2017. Results only available from the 2004 election.
- ↑ "KEPUTUSAN PILIHAN RAYA UMUM 13". Sistem Pengurusan Maklumat Pilihan Raya Umum. Election Commission of Malaysia. Dicapai pada 24 March 2017.
- ↑ "Our Story". Knights of Rizal. Diarkibkan daripada yang asal pada 15 June 2021.
- ↑ "Anwar receives most prestigious Grand Collar of Order of Timor-Leste". The Star. 24 September 2025. Diarkibkan daripada yang asal pada 24 September 2025. Dicapai pada 24 September 2025.
- ↑ Bernama (23 September 2025). "Lawatan Anwar bukti persahabatan utuh Malaysia dan Timor-Leste - Ramos-Horta". Berita Harian. Dicapai pada 24 September 2025.
- ↑ "Anwar to receive Turkiye's Order of the Republic".
- ↑ "Universiti Negeri Padang anugerah doktor kehormat kepada Anwar Ibrahim". Berita Mediacorp. 25 October 2018. Dicapai pada 25 October 2018.
- ↑ "Anwar awarded honorary doctorate from Pakistan's NUST". The Star. 3 October 2024. Dicapai pada 3 October 2024.
- ↑ "Anwar conferred honorary doctorate by University of the Philippines". New Straits Times. 2 March 2023. Dicapai pada 2 March 2023.
Bacaan lanjut
- Kamarudin, Raja Petra (7 November 2005). "The stuff politicians are made of". Malaysia Today. Diarkibkan daripada yang asal pada 23 January 2008. Dicapai pada 17 July 2008.
- Kamarudin, Raja Petra (9 November 2005). "The Anwar Factor". Malaysia Today. Diarkibkan daripada yang asal pada 14 January 2008. Dicapai pada 17 July 2008.
- Yeoh, Oon (6 Disember 2005). "The return of Anwar Ibrahim". Malaysia Today. Diarkibkan daripada yang asal pada 5 June 2008. Dicapai pada 17 July 2008.
- Shari, Izatun (30 June 2008). "Najib denies involvement in Anwar sodomy allegation". The Star Online. Dicapai pada 17 July 2008.
- "Anwar challenges PM and DPM to debate on fuel prices". The Star Online. 6 June 2008. Dicapai pada 17 July 2008.
Bibliografi
- Alias Muhammad, PAS' Platform: Development and Change, 1951-1986, Gateway Publishing House, 1994, ISBN 9677500236
- Charles Allers, The Evolution of a Muslim Democrat: The Life of Malaysia's Anwar Ibrahim, Peter Lang, 2013, ISBN 9781433123566
- Moktar Petah, Kerajaan mansuh kekebalan Raja Melayu, ART Media, 1993, ISBN 9839835009
Pautan luar
- Tentang Anwar
- Laporan mengenai Anwar
- Mahkamah bebaskan Anwar -- Panel hakim ketepikan hukuman penjara sembilan tahun dengan majoriti 2-1
- Impak politik
- Anwar Ibrahim di Facebook
| Jawatan parti politik | ||
|---|---|---|
| Didahului oleh Suhaimi Kamaruddin |
Ketua Pemuda UMNO 1982–1987 |
Diikuti oleh: Najib Razak |
| Didahului oleh Ghafar Baba |
Timbalan Presiden UMNO 1993–1998 |
Kosong Gelaran dipegang kemudian oleh Abdullah Ahmad Badawi |
| Didahului oleh Wan Azizah Wan Ismail |
Pemimpin Pakatan Rakyat 2008–2015 |
Jawatan digugurkan |
| Pejabat baharu | Ketua Umum Pakatan Harapan 2017–2020 |
Jawatan digugurkan |
| Didahului oleh Wan Azizah Wan Ismail |
Presiden Parti Keadilan Rakyat 2008–2015 |
Diikuti oleh: Wan Azizah Wan Ismail |
| Didahului oleh Wan Azizah Wan Ismail |
Presiden Parti Keadilan Rakyat 2018–kini |
Masih menyandang |
| Didahului oleh Mahathir Mohamad |
Pengerusi Pakatan Harapan 2020–kini |
Masih menyandang |
| Parlimen Malaysia | ||
| Didahului oleh Zabidi Ali |
Ahli Dewan Rakyat bagi Permatang Pauh 1982–1999 |
Diikuti oleh: Wan Azizah Wan Ismail |
| Didahului oleh Wan Azizah Wan Ismail |
Ahli Dewan Rakyat bagi Permatang Pauh 2008–2015 | |
| Didahului oleh Danyal Balagopal Abdullah |
Ahli Dewan Rakyat bagi Port Dickson 2018–2022 |
Diikuti oleh: Aminuddin Harun |
| Didahului oleh Ahmad Faizal Azumu |
Ahli Dewan Rakyat bagi Tambun 2022–kini |
Masih menyandang |
| Jawatan politik | ||
| Didahului oleh Mokhtar Hashim |
Menteri Kebudayaan, Belia dan Sukan 1983–1984 |
Diikuti oleh: Sulaiman Daud |
| Didahului oleh Abdul Manan Othman |
Menteri Pertanian 1984–1986 |
Diikuti oleh: Sanusi Junid |
| Didahului oleh Abdullah Ahmad Badawi |
Menteri Pendidikan 1986–1991 |
Diikuti oleh: Sulaiman Daud |
| Didahului oleh Daim Zainuddin |
Menteri Kewangan 1991–1998 |
Diikuti oleh: Mahathir Mohamad |
| Didahului oleh Ghafar Baba |
Timbalan Perdana Menteri Malaysia 1993–1998 |
Kosong Gelaran dipegang kemudian oleh Abdullah Ahmad Badawi |
| Didahului oleh Wan Azizah Wan Ismail |
Ketua Pembangkang 2008–2015 |
Diikuti oleh: Wan Azizah Wan Ismail |
| Didahului oleh Ismail Sabri Yaakob |
Ketua Pembangkang 2020–2022 |
Diikuti oleh: Hamzah Zainudin |
| Didahului oleh Ismail Sabri Yaakob |
Perdana Menteri Malaysia 2022–kini |
Masih menyandang |
| Didahului oleh Tengku Zafrul Abdul Aziz |
Menteri Kewangan 2022–kini |
Masih menyandang |
| Jawatan diplomatik | ||
| Didahului oleh Guillermo Putzeys Alvarez |
Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Bank Dunia dan Tabung Kewangan Antarabangsa Mac 1998 – September 1998 |
Diikuti oleh: Bethwell Allan Ogot |
| Didahului oleh Driss Jettou |
Presiden Persidangan Umum UNESCO 1989–1991 |
Diikuti oleh: Tarrin Nimmanahaeminda |
| Didahului oleh Sonexay Siphandone |
Pengerusi ASEAN 2025–2025 |
Diikuti oleh: Bongbong Marcos |
- Penerima Darjah Seri Paduka Mahkota Kelantan
- Penerima Darjah Seri Paduka Cura Si Manja Kini
- Penerima Darjah Sri Sultan Ahmad Shah Pahang
- Penerima Darjah Seri Utama Negeri Sembilan
- Penerima Darjah Utama Pangkuan Negeri
- Penerima Seri Panglima Darjah Kinabalu
- Penerima Darjah Gemilang Seri Melaka
- Penerima Darjah Yang Mulia Pangkuan Negeri
- Pasangan Timbalan Perdana Menteri Malaysia
- Kelahiran 1947
- Orang hidup
- Anggota Parti Keadilan Rakyat
- Perdana Menteri Malaysia
- Bekas anggota Pertubuhan Kebangsaan Melayu Bersatu
- Orang dari Bukit Mertajam
- Orang dari Pulau Pinang
- Muslim Malaysia
- Anwar Ibrahim
- Alumni Universiti Malaya
- Alumni Universiti Kebangsaan Malaysia
- Timbalan Perdana Menteri Malaysia
- Menteri Pendidikan Malaysia
- Menteri Kewangan Malaysia
- Ahli politik Malaysia berketurunan Melayu
- Anak ahli politik Malaysia
- Pengasas parti politik di Malaysia
- Presiden Parti Keadilan Rakyat
- Presiden Universiti Islam Antarabangsa Malaysia
- Ahli Dewan Rakyat, Parlimen Malaysia ke-6
- Ahli Dewan Rakyat, Parlimen Malaysia ke-7
- Ahli Dewan Rakyat, Parlimen Malaysia ke-8
- Ahli Dewan Rakyat, Parlimen Malaysia ke-9
- Ahli Dewan Rakyat, Parlimen Malaysia ke-12
- Ahli Dewan Rakyat, Parlimen Malaysia ke-13
- Ahli Dewan Rakyat, Parlimen Malaysia ke-14
- Ketua Pembangkang Dewan Rakyat Malaysia
- Ketua Pergerakan Pemuda Pertubuhan Kebangsaan Melayu Bersatu
- Ahli Dewan Rakyat, Parlimen Malaysia ke-15
- Anggota Angkatan Belia Islam Malaysia
- Orang yang disabitkan dengan liwat




