close
Pergi ke kandungan

Noor Effandi Ahmad

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Yang Berbahagia Datuk
Noor Effandi Ahmad
DMSM (Melaka)
Ahli Dewan Undangan Negeri Melaka
bagi Telok Mas
Dalam jawatan
2018–2021
Didahului olehBERJAYA BERJAYA Datuk Latiff Thamby Chik
Digantikan olehBERJAYA BERJAYA Abdul Razak Abdul Rahman
Pengerusi Jawatankuasa di Jabatan Ketua Menteri (Pendidikan, Pengajian Tinggi, Teknikal dan Vokasional Sains dan Inovasi)
Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri Melaka
Dalam jawatan
2018–2021
Maklumat peribadi
Parti politikBERJAYA BERSATU (2016-2021) (2024-Kini)
BERJAYA BERJAYA Parti Amanah Negara (2022-2024)
Gabungan politik
lain
BERJAYA Perikatan Nasional (2020-2021) (2024-Kini)
BERJAYA Pakatan Harapan (2017-2020) (2022-2024)

Datuk Noor Effandi Ahmad adalah bekas EXCO Kerajaan Negeri Melaka bagi portfolio di Jabatan Ketua Menteri (Pendidikan, Pengajian Tinggi, Teknikal dan Vokasional Sains dan Inovasi[1] yang telah dilantik pada tahun 2018 dan dilantik semula pada tahun 2020 hingga tahun 2021. Beliau juga merupakan bekas ADUN Telok Mas (2018-2021) setelah memenanginya pada Pilihan raya umum Malaysia 2018[2] lalu. Namun demikian, pada Pilihan raya negeri Melaka 2021, beliau tidak bertanding di mana-mana kerusi.

Setakat 1 Januari 2026, beliau adalah Setiausaha Perikatan Nasional Negeri Melaka dan Ahli Jawatankuasa Badan Pimpinan BERSATU Negeri Melaka.

Beliau adalah muka baharu yang bertanding untuk kerusi DUN Telok Mas, Melaka. Beliau telah menang dalam pertandingan 3 penjuru menentang Datuk Abdul Razak Abdul Rahman (BN) dan Rosazli Md. Yasin (PAS) pada PRU 14 lalu.[3]

Beliau telah bersama-sama dengan ADUN Sungai Udang, Idris Haron, Pantai Kundor, Nor Azman Hassan dan Pengkalan Batu, Norhizam Hassan Baktee telah menarik sokongan terhadap Ketua Menteri Melaka, Sulaiman Md Ali pada 4 September 2021 berikutan campur tangan Yang di-Pertua Dewan Undangan Negeri Melaka, Ab Rauf Yusoh dalam pentadbiran Sulaiman.[4]

Serentak dengan itu, beliau telah dipecat secara automatik dari Parti Pribumi Bersatu Malaysia kerana menyokong pembangkang. Ia telah disahkan oleh Pengerusi Badan Perhubungan Negeri Perikatan Nasional Melaka dan Ketua Badan Pimpinan Negeri Parti Pribumi Bersatu Malaysia Melaka, Mohd Rafiq Naizamohideen.[5]

  • BERJAYA Melaka
    • BERJAYA Darjah Mulia Seri Melaka (DMSM) - Datuk[6]

Pautan luar

[sunting | sunting sumber]