Lee Ting Han
Lee Ting Han | |
|---|---|
| Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri Johor | |
| Menyandang jawatan 13 Februari 2024 | |
| Raja | Sultan Ibrahim Ismail |
| Menteri Besar | Onn Hafiz Ghazi |
| Portfolio | Pelaburan, Perdagangan, Hal Ehwal Pengguna & Sumber Manusia |
| Didahului oleh | Sendiri (Pelaburan, Perdagangan & Hal Ehwal Pengguna) Mohd Hairi Mad Shah (Sumber Manusia) |
| Kawasan pilihan raya | Paloh |
| Dalam jawatan 26 Mac 2022 – 13 Februari 2024 | |
| Raja | Sultan Ibrahim Iskandar |
| Menteri Besar | Onn Hafiz Ghazi |
| Portfolio | Pelaburan, Perdagangan & Hal Ehwal Pengguna |
| Didahului oleh | Mohd Izhar Ahmad (Pelaburan) Chong Fat Full (Perdagangan & Hal Ehwal Pengguna) |
| Digantikan oleh | Sendiri |
| Kawasan pilihan raya | Paloh |
| Ahli Dewan Undangan Negeri Johor bagi Paloh | |
| Menyandang jawatan 12 Mac 2022 | |
| Didahului oleh | Sheikh Umar Bagharib Ali (PH–DAP) |
| Majoriti | 3,176 (2022) |
| Puak yang diwakili dalam Dewan Undangan Negeri Johor | |
| 2022– | Barisan Nasional |
| Maklumat peribadi | |
| Lahir | 1990 (umur 35–36) |
| Kerakyatan | |
| Parti politik | |
| Gabungan politik lain | |
| Tempat belajar | Universiti Malaya (LLB) Universiti Cambridge (LLM) |
| Pekerjaan | Ahli politik |
| Bidang pengkhususan | Peguam |
Lee Ting Han (Cina ringkas: 李廷汉; lahir sekitar 1990) merupakan seorang ahli politik dan peguam Malaysia. Beliau berkhidmat sebagai Ahli EXCO Johor dalam pentadbiran Barisan Nasional (BN) di bawah Menteri Besar Onn Hafiz Ghazi, dan merupakan Ahli Dewan Undangan Negeri Johor (ADUN) bagi Paloh sejak Mac 2022. Beliau ialah ahli Persatuan Cina Malaysia (MCA), sebuah parti komponen dalam gabungan BN.
Lee menuntut di SMK Permas Jaya, Johor Bahru (SMKPJ) dari 2003 hingga 2009 sebelum meneruskan pengajian di Universiti Malaya, di mana beliau menamatkan pengajian dengan Ijazah Sarjana Muda Undang-Undang (Kelas Pertama) dan menerima Pingat Emas Puan Sri Haseenah Pingat Emas (pelajar terbaik Program Saujana Muda Undang-undang).[2] Beliau kemudian melanjutkan pengajian pascasiswazah di Universiti Cambridge.[3][2] Sebelum berangkat ke United Kingdom, Lee pernah berkhidmat sebentar di Jabatan Perdana Menteri.[2]
Beliau diterima masuk sebagai peguambela dan peguamcara Mahkamah Tinggi Malaya pada tahun 2015 serta pernah berkhidmat sebagai peguam di beberapa firma guaman di Kuala Lumpur. Beliau juga pernah berkhidmat sebagai Pegawai Tugas-tugas Khas kepada Wee Ka Siong, yang merupakan Menteri Pengangkutan Malaysia dari Mac 2020 hingga November 2022.[4] Lee turut pernah menjadi penulis bersama bagi Undang-undang Media di Malaysia (Sweet & Maxwell), MP Jain: Administrative Law of Malaysia (LexisNexis), serta sebagai editor bagi Atkin’s Court Forms dalam bab Judicial Review.
Lee bertanding pada Pilihan raya negeri Johor 2022 sebagai calon BN bagi Paloh dan menewaskan ADUN bertahan Sheikh Umar Bagharib Ali daripada Pakatan Harapan (PH) serta dua calon lain.[5] Beliau mengangkat sumpah sebagai ahli EXCO Johor pada 26 Mac 2022.[6]
Keputusan pilihan raya
[sunting | sunting sumber]| Thn | Konstituensi | Calon | Undi | Prts | Lawan | Undi | Prts | Buang undi | Majoriti | Keluar | ||
|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|
| 2022 | N30 Paloh | Lee Ting Han (MCA) | 8,077 | 55.05% | Sheikh Umar Bagharib Ali (DAP) | 4,901 | 33.41% | 14,671 | 3,176 | 56.80% | ||
| Selvendran Velu (PAS) | 1,512 | 10.31% | ||||||||||
| Aminuddin Johari (PEJUANG) | 181 | 1.23% | ||||||||||
| 2026 | Lee Ting Han (MCA) | 11,181 | 66.40% | Ruban Arumugam (DAP) | 4,982 | 29.59% | 17,141 | 6,199 | 67.43% | |||
| Jeevakumar Dayalan (MIPP) | 571 | 3.39% | ||||||||||
| Kamaleswaren Ganabathi (Bebas) | 105 | 0.62% | ||||||||||
Rujukan
[sunting | sunting sumber]- ↑ https://www.nst.com.my/news/politics/2022/03/778944/paloh-bn-candidate-eyeing-agro-and-eco-tourism-sector
- 1 2 3 "Johor polls: Anyone can achieve their dreams with hard work, says Paloh state seat candidate". 8 Mac 2022. Dicapai pada 26 Mac 2022.
- ↑ "Paloh BN candidate eyeing agro- and eco-tourism sector". 11 Mac 2022. Dicapai pada 26 Mac 2022.
- ↑ "Superior of Lee Ting Han". Dicapai pada 26 Mac 2022.
- ↑ "PRN Johor 2022 : Keputusan Rasmi Terkini". Dicapai pada 26 Mac 2022.
- ↑ "New faces make up 70% of Johor exco line-up — MB". 26 Mac 2022. Diarkibkan daripada yang asal pada 26 Mac 2022. Dicapai pada 26 Mac 2022.
- ↑ "Dashboard SPR". dashboard.spr.gov.my. Dicapai pada 2022-03-13.

