close
Jump to content

Pusat Acara/Pendaftaran

From Meta, a Wikimedia project coordination wiki
This page is a translated version of the page Event Center/Registration and the translation is 91% complete.
Pendaftaran Acara
Laman Utama Cara Penggunaan Soalan Lazim

Pendaftaran Acara ialah penyelesaian di wiki untuk pengurusan acara. Ia juga merupakan alatan pertama bagi Pusat Acara. Pusat Acara akan menjadi pelantar untuk menganjur dan menguruskan acara, berserta kegiatan kerjasama lain di wiki. Di pelantar ini, penganjur boleh mencapai alatan-alatan untuk mencipta projek dan acara kerjasama, dan peserta boleh mendapatkan sokongan yang mereka perlukan. Pusat Acara akan memudahkan aliran kerja dan menggalakkan lebih banyak kegiatan kerjasama berlaku di wiki.

Alat Pendaftaran Acara tersedia pada wiki yang telah mengaktifkan sambungan CampaignEvents. Dengan ciri ini, penganjur boleh mendayakan pendaftaran pada laman acara mereka. Setelah pendaftaran didayakan, peserta boleh mendaftar untuk acara tersebut dengan mengklik butang "Daftar". Kemudian, penganjur akan dapat mengumpulkan senarai peserta acara berdaftar, bersama-sama dengan data pilihan mengenai demografi peserta. Selain itu, penganjur mempunyai pilihan untuk mendayakan perangkaan sumbangan supaya data mengenai suntingan yang dibuat semasa acara tersebut dapat dilihat di wiki. Ciri lain termasuklah pendaftaran peribadi pilihan, e-mel besar-besaran kepada peserta, penyepaduan dengan Papan Pemuka Atur Cara & Acara serta promosi acara automatik melalui Senarai Kolaborasi.

Mengapa menggunakan Alat Pendaftaran Acara?

Alat pendaftaran acara merupakan penyelesaian di wiki yang pertama untuk pendaftaran acara. Dengan alat ini, peserta acara boleh mengklik butang "Daftar" untuk mendaftar acara, dan bukannya perlu menambah tandatangan mereka pada halaman acara (yang mengelirukan pendatang baru) atau menggunakan penyelesaian pendaftaran pihak ketiga yang berada di luar wiki. Sementara itu, penganjur acara boleh membawa lebih banyak kegiatan penganjuran mereka ke dalam wiki dan mereka boleh mendapat manfaat daripada senarai ciri yang semakin meningkat, yang menyokong penganjur acara dari semasa ke semasa.

Manfaat utama alat ini termasuklah:

  • Lebih mudah digunakan untuk penganjur: Penganjur boleh mendayakan pendaftaran pada halaman acara mereka dan mereka boleh mengurus senarai peserta dengan mudah.
  • Lebih mudah digunakan untuk peserta: Peserta boleh mendaftar dengan mudah untuk acara di wiki tanpa perlu memahami tentang penyuntingan atau tandatangan.
  • Privasi data yang lebih baik untuk peserta: Peserta tidak perlu risau tentang bagaimana data mereka diurus, dijejaki atau disimpan oleh penyelesaian pendaftaran pihak ketiga, memandangkan alat pendaftaran acara akan menjadi sebahagian daripada ekosistem Wikimedia dan piawaian privasinya. Tambahan pula, terdapat ciri pendaftaran peribadi pilihan supaya peserta hanya boleh menunjukkan nama pengguna mereka kepada penganjur dan pentadbir wiki, jika mereka mahu. Peserta juga boleh menjawab soalan demografi tentang diri mereka sendiri.
  • Sokongan perhubungan yang dipertingkatkan: Penganjur boleh menghantar e-mel dengan mudah kepada peserta berdaftar dan e-mel pengesahan dihantar kepada peserta selepas mendaftar untuk acara tersebut.
  • Penyepaduan dengan aliran kerja dan amalan wiki: Laman-laman acara dan pendaftaran acara boleh disepadukan ke dalam aliran kerja wiki supaya pengguna boleh melihat dan menguruskan laman acara.
  • Penyepaduan dengan Papan Pemuka Atur Cara & Acara: Alat pendaftaran acara mempunyai penyepaduan dengan Papan Pemuka Atur Cara & Acara supaya semua pendaftar awam boleh memasukkan nama pengguna mereka secara automatik ke acara yang berkaitan pada papan pemuka itu. Ini dapat menjimatkan masa buat penganjur acara dan peserta kerana mereka tidak perlu menambah nama pengguna secara manual ke papan pemuka.
  • Lebih banyak data tentang kegiatan kempen dan acara sebagai satu pergerakan: Buat masa ini, ramai penganjur acara beralih kepada penyelesaian pihak ketiga untuk melakukan banyak perkara seperti mencipta laman acara, mendaftarkan peserta dan tugasan lain. Ini bermakna kita terlepas banyak data, analisis dan pemahaman penting yang berkaitan dengan acara pergerakan, khususnya yang berkaitan dengan dampak dan hasilnya. Jika kita memudahkan penganjur untuk mencipta dan menguruskan acara di wiki, kita boleh menjangkakan untuk melihat lebih banyak ketelusan dan keeratan di sekitar kegiatan acara di wiki.

Siapakah yang patut menggunakan alatan ini

Untuk penganjur

Mereka yang mempunyai Hak Penganjur Acara boleh mencapai bahagian penganjur alat yang membenarkan anda:

  • Mencipta laman acara pada ruang nama yang dibenarkan
  • Menambahkan pengguna (dengan hak penganjur) sebagai rakan penganjur
  • Mendayakan pendaftaran pada laman acara yang mereka cipta
  • Menghantar e-mel kepada peserta berdaftar
  • Menyepadukan dengan Papan Pemuka Atur Cara & Acara
  • Menyunting maklumat pendaftaran acara
  • Melumpuhkan pendaftaran acara pada laman acara
  • Melihat siapa yang mendaftar untuk acara tersebut dan bila mereka mendaftar
  • Mengeluarkan peserta daripada senarai peserta
  • Menentukan ID Grant mereka (jika ada)
  • Menghantar e-mel pengesahan automatik kepada peserta berdaftar (jika alamat e-mel itu dikaitkan dengan akaun mereka)
  • Jika anda bersetuju dengan perjanjian lilit klik untuk mengendalikan data peserta dengan berhati-hati, dapatkan capaian untuk mengumpul maklumat pilihan tentang:
    • Jantina, umur, pekerjaan, tahap keselesaan dalam menyumbang kepada projek-projek Wikimedia, dan sama ada mereka merupakan sebahagian daripada mana-mana gabungan Wikimedia.

Untuk memohon hak penganjur di Meta-Wiki, sila lawati halaman Penganjur Acara.

Untuk peserta

Sesiapa sahaja yang mempunyai akaun Wikimedia boleh mendaftar untuk sesuatu acara sebaik sahaja pendaftaran didayakan pada laman acara tersebut oleh penganjur yang memberikan anda capaian kepada bahagian peserta alat, seterusnya membenarkan anda:

  • Mendaftar acara dengan mengklik butang "Mendaftar"
  • Memilih untuk mendaftar secara awam atau peribadi
  • Menukar status pendaftaran (awam atau peribadi) pada bila-bila masa
  • Mengeluarkan pendaftaran daripada acara
  • Melihat pautan ke kumpulan sembang atau panggilan video jika ditambah oleh Penganjur
  • Melihat senarai awam peserta berdaftar
  • Menjawab soalan pilihan semasa mendaftar di:
    • Jantina, umur, pekerjaan, tahap keselesaan dalam menyumbang kepada projek-projek Wikimedia, dan sama ada mereka merupakan sebahagian daripada mana-mana gabungan Wikimedia

Untuk pemerhati

Anda boleh mencipta acara ujian untuk menguji alat tersebut pada kluster beta, testwiki dan test2wiki. Selain itu, anda boleh menghadiri waktu pejabat kami untuk mengetahui lebih lanjut tentang alat tersebut dan melihat demonstrasi langsung.

Panduan

Takrifan istilah

  • Alat Pendaftaran Acara ialah nama ciri pendaftaran di Pusat Acara.
  • Acara ialah apa-apa kegiatan berkaitan acara seperti kempen kandungan (contohnya, marasunting, pertandingan penulisan dan sebagainya), pertemuan, jam sosial, waktu pejabat dan banyak lagi.
  • Event namespace is a namespace specifically for event pages, which is available for any wikis that have the CampaignEvents extension enabled.
  • Laman acara ialah laman wiki bagi apa-apa acara yang boleh merangkumi pendaftaran acara. Laman acara mungkin memberikan butiran tentang sesuatu acara seperti objektif, matlamat, tarikh dan lokasi perhimpunan acara.
  • Penganjur ialah mana-mana orang yang menganjurkan acara dan menggunakan aliran kerja penganjuran (seperti mencipta laman acara dan mendayakan pendaftaran acara). Mereka juga merupakan pengguna yang mencipta laman acara.
  • Peserta ialah sesiapa sahaja yang mendaftar untuk sesuatu acara.

Arahan langkah demi langkah

Lawati panduan pendokumenan untuk arahan langkah demi langkah mengenai cara menggunakan alat pendaftaran acara.

Soalan yang sering ditanyakan

Silakan kunjungi seksyen soalan yang sering ditanyakan.

Waktu pejabat

Sambungan CampaignEvents untuk Wikipedia bahasa Indonesia: Acara ini menyediakan lebih banyak maklumat dan konteks tentang alat Pendaftaran Acara untuk komuniti Wikipedia bahasa Indonesia.

Waktu pejabat komuniti berbahasa Perancis: Acara ini menyediakan lebih banyak maklumat dan konteks tentang alat Pendaftaran Acara untuk komuniti Wikipedia bahasa Perancis.

Alat pendaftaran acara dan Wikipedia bahasa Arab: Acara ini menyediakan lebih banyak maklumat dan konteks tentang alat Pendaftaran Acara untuk komuniti Wikipedia bahasa Arab.

Waktu Pejabat 5: Menunjukkan ciri baharu

Pada waktu pejabat ini, kami telah menunjukkan ciri baharu, termasuklah: penyepaduan dengan Papan Pemuka Atur Cara & Acara, keupayaan penganjur untuk menghantar e-mel kepada peserta dan keupayaan penganjur untuk mengumpulkan soalan demografi pilihan tentang peserta.

In this office hour, we will be demoing the first version of the event registration tool that is available for use on a live wiki (Meta-wiki). We will teach you how you can use the tool yourself for real Wikimedia events on Meta-wiki, or how you can test it in test environments that include testwiki, test2wiki, or the beta cluster. Participants will learn how to create an event page in the new event namespace, enable registration, and collect data on who registered (as an event organizer). We will also share how our team (the connection team) can provide support to organizers who want to create events with our tools.

In this office hour, we will be demoing the new event registration tool, and we will teach you how you can use it yourself. Participants will learn how to create an event page in the new event namespace, enable registration, and collect data on who registered (as an event organizer). They will also be able to register for an event on the event page (as an event participant).

Office Hour 2: Event Registration Tool: Namespaces, Wireframes and other Updates

In this meeting, we will introduce a new version of the desktop wireframes, the first version of the mobile wireframes and the possibility of creating new namespaces for the first feature of the Event Center, the Event Registration Tool. The Campaigns Product Team will also be providing community updates on the usability test findings, current project timeline and answer any questions you may have. Join us and share your thoughts on these developments!

Office Hour 1: Introducing the Campaigns Product Team

The Wikimedia Foundation now has a Product team focused on the needs of campaign and event organizers in the Wikimedia Movement. In this meeting, we will introduce the product team, and how we will be addressing the first feature, Participant Registration. Join us and give feedback on our first thoughts!

Pembangunan teknikal

Untuk maklumat terperinci tentang kerja teknikal dan reka bentuk, ikuti kami di Phabricator.

Pautan luar