Mohammed Taufiq Johari
Mohammed Taufiq | |
|---|---|
Mohammed Taufiq pada 2023 | |
| Menteri Belia dan Sukan Malaysia | |
| Menyandang jawatan 17 Disember 2025 | |
| Raja | Sultan Ibrahim |
| Perdana Menteri | |
| Timbalan | |
| Didahului oleh | |
| Kawasan pilihan raya | Sungai Petani |
| Ahli Parlimen Malaysia bagi Sungai Petani, Kedah | |
| Menyandang jawatan 19 Disember 2022 | |
| Didahului oleh | |
| Majoriti | 1,115 (2022) |
| Timbalan Pengerusi Parti Keadilan Rakyat Negeri Kedah | |
| Dalam jawatan 31 Julai 2025 | |
| Pengerusi | Saifuddin Nasution Ismail |
| Maklumat peribadi | |
| Lahir | Mohammed Taufiq bin Johari 6 Mac 1996 Kuala Lumpur, Malaysia |
| Parti politik | |
| Gabungan politik lain | Pakatan Harapan (PH) |
| Pasangan | Dr Fathiya Ainul Mardhiyah Andri Nopendra (k. 2024) |
| Anak | 1 orang |
| Ibu bapa |
|
| Saudara | Shuaib Lazim (atuk saudara) |
| Tempat belajar | Universiti Islam Bandung (MD) |
| Pekerjaan | Ahli politik |
| Bidang pengkhususan | Doktor Perubatan |
Dr. Mohammed Taufiq bin Tan Sri Dato’ Dr. Johari (lahir 6 Mac 1996) ialah ahli politik Malaysia berketurunan Melayu. Beliau kini berkhidmat sebagai Menteri Belia dan Sukan sejak 2025 dan Ahli Parlimen Sungai Petani sejak 2022.
Kehidupan awal dan pendidikan
[sunting | sunting sumber]Mohammed Taufiq bin Johari dilahirkan pada 6 Mac 1996 di Kuala Lumpur, Malaysia. Bapa beliau ialah Johari bin Abdul yang merupakan bekas Ahli Parlimen Sungai Petani sejak 2008 sehingga 2022. Beliau mempunyai tujuh adik beradik.
Beliau bersekolah di SMK Gombak Setia, Selangor sebelum melanjutkan pelajaran ke Universiti Islam Bandung dalam bidang perubatan.
Beliau hanya menggunakan gelaran "Dr" selepas mengikuti pengajian perubatan di indonesia, tetapi tidak pernah berdaftar dengan Majlis Perubatan Malaysia (Malaysian Medical Council) sehingga mencetuskan kontroversi apabila beberapa pihak antaranya MCW menuntut supaya beliau membuktikan dokumen rasmi beliau tamat pengajian sebagai doktor perubatan dan dokumen pengesahan beliau beramal sebagai pengamal perubatan.
Kerjaya politik
[sunting | sunting sumber]Beliau merupakan Ketua Pemuda Pakatan Harapan Kedah, Ketua Angkatan Muda Keadilan Kedah dan Ketua Angkatan Muda Keadilan Sungai Petani.[1]
Pada 2025 beliau dilantik sebagai Timbalan Pengerusi Parti Keadilan Rakyat Negeri Kedah.[2]
Menteri Belia dan Sukan (2025-kini)
[sunting | sunting sumber]Pelantikan
[sunting | sunting sumber]Pada 16 Disember 2025 Perdana Menteri Malaysia ke-10, Dato' Seri Anwar Ibrahim telah mengumumkan Dr. Mohammed Taufiq Johari sebagai Menteri Belia dan Sukan baharu akan menggantikan Hannah Yeoh.[3] Pada 17 Disember 2025, Dr. Mohammed Taufiq Johari bersama 14 orang Menteri dan Timbalan Menteri yang baharu telah mengangkat sumpah di Istana Negara di hadapan Yang di-Pertuan Agong Ke-17, Sultan Ibrahim ibni Sultan Iskandar.[4]
Keputusan Pilihan Raya
[sunting | sunting sumber]| Thn | Konstituensi | Calon | Undi | Prts | Lawan | Undi | Prts | Buang undi | Majoriti | Keluar | ||
|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|
| 2022 | P015 Sungai Petani | Mohammed Taufiq Johari (PKR) | 50,580 | 38.91% | Robert Ling Kui Ee (BERSATU) | 49,465 | 38.05% | 131,447 | 1,115 | 77.85% | ||
| Shahanim Mohamad Yusoff (UMNO) | 27,391 | 21.07% | ||||||||||
| Marzuki Yahya (PEJUANG) | 2,342 | 1.80% | ||||||||||
| Tan Chow Kang (PRM) | 226 | 0.17% | ||||||||||
Rujukan
[sunting | sunting sumber]- ↑ Calon PRU Taufiq Johari
- ↑ Reporters, F. M. T. (2026-01-16). "PKR Kedah struktur semula organisasi, kukuh parti". Free Malaysia Today | FMT (dalam bahasa Inggeris). Dicapai pada 2026-08-04.
- ↑ "TERKINI: Kabinet baharu Kerajaan MADANI". Berita Harian (dalam bahasa Inggeris). 2025-12-16. Dicapai pada 2025-12-17.
- ↑ BERNAMA (2025-12-17). "7 menteri, 8 timbalan menteri selesai angkat sumpah". Berita Harian (dalam bahasa Inggeris). Dicapai pada 2025-12-17.
- ↑ "The Star Online GE15 Kedah". election.thestar.com.my.

