close
Pergi ke kandungan

Rina Mohd Harun

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Rina Mohd Harun
BERJAYA
Bendahari Agung
Parti Pribumi Bersatu Malaysia
Menyandang jawatan
28 November 2024
PresidenTan Sri Muhyiddin Yassin
Didahului olehDatuk Mohamed Salleh Bajuri
Ketua Wanita
Parti Perikatan Nasional
Menyandang jawatan
2020
TimbalanNuridah Mohd Salleh
Didahului olehPenyandang sulung
Ketua Srikandi
Parti Pribumi Bersatu Malaysia
Dalam jawatan
5 April 2017  4 Oktober 2024
Naib KetuaMas Ermieyati Samsudin
Didahului olehPenyandang sulung
Digantikan olehMas Ermieyati Samsudin
Menteri Pembangunan Wanita,
Keluarga dan Masyarakat
Dalam jawatan
30 Ogos 2021  10 Oktober 2022
RajaAl-Sultan Abdullah
Perdana MenteriBERJAYA BERJAYA Ismail Sabri Yaakob
TimbalanBERJAYA BERJAYA Siti Zailah Mohd Yusoff
Digantikan olehBERJAYABERJAYA Nancy Shukri
Dalam jawatan
10 Mac 2020  16 Ogos 2021
RajaAl-Sultan Abdullah
Perdana MenteriBERJAYA BERJAYA Muhyiddin Yassin
TimbalanBERJAYA BERJAYA Siti Zailah Mohd Yusoff
Didahului olehBERJAYA BERJAYA Wan Azizah Wan Ismail
Ahli Parlimen Malaysia
bagi Titiwangsa
Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur
Dalam jawatan
16 Julai 2018  10 Oktober 2022
Didahului olehBERJAYA BERJAYA Johari Abdul Ghani
Digantikan olehBERJAYA BERJAYA Johari Abdul Ghani
Majoriti4,139 (PRU-14)
Menteri Pembangunan Luar Bandar
Dalam jawatan
21 Mei 2018  24 Februari 2020
RajaAl-Sultan Abdullah
Perdana MenteriBERJAYA BERJAYA Mahathir Mohamad
Timbalan MenteriBERJAYA BERJAYA Sivarasa Rasiah
Didahului olehBERJAYA BERJAYA Ismail Sabri Yaacob
Digantikan olehBERJAYA BERJAYA Abdul Latiff Ahmad
Timbalan Ketua Wanita
Pakatan Harapan
Dalam jawatan
2017  24 Februari 2020
KetuaZuraida Kamaruddin
Digantikan olehRaj Munni Sabu
Maklumat peribadi
Lahir (1973-04-18) 18 April 1973 (umur 53)[1]
Kuala Lumpur, Malaysia
Parti politikBERJAYA UMNO (2002-2016)
BERJAYA PPBM (2017-kini)
Gabungan politik
lain
BERJAYA BN (2002-2016)
BERJAYA PH (2017-2020)
BERJAYA PN (2020-kini)
Tempat belajarUniversiti Northwood, Amerika Syarikat
Institut Teknologi MARA
GajiRM34,004.48 sebulan[2]
Kabinet
Anugerah awamSenarai

Datuk Seri Rina binti Mohd Harun (lahir 18 April 1973) ialah ahli politik wanita Malaysia berketurunan Melayu. Beliau merupakan mantan Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat (2020-2022), mantan Menteri Pembangunan Luar Bandar dan Wilayah (2018-2020) dan mantan Ahli Parlimen Titiwangsa selama sepenggal (2018-2022). Di peringkat parti beliau ialah Bendahari Agung BERSATU.

Pendidikan awal

[sunting | sunting sumber]

Beliau dibesarkan di Jalan Gurney, Kuala Lumpur dan mendapat pendidikan awal di Sekolah Kebangsaan Datok Keramat 1, Kuala Lumpur. Kemudian beliau melanjutkan persekolahan di Sekolah Tun Fatimah, Johor Bahru sebelum melanjutkan pengajiannya di Institut Teknologi MARA (kini Universiti Teknologi MARA; UiTM) dalam Diploma dalam Pengajian Perbankan. Beliau melanjutkan pengajian ijazah pertamanya di Universiti Northwood di Michigan, Amerika Syarikat dan mendapat BBA dalam bidang Perbankan dan Kewangan.

Kerjaya awal

[sunting | sunting sumber]

Rina bekerja dalam bidang perbankan komersial selama 8 tahun sebelum menceburi bidang politik.[3][4]

Kerjaya politik

[sunting | sunting sumber]
UMNO
  • Ketua Puteri UMNO Bahagian Sepang - 2002-2013
  • Setiausaha Puteri UMNO Selangor - 2002-2004
  • Timbalan Ketua Puteri UMNO Selangor - 2004-2009
  • Timbalan Ketua Puteri UMNO Selangor - 2009
  • EXCO Puteri UMNO Malaysia - 2009-2013
  • Pemangku Ketua Wanita UMNO Bandar Baru Salak Tinggi 2013-2016
BERSATU
  • Ketua Srikandi
Pakatan Harapan
  • Timbalan Ketua Wanita
Perikatan Nasional
  • Ketua Wanita

Pertubuhan NGO

[sunting | sunting sumber]
  • Penolong Bendahari, Majlis Belia Selangor
  • Jawatankuasa Majlis Belia Daerah Sepang

Keputusan pilihan raya

[sunting | sunting sumber]
Parliament of Malaysia[5][6][7]
Thn Konstituensi Calon Undi Prts Lawan Undi Prts Buang undi Majoriti Keluar
2018 P119 Titiwangsa Rina Mohd Harun (PPBM) 23,840 47.31% Johari Abdul Ghani (UMNO) 19,701 39.10% 50,858 4,139 82.56%
Mohamad Nor Mohamad (PAS) 6,845 13.59%
2022 P113 Sepang Rina Mohd Harun (BERSATU) 47,315 34.30% Aiman Athirah Sabu (AMANAH) 56,264 40.78% 137,955 8,949 83.1%
Anuar Basiran (UMNO) 31,097 22.54%
Che Asmah Ibrahim (PEJUANG) 2,237 1.69%
Mohd Syahrul Amri Mat Sari (IND) 319 0.23%
Mohd Daud Leong Abdullah (PUR) 264 0.19%
Muneswaran Muthiah (IND) 194 0.14%
Nageswaran Ravi (PRM) 165 0.12%
Dewan Undangan Negeri Selangor
Thn Konstituensi Calon Undi Prts Lawan Undi Prts Buang undi Majoriti Keluar
2023 N41 Batu Tiga Rina Mohd Harun (BERSATU) 25,682 45.33% Danial Al-Rashid (AMANAH) 29,064 51.35% 56,654 3,382 75.05%
Syaidiyah Izzati Nur Razak Maideen (MUDA) 1,908 3.37%
  1. "Bernama Radio on Instagram: "Infografik: Profil Menteri Pembangunan Luar Bandar #BernamaRadio #semuanyatentanganda #pakatanharapan"". Instagram.
  2. "Portal Pengisytiharan Harta". Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia. Diarkibkan daripada yang asal pada 24 Ogos 2020. Dicapai pada 28 Oktober 2020.
  3. Wahid, Shakira Buang dan Ramieza (2019-04-25). "Rina akui dirinya 'menteri pasif' tapi bersebab". Malaysiakini. Dicapai pada 2021-12-27.
  4. My Minister series: Rina Harun (dalam bahasa Inggeris), dicapai pada 2021-12-27
  5. "Malaysia General Election". undiinfo Malaysian Election Data. Malaysiakini. Dicapai pada 4 February 2018. Results only available from the 2004 election.
  6. "SEMAKAN KEPUTUSAN PILIHAN RAYA UMUM KE – 14". Election Commission of Malaysia. Diarkibkan daripada yang asal pada 13 September 2020. Dicapai pada 17 May 2018. Percentage figures based on total turnout.
  7. "The Star Online GE14". The Star. Dicapai pada 24 May 2018. Percentage figures based on total turnout.
  8. "Husam kembali bergelar 'datuk', Mujahid Dr Dzul Ahmad Awang 'datuk seri'". MALAYSIADATELINE. 13 October 2018. Dicapai pada 13 October 2018.
  9. "SENARAI PENGANUGERAHAN DARJAH, TAULIAH, BINTANG DAN PINGAT KEBESARAN NEGERI MELAKA BAGI TAHUN 2012" (PDF). Warta Kerajaan Negeri Melaka.
  10. "SENARAI NAMA PENERIMA DARJAH KEBESARAN, BINTANG DAN PINGAT NEGERI SELANGOR SEMPENA ULANG TAHUN HARI KEPUTERAAN KE-59 DULI YANG MAHA MULIA SULTAN SELANGOR TAHUN 2004" (PDF). Warta Kerajaan Negeri Selangor.

Pautan luar

[sunting | sunting sumber]