close
Pergi ke kandungan

David Beckham

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Sir
David Beckham
OBE (United Kingdom)
BERJAYA
Beckham pada 2018
Maklumat peribadi
Nama penuh David Robert Joseph Beckham[1]
Tarikh lahir (1975-05-02) 2 Mei 1975 (umur 51)[1][2]
Tempat lahir Leytonstone, London, England, UK
Ketinggian 183 cm (6 ka 0 in)[1]
Posisi permainan Pemain tengah
Kerjaya remaja
Tottenham Hotspur
Brimsdown Rovers
1991–1993 Manchester United
Kerjaya Senior*
Tahun Pasukan Kmcln (Gol)
1992–2003 Manchester United 265 (62)
1994–1995Preston North End (pinjam) 5 (2)
2003–2007 Real Madrid 116 (13)
2007–2012 Los Angeles Galaxy 98 (18)
2009Milan (pinjam) 18 (2)
2010Milan (pinjam) 11 (0)
2013 Paris Saint-Germain 10 (0)
Jumlah 523 (97)
Pasukan kebangsaan
1992–1993 England B18 3 (0)
1994–1996 England B21 9 (0)
1996–2009 England 115 (17)
* Gol dan kemunculan untuk kelab senior hanya untuk liga domestik

Sir David Robert Joseph Beckham /ˈbɛkəm/[3] (lahir 2 Mei 1975)[2] merupakan bekas pemain bola sepak profesional Inggeris. Dia pernah bermain untuk Manchester United, Preston North End, Real Madrid, Milan, Los Angeles Galaxy, Paris Saint-Germain, dan Pasukan kebangsaan England dimana dia memegang rekod penampilan terbanyak untuk posisi selain daripada penjaga gol.[4] Dia merupakan pemain Inggeris pertama untuk memenangi kejuaraan liga di empat negara, England, Sepanyol, Amerika Syarikat dan Perancis. Dia mengumumkan persaraannya di akhir musim 2012–13 dan, pada 18 Mei 2013, dia bermain perlawanan terakhirnya sepanjang 20 tahun karier.[5]

Karier profesional Beckham bermula di Manchester United, dimana dia membuat penampilan sulung untuk pasukan utama pada tahun 1992 ketika berumur 17 tahun.[6] Bersama United, Beckham memenangi kejuaraan Liga Perdana Inggeris enam kali, Piala FA Inggeris dua kali, dan Liga Juara-Juara Eropah pada tahun 1999.[6] Dia kemudiannya bermain selama empat musim untuk Real Madrid,[7] memenangi kejuaraan La Liga ketika musim terakhirnya bersama kelab itu.[8] Pada bulan Julai 2007, Beckham menandatangani kontrak lima tahun bersama kelab Major League Soccer, LA Galaxy.[9] Semasa menjadi pemain Galaxy, dia bermain secara pinjaman di Itali dua kali bersama Milan pada tahun 2009 dan 2010. Beckham merupakan pemain bola sepak Britain pertama untuk bermain dalam 100 perlawanan Liga Juara-Juara.[6]

Di peringkat antarabangsa, Beckham membuat penampilan sulung untuk England pada 1 September 1996, ketika berumur 21 tahun. Dia merupakan kapten untuk England selama enam tahun dimana dia bermain 58 kali sepanjang tempoh itu.[10][11] Secara keseluruhan, dia membuat 115 penampilan, beraksi dalam tiga kejohanan Piala Dunia FIFA (1998, 2002 dan 2006) dan dua kejohanan Piala Eropah UEFA (2000 dan 2004).

Terkenal dengan hantaran bola dan sepakan percuma melentur, dia telah dua kali mendapat tempat kedua untuk Pemain Terbaik Dunia FIFA, dan pada tahun 2004 dia dinamakan dalam FIFA 100 sebagai salah seorang pemain hebat di dunia yang masih hidup.[12][13][14] Secara konsisten disenaraikan sebagai salah seorang ahli sukan dengan pendapatan tertinggi, pada tahun 2013, Beckham disenaraikan sebagai pemain dengan pendapatan paling tinggi di dunia, dengan pendapatan lebih $50 juta dalam tempoh 12 bulan.[15]

Dia berkahwin dengan Victoria Beckham sejak tahun 1999, dan mereka mempunyai empat orang anak.[16] Anak sulung Beckham, Brooklyn bermain untuk Arsenal Bawah-16.[17] Pada bulan Februari 2014, MLS mengumumkan Beckham dan sekumpulan pelabur akan memiliki sebuah pasukan di Miami, yang akan mula bermain pada tahun 2016 atau 2017.[18]

Kehidupan awal

[sunting | sunting sumber]

Beckham dilahirkan di Hospital Universiti Whipps Cross di Leytonstone, London, England.[19] Dia merupakan anak kepada Sandra Georgina (née West; b. 1949), seorang pendandan rambut, dan David Edward Alan "Ted" Beckham (b. Edmonton, London, Julai–September 1948), pereka dapur, yang berkahwin di London Borough of Hackney pada tahun 1969.[20] Dia kerap bermain bola sepak di Ridgeway Park, Chingford, sebagai seorang kanak-kanak, dan belajar di Chase Lane Primary School dan Chingford Foundation School.[21] Ketika satu temubual pada tahun 2007, Beckham berkata, "Di sekolah setiap kali cikgu bertanya, 'Apa yang awak ingin jadi apabila awak dewasa?' Saya berkata, 'Saya ingin menjadi pemain bola sepak.' Dan mereka berkata, 'Tak, apa pekerjaan yang awak benar-benar mahu lakukan?' Tapi itu sajalah benda yang saya ingin buat."[22] Datuk Beckham di sebelah ibu merupakan seorang Yahudi,[23] dan Beckham merujuk dirinya sebagai "separuh Yahudi"[24] dan menulis dalam autobiografinya "Saya mungkin mempunyai lebih hubungan dengan agama Yahudi berbanding agama-agama lain".[25] Dalam bukunya Both Feet on the Ground, semasa membesar dia menghadiri gereja setiap minggu bersama ibu-bapa dan kakaknya, Lynne Georgina dan adiknya, Joanne Louise.

Ibu bapanya merupakan penyokong fanatik Manchester United dan kerap pergi ke Old Trafford dari London untuk menonton perlawanan di stadium tuan rumah. David mewarisi minat ibu bapanya terhadap Manchester United, dan semangat sukannya yang utama adalah bola sepak. Dia menghadiri salah satu sekolah bola sepak Bobby Charlton di Manchester dan memenangi peluang untuk mengambil bahagian dalam sesi latihan di FC Barcelona, sebagai sebahagian daripada pertandingan bakat. Dia bermain dengan pasukan belia tempatan yang dipanggil Ridgeway Rovers – dilatih oleh bapanya, Stuart Underwood dan Steve Kirby. Beckham merupakan maskot Manchester United ketika perlawanan menentang West Ham United pada tahun 1986. Beckham ketika muda menjalani ujian bersama kelab Leyton Orient, Norwich City dan menghadiri sekolah kecemerlangan Tottenham Hotspur. Tottenham Hotspur merupakan kelab pertama yang dia bermain untuk. Sepanjang tempoh dua tahun dimana Beckham bermain untuk pasukan belia Brimsdown Rovers, dia dinamakan Pemain Tahunan Bawah-15 pada tahun 1990.[26] Dia juga menghadiri Akademi Persediaan Bradenton, tetapi menandatangani untuk Manchester United ketika hari jadinya ke 14,  dan seterusnya menandatangani kontrak Skema Latihan Belia pada 8 Julai 1991.[27]

Karier kelab

[sunting | sunting sumber]

Manchester United

[sunting | sunting sumber]

Karier awal dan belia

[sunting | sunting sumber]

Setelah menandatangani untuk Manchester United sebagai seorang pelatih pada 8 Julai 1991,[27] Beckham merupakan salah seorang daripada sekumpulan pemain muda, termasuk Ryan Giggs, Gary Neville dan Paul Scholes, dan dilatih oleh Eric Harrison yang membimbing kelab itu untuk memenangi Piala Belia FA Inggeris pada bulan Mei 1992. Beckham menjaringkan gol kedua Manchester United pada minit ke-30 semasa kemenangan 3–1 mereka dalam peringkat pertama perlawanan akhir menentang Crystal Palace pada 14 April 1992. Dalam peringkat kedua pada 15 Mei, Beckham bermain keseluruhan 90 minit perlawanan itu yang berkesudahan dengan kemenangan 3–2 untuk Manchester United dan 6–3 secara agregat. Impak Beckham membolehkannya membuat penampilan sulung untuk pasukan utama pada 23 September 1992, sebagai pemain gantian untuk Andrei Kanchelskis dalam perlawanan Piala Liga Inggeris menentang Brighton & Hove Albion. Tidak lama selepas itu, Beckham menandatangani kontrak profesional pada 23 Januari 1993.[28]

Manchester United sekali lagi layak ke perlawanan akhir Piala Belia FA Inggeris, dimana mereka akan berhadapan dengan Leeds United. Peringkat pertama berlangsung pada 10 Mei 1993, dimana Beckham beraksi untuk Manchester United ketika kekalahan 2–0 di tempat sendiri dan digantikan oleh Robbie Savage. Dalam peringkat kedua pada 13 Mei 1993, Beckham bermain keseluruhan perlawanan untuk Manchester United ketika kekalahan 2–1, membolehkan Leeds United menang dengan kedudukan agregat 4–1. Beckham juga memenangi trofi bersama pasukan simpanan kelab, apabila pasukan itu memenangi liga pada tahun 1994. Pada bulan September 1994, Beckham membuat penampilan penuh pertamanya untuk pasukan utama ketika menentang Port Vale dalam perlawanan Piala Liga. Pada 7 Disember 1994, Beckham membuat penampilan sulung Liga Juara-Juara Eropah, menjaringkan satu gol ketika kemenangan 4–0 di tempat sendiri ke ata Galatasaray dalam perlawanan terakhir peringkat kumpulan. Namun di sebalik kemenangan mereka berada di tempat ketiga daripada empat dalam kumpulan di belakang FC Barcelona.[29]

Preston North End (pinjam)

[sunting | sunting sumber]

Dia kemudiannya dipinjamkan kepada Preston North End pada musim 1994–95 untuk mendapat lebih pengalaman beraksi dalam pasukan utama. Dia menarik perhatian, menjaringkan dua gol dalam lima penampilan, salah satunya menjaringkan gol secara terus dari sepakan penjuru.[30]

Kembali ke Manchester United

[sunting | sunting sumber]

Beckham kembali ke Manchester dan akhirnya membuat penampilan sulung dalam Liga Perdana Inggeris untuk Manchester United pada 2 April 1995, ketika seri tanpa jaringan menentang Leeds United. Dia bermain empat kali untuk United dalam liga pada musim itu, dimanaa mereka mendapat tempat kedua di belakang Blackburn Rovers dan terlepas untuk merangkul kejuaraan Liga Perdana Inggeris buat kali ketiga berturut-turut hanya dengan perbezaan satu mata. Dia tiada dalam skuad untuk perlawanan akhir Piala FA 1995 menentang Everton pada 20 Mei, dimana mereka kalah 1–0 dan gagal memenangi sebarang trofi utama buat pertama kali sejak tahun 1989.[31]

Pengurus United Sir Alex Ferguson mempunyai banyak keyakinan terhadap pemain-pemain muda kelab itu. Beckham merupakan sebahagian daripada kumpulan bakat muda yang dibawa masuk oleh Ferguson ke dalam United pada tahun 1990an (dikenali sebagai "Fergie's Fledglings"), dimana termasuk Nicky Butt dan Gary dan Phil Neville. Apabila pemain-pemain berpengalaman Paul Ince, Mark Hughes, dan Andrei Kanchelskis meninggalkan kelab itu pada akhir musim 1994–95, keputusannya untuk membiarkan pemain pasukan belia menggantikan mereka daripada membeli pemain bintang daripada kelab lain (United telah dikaitkan dengan perpindahan pemain termasuk Darren Anderton, Marc Overmars, dan Roberto Baggio, tetapi tiada perpindahan utama yang dibuat pada musim panas itu), menarik banyak kritikan. Kritikan bertambah apabila United memulakan musim dengan kekalahan 3–1 kepada Aston Villa,[32] dengan Beckham menjaringkan satu-satunya gol United dalam perlawanan itu; walau bagaimanapun, United berjaya bangkit daripada kekalahan awal musim dan pemain-pemain muda itu beraksi dengan baik.[33]

Beckham dengan pantasnya meletakkan dirinya sebagai pemain tengah kanan United (bukannya sebagai pemain sayap kanan seperti gaya pendahulunya, Andrei Kanchelskis) dan membantu mereka untuk memenangi kejuaraan berganda Liga Perdana Inggeris dan Piala FA Inggeris musim itu, menjaringkan gol kemenangan dalam perlawanan separuh akhir menentang Chelsea dan juga membuat hantaran sepakan penjuru dimana Eric Cantona menjaringkan gol dalam perlawanan akhir Piala FA. Pingat kejuaraan pertama Beckham, untuk sementara waktu, kelihatan seperti tidak akan datang pada musim itu, selepas United ketinggalan 10 mata dibelakang pendahulu Newcastle United pada awal tahun baru, tetapi Beckham dan rakan sepasukannya telah mengatasi pasukan Tyneside itu pada pertengahan bulan Mac dan mereka kekal di tempat teratas sehingga akhir musim. Walaupun bermain secara kerap (dan secara konsisten dalam standard yang tinggi) untuk Manchester United, Beckham gagal menembusi skuad England sebelum Euro 96.[34]

"Ia mengubah hidup saya. Bola itu kelihatan seperti berada di udara untuk beberapa jam dan semuanya menjadi senyap. Kemudiannya bola itu masuk dan semuanya meletus. Saya berada di awangan. Saya hanya ingin berjabat tangan dengan semua orang dan berada di luar padang selama satu jam."

—Beckham atas golnya dari tengah padang ketika menentang Wimbledon pada bulan Ogos 1996 yang menjadikan dia dikenali ramai.[35]

Ketika permulaan musim 1996–97, David Beckham diberi jersi bernombor 10 yang sebelum ini dipakai Mark Hughes. Pada 17 Ogos 1996 (hari pertama dalam musim Liga Perdana), Beckham menjadi terkenal selepas dia menjaringkan gol menakjubkan ketika menentang Wimbledon. Dengan United mendahului 2–0, Beckham perasan bahawa penjaga gol Wimbledon, Neil Sullivan berdiri jauh daripada pintu gol, dan dia membuat percubaan daripada tengah padang dan melepasi penjaga gol itu ke dalam jaring.[36]

Apabila Beckham menjaringkan gol terkenal itu, dia memakai kasut Adidas Predator yang dibuat untuk Charlie Miller ("Charlie" disulam di atas but), yang telah diberikan kepada Beckham secara tidak sengaja.[37] Dalam pungutan suara UK yang dijalankan oleh Channel 4 pada tahun 2002, orang awam Britain mengundi gol itu di tempat ke-18 dalam senarai 100 Peristiwa Terhebat Dalam Sukan.[38] Semasa musim 1996–97, Beckham secara automatik menjadi pemain pilihan utama di Manchester United membantu mereka mengekalkan kejuaraan Liga Perdana Inggeris, dan diundi sebagai Pemain Muda Tahunan PFA oleh rakan-rakannya.[39]

Pada 18 Mei 1997, Eric Cantona bersara sebagai pemain dan meninggalkan jersi nombor 7, dan Teddy Sheringham tiba dari Tottenham Hotspur sebagai pengganti Cantona, Beckham meninggalkan jersi nombor 10 untuk Sheringham dan mengambilkan jersi ikonik nombor 7, yang dipakai oleh legenda George Best, Bryan Robson, dan Eric Cantona, dan kemudiannya oleh Cristiano Ronaldo.[40] Manchester United memulakan musim 1997–98 dengan baik tetapi persembahan tidak menentu pada separuh kedua musim menyaksikan United berada di tempat kedua di belakang Arsenal.[41]

BERJAYA
Beckham bersedia untuk mengambil sepakan penjuru untuk Manchester United ketika perlawanan akhir Piala FA Inggeris 1999 di Stadium Wembley

Dalam musim 1998–99, dia merupakan sebahagian daripada pasukan United yang memenangi kejuaraan treble Liga Perdana Inggeris, Piala FA Inggeris dan Liga Juara-Juara Eropah, satu pencapaian unik dalam bola sepak Inggeris.[42] Terdapat spekulasi bahawa kritikan yang diterimanya selepas dibuang padang ketika Piala Dunia akan menyebabkan dia meninggalkan England, tetapi Beckham membuat keputusan untuk tinggal di Manchester United.[43]

Untuk memastikan mereka mereka memenangi kejuaraan Liga Perdana Inggeris, United memerlukan kemenangan dalam perlawanan akhir liga musim itu, di tempat sendiri menentang Tottenham Hotspur (dengan laporan menyatakan bahawa Tottenham akan membiarkan mereka tewas dengan mudah untuk mengelakkan pesaing mereka Arsenal mengekalkan kejuaraan liga), tetapi Tottenham mendahului perlawanan. Beckham menjaringkan gol penyamaan dengan sepakan lencong ke penjuru atas kiri gol dan United berjaya memenangi perlawanan itu dan liga.

Beckham bermain di posisi tengah ketika kemenangan United ke atas Bayern Munich dalam perlawanan akhir Liga Juara-Juara Eropah 1999, selepas United pemain tengah utama mereka Paul Scholes dan Roy Keane digantung perlawanan.[44] United ketinggalan 1-0 dalam masa sebenar, tetapi berjaya memenangi tofi itu selepas menjaringkan dua gol dalam masa kecederaan. Kedua-dua gol itu datang dari sepakan sudut yang diambil Beckham. Bantuan gol yang penting itu, berserta persembahan hebat sepanjang musim, membolehkannya muncul di tempat kedua di belakang Rivaldo untuk anugerah Pemain Terbaik Eropah Tahunan dan Pemain Terbaik Dunia FIFA 1999.[45]

Walaupun pencapaian cemerlang Beckham pada musim 1998–99, dia masih kurang disenangi oleh sesetengah peminat pasukan lawan dan wartawan, dan dia telah dikritik selepas dibuang padang kerana kekasaran yang sengaja ketika perlawanan Piala Kelab Dunia FIFA menentang Necaxa. Ia telah dikatakan dalam akhbar bahawa isterinya merupakan pengaruh buruk kepadanya, dan mungkin demi kepentingan United mereka akan menjualnya,[46] tetapi pengurus secara terbuka menyokongnya dan dia kekal di kelab itu. Semasa musim 1999–2000, terdapat perbincangan untuk perpindahan ke Juventus di Itali, namun ia tidak berlaku. Beckham membantu United mengekalkan kejuaraan Liga Perdana pada musim 1999–2000 dengan perbezaan 18 mata – selepas dicabar oleh Arsenal dan Leeds United sepanjang musim itu. United menang kesemua 11 perlawanan terakhir liga musim itu, dengan Beckham menjaringkan lima gol daripadanya, dan gol terakhirnya datang ketika perlawanan terakhir di tempat sendiri menentang Tottenham Hotspur.[47]

Menjelang awal tahun 2000an, hubungan diantara Ferguson dengan Beckham telah mula merosot, mungkin akibat Beckham terkenal dan komitmennya di luar bola sepak. Pada tahun 2000, Beckham telah diberi kebenaran untuk tidak hadir ke latihan untuk menjaga anaknya Brooklyn, yang sakit gastroenteritis, tetapi Ferguson berang setelah Victoria Beckham dilihat berada di majlis Minggu Fesyen London pada malam yang sama, mendakwa bahawa Beckham akan dapat berlatih jika Victoria menjaga Brooklyn pada hari itu. Dia membalas dengan mendenda Beckham jumlah maksimum yang dibenarkan (gaji dua minggu – kemudiannya £50,000) dan menetepikannya daripada perlawanan penting menentang pesaing United, Leeds United. Dia kemudiannya mengkritik Beckham kerana ini dalam autobiografinya, mendakwa dia berlaku tidak "adil kepada rakan sepasukannya"[48] Walaupun begitu, Beckham tetap mempunyai musim yang bagus dengan kelab itu, dan membantu United memenangi liga dengan rekod perbezaan mata.

"Dia tidak pernah menjadi masalah sehingga dia berkahwin. Dia dahulunya pergi bekerja dengan jurulatih akademi pada waktu malam, dia adalah seorang anak muda yang hebat. Berkahwin ke dalam industri hiburan adalah satu perkara yang sukar – sejak saat itu, kehidupannya tidak akan menjadi seperti yang sama. Dia seperti seorang selebriti besar, bola sepak adalah hanya sebahagian kecil."' – Alex Ferguson bercakap tentang perkahwinan Beckham pada tahun 2007.[49]

Dia merupakan penting penting United ketika mereka menang kejuaraan liga buat kali ketiga berturut-turut pada musim 2000–01 – hanya kali keempat oleh mana-mana kelab yang berjaya memenangi tiga kejuaraan liga berturut-turut. Dia menjaringkan sembilan gol musim itu, kesemuanya di dalam Liga Perdana.

Pada 10 April 2002, Beckham mengalami kecederaan dalam perlawanan Liga-Juara-Juara menentang Deportivo La Coruña, patah tulang metatarsal kedua dalam kaki kirinya. Terdapat spekulasi dalam media British bahawa Beckham dicederakan mungkin dengan sengaja, kerana pemain yang mencederakan Beckham adalah orang Argentina, Aldo Duscher, England dan Argentina dijadualkan akan berhadapan dalam Piala Dunia tahun itu.[50] Kecederaan itu menghalang Beckham daripada bermain untuk United untuk baki musim dan mereka terlepas kejuaraan Liga Perdana kepada Arsenal (juga disingkirkan dari Liga Juara-Juara Eropah oleh Bayer Leverkusen melalui gol di tempat lawan dalam perlawanan separuh akhir), tetapi dia menandatangani kontrak tiga tahun pada bulan Mei, selepas berbulan-bulan rundingan dengan kelab itu, kebanyakannya mengenai bayaran tambahan untuk hak imejnya. Pendapatan daripada kontrak barunya, dan tawaran sokongannya yang banyak, menjadikannya pemain dengan bayaran tertinggi di dunia pada masa itu.[51] Walaupun kecederaan itu, 2001–02 boleh dikatakan musim terbaik Beckham sebagai pemain United; dia menjaringkan 11 gol dalam 28 perlawanan liga, dan 16 gol keseluruhan daripada 42 perlawanan dalam semua pertandingan, terbaik dalam kariernya.

Real Madrid (2003-2007)

[sunting | sunting sumber]
BERJAYA
Beckham (kanan) dan Zinedine Zidane bermain untuk Real Madrid

Selepas meninggalkan Manchester United, beliau menandatangai kontak empat tahun untuk bermain dengan Real Madrid yang berakhir pada bulan Jun 2007.


BERJAYA

LA Galaxy (2007-kini)

[sunting | sunting sumber]

Pada 11 Januari 2007, Beckham menandatangani kontrak lima tahun yang ditawarkan kelab Amerika Syarikat LA Galaxy dan mula bermain untuk kelab pada Ogos setelah kontraknya di Real Madrid berakhir. Beliau bermain menentang New York Red Bulls di hadapan 66,237 penonton di Giants Stadium yang menyaksikan kehadiran tertinggi pernah dicatat dalam sejarah musim itu.

BERJAYA
Beckham melayani peminat di Wellington

.


NFL (2007-kini)

[sunting | sunting sumber]

Pada 26 Jun, kempen iklan di Amerika Syarikat Beckham disiarkan melalui laman web. "Futbol Meets Football" memasangkan beliau bersama pemain NFL Reggie Bush dalam 13 bahagian siri video.[52] Pada 18 November, akhbar The Observer and BBC News melaporkan yang perbincangan sedang berlangsung di antara pihak pengurusan Beckham dan San Francisco 49ers untuk Beckham bermain dalam NFL.[53] [54] [55]

Kerjaya antarabangsa (1996-kini)

[sunting | sunting sumber]

Kemunculan pertama Beckham untuk pasukan bola sepak kebangsaan England adalah pada 1 September 1996, pada pusingan kelayakan Piala Dunia menentang Moldova.[56] Dia secara automatik menjadi pemain pilihan dalam kelabnya apabila dia membantu United mengekalkan kejuaraan Liga Premier musim 1996–97, dan diundi sebagai PFA Young Player of the Year oleh teman-temannya.[57]

Beckham bermain dalam semua perlawanan pusingan kelayakan untuk Piala Dunia 1998. Dia juga merupakan ahli skuad bila sepak England pada Piala Dunia di Perancis,[58] namun pengurus pasukan ketika itu, Glenn Hoddle menuduhnya sebagai tidak menumpukan perhatiannya pada perlawanan itu.[59] Kerana itu, Beckham tidak bermain dalam dua perlawanan pertama England. Pada perlawanan ketiga, dia terpilih untuk bermain dalam skuad itu dan membuktikan kesungguhannya apabila sepakan percuma jarak jauhnya memberi gol pada England. Perlawanan itu adalah antara England dengan Colombia dan ia berakhir dengan kemenangan 20. Gol yang luar biasa itu merupakan gol pertamanya untuk England.

Dalam pertandingan yang sama, pada pusingan kedua, ketika tinggal hanya 16 pasukan sahaja lagi, Beckham mendapat kad merah dalam perlawanan menentang Argentina.[60] Beckham menendang betis Diego Simeone selepas Simeone melakukan faul terhadapnya. Walaupun Simeone, lama selepas kejadian itu terjadi, mengaku bahawa dia dan teman-temannya memang sengaja ingin mengeluarkan Beckham dari padang dengan melebih-lebihkan kesakitan pada betisnya,[61] namun Beckham dikritik teruk selepas itu. Sementelahan England kalah dalam perlawanan itu apabila mereka seri dengan Argentina dan kalah dalam sepakan penalti. Ramai penyokong dan kolumnis sukan menyalahkan Beckham kerana kekalahan itu menggagalkan mereka menjulang piala yang berprestij itu pada tahun tersebut. Surat khabar Daily Mirror menyiarkan satu gambar papan dart dengan mukanya di tengah-tengah papan, manakala sebuah orang-orang menyerupai Beckham telah diletakkan di depan pintu masuk sebuah pub di London. Beckham juga menerima ugutan bunuh dan surat layang selepas peristiwa itu.[62]

Ugutan yang Beckham telah terima daripada para penyokong English meningkat semasa Portugal mengalahkan England 32 dalam Euro 2000, sebuah perlawanan dimana Beckham menjaringkan 2 gol, apabila sekumpulan penyokong England mengejek atau menghinanya disepanjang perlawanan.[63] Beckham membalas dengan mengisyaratkan jari tengah-tengah dan, isyarat tersebut dikritik sesetengah pengkritik, kebanyakan akhbar telah menggalakkan para pembaca untuk berhenti daripada menghinanya.[64]

Pada 15 November 2000, selepas peletakan jawatan Kevin Keegan sebagai pengurus England pada bulan Oktober, Beckham dilantik sebagai kapten pasukan oleh pengurus sementara Peter Taylor, sebelum terus mengekalkan jawatan tersebut di bawah pengurus baharu, Sven-Göran Eriksson. Beliau membantu England melayakkan diri ke pusingan akhir Piala Dunia FIFA 2002, termasuk mencatat kemenangan mengagumkan 5–1 ke atas Jerman di Munich. Langkah terakhir yang mengubah imej Beckham daripada seorang yang dipersalahkan kepada wira negara berlaku ketika England seri 2–2 menentang Greece pada 6 Oktober 2001. England hanya memerlukan kemenangan atau keputusan seri untuk layak secara automatik ke Piala Dunia, namun ketinggalan 2–1 ketika masa permainan hampir tamat. Sebahagian besar pemain England ketika itu beraksi di bawah prestasi sebenar, namun persembahan penuh inspirasi Beckham berjaya membangkitkan semangat rakan sepasukannya. Apabila Teddy Sheringham dijatuhkan kira-kira lapan ela di luar kawasan penalti Greece, England diberikan sepakan percuma dan Beckham memastikan kelayakan England menerusi sepakan lencong yang kemudiannya menjadi tanda pengenalannya. Tidak lama selepas itu, beliau dipilih sebagai Personaliti Sukan Terbaik BBC bagi tahun 2001. Beliau sekali lagi menduduki tempat naib juara di belakang Luís Figo dari Portugal bagi anugerah Pemain Terbaik Dunia FIFA.

Beliau hanya pulih sebahagian daripada kecederaan ketika berlangsungnya Piala Dunia FIFA 2002 dan beraksi dalam perlawanan pembukaan menentang Sweden. Beckham menjaringkan gol kemenangan menerusi sepakan penalti ketika menentang Argentina, sekali gus menyebabkan Argentina gagal mara ke peringkat kalah mati. England kemudian tersingkir daripada kejohanan tersebut pada peringkat suku akhir selepas ditewaskan oleh juara akhirnya, Brazil. Pada bulan berikutnya, semasa majlis pembukaan Sukan Komanwel 2002 di Manchester, Beckham mengiringi Kirsty Howard ketika beliau menyampaikan Baton Jubli kepada Ratu.

Beckham beraksi dalam kesemua perlawanan England di Euro 2004, namun kejohanan itu merupakan satu kekecewaan buatnya. Sepakan penaltinya diselamatkan ketika England tewas 2–1 kepada Perancis, dan beliau turut gagal menyempurnakan satu lagi sepakan penalti dalam penentuan sepakan penalti pada peringkat suku akhir menentang Portugal. England tewas dalam penentuan sepakan penalti tersebut dan tersingkir daripada kejohanan.

Beliau hanya pulih sebahagian daripada kecederaan ketika berlangsungnya Piala Dunia FIFA 2002 dan beraksi dalam perlawanan pembukaan menentang Sweden. Beckham menjaringkan gol kemenangan menerusi sepakan penalti ketika menentang Argentina, sekali gus menyebabkan Argentina gagal mara ke peringkat kalah mati. England kemudian tersingkir daripada kejohanan tersebut pada peringkat suku akhir selepas ditewaskan oleh juara akhirnya, Brazil. Pada bulan berikutnya, semasa majlis pembukaan Sukan Komanwel 2002 di Manchester, Beckham mengiringi Kirsty Howard ketika beliau menyampaikan Baton Jubli kepada Ratu.

Beckham beraksi dalam kesemua perlawanan England di Euro 2004, namun kejohanan itu merupakan satu kekecewaan buatnya. Sepakan penaltinya diselamatkan ketika England tewas 2–1 kepada Perancis, dan beliau turut gagal menyempurnakan satu lagi sepakan penalti dalam penentuan sepakan penalti pada peringkat suku akhir menentang Portugal. England tewas dalam penentuan sepakan penalti tersebut dan tersingkir daripada kejohanan.

Beckham dilantik sebagai UNICEF Duta Muhibah pada Januari 2005 dan terlibat dalam mempromosikan bidaan London yang berjaya untuk menjadi tuan rumah Sukan Olimpik Musim Panas 2012.[65] Pada Oktober 2005, Beckham dilayangkan kad merah ketika menentang Austria, menjadikannya kapten England pertama yang pernah dibuang padang serta pemain pertama (dan satu-satunya) yang dibuang padang sebanyak dua kali ketika mewakili England. Pada bulan berikutnya, beliau mengetuai England buat kali ke-50 dalam perlawanan persahabatan antarabangsa menentang Argentina.

Dalam perlawanan pembukaan England menentang Paraguay pada 10 Jun 2006, sepakan percuma Beckham membawa kepada gol sendiri oleh Carlos Gamarra, sekali gus memberikan kemenangan 1–0 kepada England. Dalam perlawanan berikutnya menentang Trinidad dan Tobago pada 15 Jun 2006, hantaran lintang Beckham pada minit ke-83 menghasilkan gol oleh Peter Crouch yang meletakkan England di hadapan 1–0. Beckham kemudian mencipta satu lagi bantuan gol kepada Steven Gerrard. England akhirnya menang 2–0. Beliau dipilih sebagai Pemain Terbaik Perlawanan oleh penaja kejohanan, Budweiser, bagi perlawanan tersebut.

Semasa perlawanan pusingan kedua England menentang Ecuador, Beckham menjaringkan gol menerusi sepakan percuma pada minit ke-59, sekali gus menjadi pemain England pertama yang menjaringkan gol dalam tiga edisi Piala Dunia.[66] Gol tersebut memberikan kemenangan 1–0 kepada England dan melayakkan pasukan itu ke peringkat suku akhir. Sebelum perlawanan, beliau berada dalam keadaan kurang sihat dan muntah beberapa kali akibat dehidrasi serta penyakit selepas menjaringkan gol kemenangan itu.

Dalam perlawanan suku akhir menentang Portugal, Beckham dikeluarkan akibat kecederaan sejurus selepas separuh masa. England kemudian tewas dalam penentuan sepakan penalti dengan keputusan 3–1 selepas kedudukan kekal 0–0 sehingga tamat masa tambahan. Selepas dikeluarkan, Beckham kelihatan amat kecewa dan beremosi kerana tidak dapat meneruskan permainan, malah beliau dilihat mengalirkan air mata pada satu ketika.

Sehari selepas England tersingkir daripada Piala Dunia, Beckham yang masih beremosi mengumumkan dalam satu sidang media bahawa beliau melepaskan jawatannya sebagai kapten England,[67] sambil berkata, "Merupakan satu penghormatan dan keistimewaan untuk mengetuai negara saya, namun selepas menjadi kapten dalam 58 daripada 95 [68] perlawanan saya, saya merasakan sudah tiba masanya untuk menyerahkan lilitan kapten ketika kita memasuki era baharu di bawah Steve McClaren." (Beckham sebenarnya telah membuat 94 penampilan antarabangsa bersama England pada ketika itu.) Beliau digantikan oleh kapten Chelsea, John Terry.[69]

Selepas melepaskan jawatan sebagai kapten sebaik tamat Piala Dunia, Beckham digugurkan sepenuhnya daripada skuad England yang diumumkan oleh jurulatih baharu, Steve McClaren, pada 11 Ogos 2006. McClaren menjelaskan bahawa beliau "mahu membawa pasukan ke arah yang berbeza" dan Beckham "tidak termasuk dalam perancangannya". Walau bagaimanapun, McClaren menyatakan bahawa Beckham masih berpeluang dipanggil semula pada masa hadapan. Shaun Wright-Phillips, Kieran Richardson dan pemain yang menjadi pilihan menggantikan Beckham di Piala Dunia, Aaron Lennon, semuanya dipilih dalam skuad, namun McClaren akhirnya menggunakan Steven Gerrard di posisi tersebut.

BERJAYA
Beckham mengambil sepakan percuma ketika menentang Brazil, yang kemudiannya disudahkan oleh John Terry untuk menghasilkan gol.

Pada 26 Mei 2007, Steve McClaren mengumumkan bahawa Beckham akan dipanggil semula ke dalam skuad England buat kali pertama sejak melepaskan jawatan sebagai kapten. Beckham diturunkan dalam perlawanan menentang Brazil dalam aksi pertama England di Stadium Wembley yang baharu dan mempamerkan prestasi yang memberangsangkan. Pada separuh masa kedua, beliau mencipta bantuan gol kepada kapten John Terry, namun ketika England dilihat hampir mencatat kemenangan, pemain gantian Diego menyamakan kedudukan pada saat-saat akhir perlawanan. Dalam perlawanan berikutnya, iaitu aksi kelayakan Euro 2008 menentang Estonia, Beckham menghasilkan dua bantuan gol menerusi hantaran khasnya kepada Michael Owen dan Peter Crouch, membantu England mencatat kemenangan 3–0.

Beckham mencipta bantuan bagi tiga daripada keseluruhan empat gol England dalam dua perlawanan tersebut,[70] dan beliau menyatakan hasrat untuk terus mewakili England walaupun selepas berpindah ke Major League Soccer (MLS).

Pada 22 Ogos 2007, Beckham beraksi dalam perlawanan persahabatan menentang Jerman, sekali gus menjadi pemain pertama yang mewakili England ketika bermain untuk sebuah kelab di luar Eropah.[71] Pada 21 November 2007, Beckham memperoleh penampilan antarabangsa ke-99 ketika menentang Croatia dan mencipta bantuan gol kepada Peter Crouch untuk menyamakan kedudukan kepada 2–2. Namun begitu, England akhirnya tewas 3–2 dan gagal melayakkan diri ke pusingan akhir Euro 2008. Walaupun demikian, Beckham menegaskan bahawa beliau tidak bercadang untuk bersara daripada bola sepak antarabangsa dan mahu terus mewakili pasukan kebangsaan England.[72]

Bekas pengurusnya, Sir Alex Ferguson, berkata bahawa Beckham "berlatih dengan disiplin untuk mencapai tahap ketepatan yang tidak begitu dipedulikan oleh pemain lain."[73] Beckham mengekalkan rutin latihannya di Real Madrid, dan walaupun hubungannya dengan pihak pengurusan menjadi tegang pada awal tahun 2007, Ramón Calderón dan Fabio Capello tetap memuji profesionalisme serta komitmennya terhadap kelab.[74][75]

Beckham merupakan pemain England pertama yang pernah menerima dua kad merah serta kapten England pertama yang dibuang padang.[76] Kad merah Beckham yang paling terkenal berlaku semasa Piala Dunia FIFA 1998. Selepas beliau dikasari oleh pemain Argentina, Diego Simeone, Beckham bertindak membalas dengan menghayunkan kakinya ke arah Simeone sehingga pemain Argentina itu terjatuh. England akhirnya tewas dalam penentuan sepakan penalti.

Sepanjang bersama Real Madrid, Beckham mengumpulkan 41 kad kuning dan 4 kad merah.[77]

Beckham juga sering digambarkan sebagai seorang "budiman" berdasarkan sikap dan tingkah lakunya di atas padang. Ketika menjadi kapten England, Beckham membantu mengawal sifat panas baran Wayne Rooney dalam beberapa keadaan.[78]

Anugerah dan gelaran sukan

[sunting | sunting sumber]

Manchester United (1993–2003)

[sunting | sunting sumber]

Real Madrid (2003–2007)

[sunting | sunting sumber]

LA Galaxy (2007kini)

[sunting | sunting sumber]

Pengiktirafan khas melebihi sukan

[sunting | sunting sumber]

Kehidupan peribadi

[sunting | sunting sumber]

Pada tahun 1997, Beckham mula menjalinkan hubungan dengan Victoria Adams selepas beliau menghadiri satu perlawanan Manchester United. Victoria ketika itu terkenal sebagai "Posh Spice" daripada kumpulan muzik pop Spice Girls, salah sebuah kumpulan pop paling popular di dunia. Oleh sebab Manchester United juga sedang berada di kemuncak kejayaan, hubungan mereka segera menjadi perhatian meluas pihak media. Pasangan itu kemudiannya digelar "Posh and Becks" oleh media massa. Beckham melamar Victoria pada 24 Januari 1998 di sebuah restoran di Cheshunt, England.

Beckham berkahwin dengan Adams di Istana Luttrellstown, Ireland, pada 4 Julai 1999, dan isterinya kemudiannya menggunakan nama Victoria Beckham. Majlis perkahwinan mereka mendapat liputan media yang sangat meluas. Rakan sepasukan Beckham, Gary Neville, menjadi pengapit, manakala anak mereka, Brooklyn, yang ketika itu berusia empat bulan, menjadi pembawa cincin. Walaupun pihak media tidak dibenarkan menghadiri majlis tersebut kerana pasangan Beckham mempunyai perjanjian eksklusif dengan majalah OK!, beberapa akhbar tetap berjaya memperoleh gambar mereka duduk di atas takhta berwarna emas.[84] Seramai 437 kakitangan diambil bekerja bagi majlis persandingan itu, yang dianggarkan menelan kos sebanyak £500,000.[85]

Pada tahun 1999, keluarga Beckham membeli kediaman mereka yang paling terkenal berhampiran London, yang secara tidak rasmi digelar Beckingham Palace. Nilai hartanah tersebut dianggarkan sekitar AS$15 juta. David dan Victoria mempunyai tiga orang anak lelaki, iaitu Brooklyn Joseph Beckham (lahir pada 4 Mac 1999 di London, England), Romeo James Beckham (lahir pada 1 September 2002 di London, England), dan Cruz David Beckham (lahir pada 20 Februari 2005 di Madrid, Sepanyol). Nama Cruz diambil daripada perkataan bahasa Sepanyol yang bermaksud "salib", bukannya sempena rakan keluarga mereka, Tom Cruise, seperti yang sering disangka.

Brooklyn dan Romeo masing-masing mempunyai Elton John sebagai bapa pembaptisan dan Elizabeth Hurley sebagai ibu pembaptisan.[86] David dan Victoria juga pernah menyatakan bahawa mereka ingin menambah bilangan anak, khususnya berharap untuk memperoleh seorang anak perempuan.[87]

Pada April 2007, keluarga Beckham membeli sebuah vila baharu di Beverly Hills, California, bersempena perpindahan Beckham ke LA Galaxy pada bulan Julai tahun yang sama. Rumah agam yang bernilai sekitar AS$22 juta itu terletak di sebuah kawasan perumahan berpagar eksklusif di lereng bukit yang menghadap bandar, berhampiran kediaman Tom Cruise, Katie Holmes dan pengacara televisyen Jay Leno.

Dakwaan hubungan sulit

[sunting | sunting sumber]

Pada April 2004, akhbar tabloid Britain News of the World menyiarkan dakwaan bekas pembantu peribadi Beckham, Rebecca Loos, bahawa beliau dan Loos pernah menjalinkan hubungan sulit. Seminggu kemudian, model kelahiran Malaysia yang menetap di Australia, Sarah Marbeck, turut mendakwa bahawa beliau pernah mengadakan hubungan dengan Beckham sebanyak dua kali. Beckham menafikan kedua-dua dakwaan tersebut dan menyifatkannya sebagai "tidak masuk akal".[88]

Fame beyond football

[sunting | sunting sumber]

Kemasyhuran Beckham melangkaui padang bola sepak; di kebanyakan negara di dunia, namanya "semudah dikenali seperti syarikat-syarikat multinasional seperti Coca-Cola dan IBM".[89] Hubungan serta perkahwinannya dengan Victoria, yang turut terkenal sebagai anggota kumpulan muzik Spice Girls, telah menyumbang kepada populariti Beckham di luar dunia bola sepak.

Beckham kemudiannya dikenali sebagai ikon fesyen, dan bersama Victoria, pasangan itu menjadi jurucakap komersial yang mendapat permintaan tinggi daripada pereka pakaian, pakar kesihatan dan kecergasan, majalah fesyen, pengeluar minyak wangi dan kosmetik, pendandan rambut, syarikat promosi kecergasan serta syarikat spa dan rekreasi. Antara contoh terbaharu ketika itu ialah pelancaran rangkaian losen selepas bercukur dan wangian yang dikenali sebagai David Beckham Instinct.[90]

Pada tahun 2002, Beckham digelar sebagai contoh terbaik seorang "metroseksual" oleh pencipta istilah tersebut, Mark Simpson, dan sejak itu beliau sering digambarkan sedemikian dalam pelbagai penerbitan.[91][92]

Pada tahun 2007, pasangan Beckham dilaporkan menerima bayaran sebanyak AS$13.7 juta untuk melancarkan rangkaian wangian mereka di Amerika Syarikat. Dalam dunia fesyen, Beckham telah menghiasi muka hadapan pelbagai majalah. Sepanjang tahun 2007, beliau muncul di muka hadapan majalah lelaki Details, selain bergandingan dengan isterinya pada keluaran Ogos 2007 majalah W.[93]

Menurut Google, nama "David Beckham" merupakan topik sukan yang paling banyak dicari di enjin cariannya pada tahun 2003 dan 2004.[94]

Ketibaan keluarga Beckham di Los Angeles pada 12 Julai 2007, sehari sebelum majlis pengenalan rasmi Beckham sebagai pemain LA Galaxy, mendapat liputan media yang meluas apabila Lapangan Terbang Antarabangsa Los Angeles dipenuhi jurugambar paparazi dan wartawan berita.[95]

Setibanya mereka di Los Angeles pada 12 Julai 2007, sehari sebelum majlis pengenalan rasmi Beckham, Lapangan Terbang Antarabangsa Los Angeles dipenuhi jurugambar paparazi dan wartawan berita yang membuat liputan ketibaan mereka.[96] Pada malam berikutnya, Victoria muncul dalam rancangan NBC, The Tonight Show bersama Jay Leno bagi membincangkan perpindahan mereka ke Los Angeles. Beliau turut menghadiahkan Leno sehelai jersi LA Galaxy bernombor 23 yang tertera nama Leno di bahagian belakang. Victoria juga berkongsi mengenai rancangan televisyen terbitan NBC beliau yang berjudul Victoria Beckham: Coming To America.[97]

Pada 22 Julai, satu majlis sambutan peribadi yang besar telah diadakan untuk pasangan Beckham di Muzium Seni Kontemporari Los Angeles. Antara selebriti terkenal yang menghadiri majlis tersebut ialah Steven Spielberg, Jim Carrey, George Clooney, Tom Cruise, Katie Holmes, Will Smith, Jada Pinkett Smith dan Oprah Winfrey.[98]

Kerja Amal

[sunting | sunting sumber]
  • Beckham telah menyokong UNICEF sejak zaman beliau bersama Manchester United. Pada Januari 2005, kapten pasukan bola sepak England itu dilantik sebagai Duta Muhibah UNICEF dengan memberi tumpuan khusus kepada program Sports for Development anjuran UNICEF.
  • Pada 17 Januari 2007, Rebecca Johnstone, seorang pesakit kanser berusia 19 tahun dari Hamilton, Ontario, Kanada, menerima panggilan telefon mengejut daripada Beckham. Selepas perbualan tersebut, Beckham menghantar kepadanya sehelai jersi Real Madrid yang ditandatangani. Rebecca meninggal dunia pada 29 Januari 2007.[99]
  • Beckham kini merupakan jurucakap Malaria No More, sebuah pertubuhan bukan berasaskan keuntungan yang berpangkalan di New York dan ditubuhkan pada tahun 2006. Misi Malaria No More adalah untuk menamatkan kematian akibat malaria di Afrika. Beckham turut muncul dalam satu iklan khidmat masyarakat pada tahun 2007 yang mempromosikan kepentingan menyumbangkan kelambu mampu milik bagi mencegah malaria. Iklan televisyen tersebut disiarkan di Amerika Syarikat menerusi rangkaian FOX, termasuk Fox Soccer Channel, dan turut boleh ditonton di YouTube.[100]
  • Sejak menyertai MLS, Beckham menjadi penyokong aktif kepada pelbagai badan kebajikan berkaitan di Amerika Syarikat seperti MLS W.O.R.K.S. Pada 17 Ogos 2007, beliau mengendalikan sebuah klinik bola sepak belia di Harlem, New York City, bersama beberapa pemain MLS semasa dan bekas pemain MLS. Program tersebut diadakan menjelang perlawanan pertamanya di kawasan New York City menentang New York Red Bulls pada keesokan harinya. Pemain Red Bulls, Jozy Altidore dan Juan Pablo Ángel, turut bersama Beckham mengajar kemahiran bola sepak kepada golongan belia kurang bernasib baik bagi membantu FC Harlem Lions.[101]

Kemunculan dalam filem

[sunting | sunting sumber]

Beckham tidak pernah muncul secara peribadi dalam filem Bend It Like Beckham pada tahun 2002, kecuali melalui rakaman arkib. Beliau dan isterinya sebenarnya mahu membuat kemunculan khas, namun kekangan jadual menyebabkan perkara itu tidak dapat direalisasikan. Oleh itu, pengarah filem tersebut menggunakan pelakon yang mempunyai wajah seiras Beckham.[102]

Goal! Trilogy

[sunting | sunting sumber]

Beckham membuat kemunculan khas bersama Zidane dan Raúl dalam filem tahun 2005 Goal!: The Dream Begins. Andy Harmer, pelakon yang menyerupai Beckham dan pernah membawakan wataknya dalam Bend It Like Beckham, turut muncul dalam satu babak sebagai Beckham.[103]

Beckham sendiri muncul dalam sekuel Goal! 2: Living the Dream...[104] dengan peranan yang lebih besar apabila watak utama filem tersebut berpindah ke Real Madrid. Jalan ceritanya memberi tumpuan kepada pasukan Real Madrid, dan selain Beckham, beberapa pemain sebenar Real Madrid turut muncul di dalam dan di luar padang bersama watak-watak fiksyen. Beckham juga dijadualkan muncul dalam Goal! 3, yang dijadualkan ditayangkan pada tahun 2008.[105]

Asterix di Sukan Olimpik (Astérix aux jeux olympiques)

[sunting | sunting sumber]

Dalam penampilan sulungnya sebagai pelakon yang membawakan watak selain dirinya sendiri, Beckham memegang watak kecil dalam filem aksi nyata berbahasa Perancis yang diadaptasi daripada komik Asterix, sekali lagi bergandingan dengan bekas rakan sepasukannya di Real Madrid, Zidane. Filem tersebut dijadualkan ditayangkan sempena Sukan Olimpik Musim Panas 2008 di Beijing.[106]

Walaupun berpindah ke Los Angeles, Beckham menyatakan bahawa beliau tidak berminat untuk mengejar kerjaya sebagai pelakon kerana menganggap dirinya terlalu "kaku" untuk berlakon.[107]

Beckham mengetuai pasukan England sebanyak 58 kali sepanjang tempoh beliau sebagai kapten, antara jumlah tertinggi dalam sejarah pasukan kebangsaan England.[108]

Menerusi jaringan sepakan percuma ketika menentang Ecuador dalam pusingan kedua Piala Dunia FIFA 2006, Beckham mencipta sejarah apabila menjadi satu-satunya pemain England dan pemain ke-21 di dunia yang menjaringkan gol dalam tiga edisi Piala Dunia. Rakan sepasukannya di Real Madrid, Raúl, turut mencapai pencapaian tersebut beberapa hari lebih awal.[109]

Gol tersebut juga menjadikan Beckham pemain kelima dalam sejarah Piala Dunia yang menjaringkan dua gol menerusi sepakan percuma secara langsung. Empat pemain lain yang pernah mencapai rekod itu ialah Pelé, Rivelino, Teófilo Cubillas dan Bernard Genghini. Beckham sebelum itu turut menjaringkan gol melalui sepakan percuma ketika menentang Colombia pada pusingan pertama Piala Dunia FIFA 1998. Kesemua tiga gol Piala Dunia beliau dijaringkan ke atas pasukan dari Amerika Selatan, iaitu Colombia, Argentina dan Ecuador, serta semuanya terhasil menerusi situasi bola mati, termasuk dua sepakan percuma dan satu sepakan penalti ketika menentang Argentina.

Beckham mempunyai banyak tatu pada tubuhnya. Salah satu daripadanya ialah nama isterinya, Victoria, yang ditulis dalam tulisan Hindi kerana beliau berpendapat bahawa menulisnya dalam bahasa Inggeris akan kelihatan "kurang bergaya". Walau bagaimanapun, tatu tersebut dieja secara tidak tepat dan sebenarnya tertera "Vhictoria" dan bukannya "Victoria".[110]

Satu lagi tatu Beckham ditulis dalam bahasa Ibrani, berbunyi אני לדודי ודודי לי הרעה בשושנים, yang bermaksud "Aku milik kekasihku, dan kekasihku milikku, yang menggembala di antara bunga bakung." Petikan tersebut berasal daripada Kidung Agung dalam Alkitab Ibrani dan merupakan ungkapan yang sering dikaitkan dengan kesetiaan dalam tradisi Yahudi. Namun, perkataan "kekasih" dalam bahasa Ibrani alkitabiah sebenarnya merujuk kepada pasangan lelaki, bukannya wanita. Beckham juga pernah menjadi bahan ejekan media yang menggelarnya seperti "penunggang motosikal Hell's Angels" dan "samseng bola sepak" berikutan jumlah tatunya yang semakin banyak serta reka bentuk dan lokasi tatu-tatu tersebut.[111]

Kronologi tatu Beckham[112] adalah seperti berikut:

  • April 1999 – Nama anak sulungnya, Brooklyn, pada bahagian belakang badan.
  • April 1999 – Tatu malaikat pada bahagian belakang badan.
  • 2000 – Tatu nama "Victoria" dalam tulisan Hindi pada lengan kiri.
  • April 2002 – Angka Rom VII pada lengan bawah kanan.
  • Mei 2003 – Frasa Latin Perfectio In Spiritu, yang bermaksud "Kesempurnaan Rohani", pada lengan kanan.
  • Mei 2003 – Satu lagi frasa Latin, Ut Amem Et Foveam, yang bermaksud "Agar Aku Mengasihi dan Menghargai", pada lengan kiri.
  • 2003 – Nama Romeo pada bahagian belakang badan.
  • 2003 – Rekaan berinspirasikan seni klasik pada bahu kanan.
  • 2004 – Salib bersayap pada tengkuk.
  • 2004 – Tatu malaikat bersama cogan kata In The Face of Adversity pada lengan kanan.
  • Mac 2005 – Nama Cruz pada bahagian belakang badan.
  • Jun 2006 – Tatu malaikat kedua serta awan ditambah pada lengan dan bahu kanan.

Lihat juga

[sunting | sunting sumber]
  • Beckham, David (2002). David Beckham: My Side. HarperCollinsWillow. (ISBN 0-00-715732-0).
  • Beckham, David (2001). Beckham: My World. Hodder & Stoughton Ltd. (ISBN 0-340-79270-1). Unknown parameter |coauthors= ignored (|author= suggested) (bantuan)
  • Beckham, David (2003). Beckham: Both Feet on the Ground. HarperCollins. (ISBN 0-06-057093-8). Unknown parameter |coauthors= ignored (|author= suggested) (bantuan)
  • Crick, Michael (2003). The Boss -- The Many Sides of Alex Ferguson. Pocket Books. (ISBN 0-7434-2991-5).
  • Ferguson, Alex (1999). Managing My Life -- My Autobiography. Hodder & Stoughton. (ISBN 0-340-72855-8). Unknown parameter |coauthors= ignored (|author= suggested) (bantuan)
  1. 1 2 3 Hugman, Barry J., penyunting (2003). The PFA Footballers' Who's Who 2003/2004. Harpenden: Queen Anne Press. m/s. 42. ISBN 9-781852-916510.
  2. 1 2 Templat:Who's Who (langganan diperlukan)
  3. "Beckham's pride at OBE". BBC Sport. 13 June 2003. Dicapai pada 9 September 2008.
  4. "Beckham reaches new caps landmark". BBC Sport. 28 March 2009. Dicapai pada 4 May 2009.
  5. "David Beckham wears captain's armband, adds assist for PSG in likely career finale – Yahoo! Sports". Sports.yahoo.com. 18 May 2013. Diarkibkan daripada yang asal pada 2013-06-09. Dicapai pada 3 October 2013.
  6. 1 2 3 "Los Angeles Galaxy: Player bio". Los Angeles Galaxy. 9 September 2008. Dicapai pada 9 September 2008.
  7. "Beckham joins Real Madrid". BBC Sport. 18 September 2003. Dicapai pada 9 September 2008.
  8. "Beckham bows out with Liga title". BBC Sport. 17 June 2007. Dicapai pada 9 September 2008.
  9. Bandini, Paolo (11 January 2007). "Beckham confirms LA Galaxy move". The Guardian. London. Dicapai pada 10 May 2007.
  10. "Beckham's England dream realised". BBC Sport. 10 November 2000. Dicapai pada 9 September 2008.
  11. "Beckham quits as England captain". BBC Sport. 2 July 2006. Dicapai pada 9 September 2008.
  12. Daniel, Taylor. "David Beckham exits as gracefully as one of his arcing crosses". The Guardian. Dicapai pada 18 December 2014.
  13. "Pele's list of the greatest". BBC Sport. 4 March 2004. Dicapai pada 13 November 2013.
  14. "David Beckham, Great Britain". ESPN.co.uk. Dicapai pada 12 September 2014.
  15. "The World's Best-Paid Soccer Players". Forbes. 17 April 2013. Dicapai pada 12 September 2014.
  16. "David Beckham kids named most stylish celebrity children in the world - BelfastTelegraph.co.uk". Belfast Telegraph. 9 April 2014. Dicapai pada 6 July 2014.
  17. "David Beckham and son Brooklyn 'shaken' after car crash following Arsenal training session". The Telegraph. Retrieved 29 November 2014
  18. Mazzei, Patricia (5 February 2014). "Soccer star David Beckham to bring MLS team to Miami". Miami Herald.
  19. Culpepper, Chuck (9 July 2007). "BECKHAM – Working-class boy to Man U". Los Angeles Times. Dicapai pada 9 September 2008.
  20. Julie Burchill (2012). On Beckham". Random House,
  21. Arts Council England, School puts the arts at the heart of learning Diarkibkan 2012-02-02 di UK Government Web Archive, 21 October 2008
  22. "American Idols". W magazine. 1 August 2007. Diarkibkan daripada yang asal pada 2013-05-26. Dicapai pada 24 February 2009.
  23. "Beckhams 'to send son to LA Jewish nursery'". The Jewish Chronicle. 18 April 2008. Diarkibkan daripada yang asal pada 2009-04-24. Dicapai pada 7 January 2009.
  24. Fifield, Dominic (14 July 2007). "Beckham launches into the Galaxy". The Guardian. London. Dicapai pada 14 July 2007.
  25. Jewish funeral for Beckham's grandfather, By Jessica Elgot, 10 December 2009
  26. "Becks' Brimsdown boost, article from 24 September 2004". TheFA.com. Diarkibkan daripada yang asal pada 8 March 2008. Dicapai pada 7 July 2007.
  27. 1 2 "David Beckham - Rise of a Footballer". Diarkibkan daripada yang asal pada 2014-07-21. Dicapai pada 12 September 2014.
  28. "BBC - h2g2 - David Beckham - Rise of a Footballer - A1138600". Diarkibkan daripada yang asal pada 2014-07-21. Dicapai pada 2015-01-13.
  29. uefa.com. "Champions League 1994/95 Standings". UEFA.com. Dicapai pada 12 September 2014.
  30. "Beckham's pride at OBE". BBC Sport. 13 June 2003. Dicapai pada 4 March 2011.
  31. Graham Hart (1995). "The Guinness football encyclopedia". p. 69. Guinness
  32. Komen yang paling terkenal adalah dari Alan Hansen "Kamu tidak boleh memenangi apa-apa dengan budak-budak", disebut dalam The Boss 405. Beckham menjaringkan gol United (yang pertamanya untuk mereka dalam liga) dari jarak kira-kira 30 meter.
  33. "Man Utd season review 1995/96". Dicapai pada 12 September 2014.
  34. "Euro 96 stars going strong". The Football Association. 21 January 2005. Diarkibkan daripada yang asal pada 8 March 2008. Dicapai pada 16 July 2007.
  35. Gwen Russell (2011). "Arise Sir David Beckham: Footballer, Celebrity, Legend - The Biography of Britain's Best Loved Sporting Icon". John Blake Publishing,
  36. Pengulas Sky Sports Martin Tyler berkata "Kamu akan lihat itu berulang-ulang kali" membuktikan tepat apabila gol itu diundi sebagai Gol Liga Perdana Inggeris Dekad pada tahun 2003.
  37. "Beckham's Golden Boots". Rediff.com. 27 April 2004.
  38. "100 GREATEST SPORTING MOMENTS – RESULTS". Dicapai pada 12 September 2014.
  39. "English PFA Young Player of the Year Award". napit.co.uk. Dicapai pada 16 July 2007.
  40. McDonnell, David (29 September 2007). "Cristiano Ronaldo exclusive". The Mirror. Dicapai pada 18 December 2014.
  41. "Fixture List for 1997/98 Season". geocities.com. Diarkibkan daripada yang asal pada 2009-07-31. Dicapai pada 16 July 2007.
  42. Ralat petik: Tag <ref> tidak sah; tiada teks disediakan bagi rujukan yang bernama "treble"
  43. "Manchester United Legends: David Beckham". Dicapai pada 12 September 2014.
  44. "The Kings of Europe". Dicapai pada 12 September 2014.
  45. FIFA.com. "Rivalso on top of the world". FIFA.com. Diarkibkan daripada yang asal pada 2014-09-16. Dicapai pada 12 September 2014.
  46. "Man Utd's flawed genius?". BBC News. 7 January 2000. Dicapai pada 6 October 2005.
  47. "Man Utd celebrate in style". Dicapai pada 12 September 2014.
  48. The Boss 469.
  49. Harris, Nick (6 September 2007). "Ferguson will never talk to the BBC again". The Independent. UK. Dicapai pada 30 April 2009.
  50. "Did 'hatchet man' target Beckham?". ESPN Socernet. 2 April 2002. Diarkibkan daripada yang asal pada 16 July 2006. Dicapai pada 7 October 2005.
  51. "Beckham signs new contract". BBC Sport. 12 May 2002. Dicapai pada 7 October 2005.
  52. videos, promosi oleh Adidas
  53. http://www.bbc.co.uk/dna/606/A29236809
  54. "salinan arkib". Diarkibkan daripada yang asal pada 2008-01-20. Dicapai pada 2007-12-21.
  55. http://www.broadcastingcable.com/article/CA6410772.html
  56. "Moldova 0 - England 3". englandstats.com. Dicapai pada 2007-07-16.
  57. "English PFA Young Player Of The Year Award". napit.co.uk. Dicapai pada 2007-07-16.
  58. "England in World Cup 1998 Squad Records". englandfootballonline.com. Dicapai pada 2007-06-10.
  59. "Beckham Blasts Hoddle". Dispatch Online, 29 June 1998. Unknown parameter |accessyear= ignored (|access-date= suggested) (bantuan); Unknown parameter |accessmonthday= ignored (bantuan)
  60. "Argentina 2-2 England Diarkibkan 2010-01-11 di Wayback Machine", englandfc.com, 30 June 1998. URL accessed on 25 June 2006.
  61. "Simeone admits trying to get Beckham sent off". Rediff Sports, 19 May 2002. Unknown parameter |accessyear= ignored (|access-date= suggested) (bantuan); Unknown parameter |accessmonthday= ignored (bantuan)
  62. "Beckham's Darkest Hour". Article on official UEFA website. Diarkibkan daripada yang asal pada 2006-01-12. Dicapai pada 2007-12-21. Unknown parameter |accessyear= ignored (|access-date= suggested) (bantuan); Unknown parameter |accessmonthday= ignored (bantuan)
  63. A reference to Brooklyn. "Leader -- Play games behind closed doors". New Statesman, 26 June 2000. Unknown parameter |accessyear= ignored (|access-date= suggested) (bantuan); Unknown parameter |accessmonthday= ignored (bantuan)
  64. "Media sympathy for Beckham's gesture". BBC News, 14 June 2000. Unknown parameter |accessyear= ignored (|access-date= suggested) (bantuan); Unknown parameter |accessmonthday= ignored (bantuan)
  65. "David Beckham, Goodwill Ambassador". Laman sesawang rasmi UNICEF. Diarkibkan daripada yang asal pada 2010-11-01. Dicapai pada 2007-12-21. Unknown parameter |accessyear= ignored (|access-date= suggested) (bantuan); Unknown parameter |accessmonthday= ignored (bantuan)
  66. "England 1-0 Ecuador", BBC Sport, 25 Jun 2006. URL dicapai pada 25 Jun 2006.
  67. "Beckham quits as England captain", BBC Sport, 2 Julai 2006. URL dicapai pada 2 Julai 2006.
  68. Ini merupakan kesilapan Beckham sendiri kerana beliau sebenarnya telah membuat 94 penampilan bersama England pada ketika itu.
  69. "Terry named new England skipper". Dicapai pada 10 August. Unknown parameter |accessyear= ignored (|access-date= suggested) (bantuan); Check date values in: |accessdate= (bantuan)
  70. "Three's the magic number". TheFA.com. 2007-06-06. Dicapai pada 2007-06-09. Check date values in: |date= (bantuan)
  71. "Becks and England suffer Wembley woe". Diarkibkan daripada yang asal pada 2012-10-23. Dicapai pada 2007-12-21.
  72. Beckham dismisses retirement talk, BBC Sport, 21 November 2007. Dicapai pada 22 November 2007.
  73. "Manchester United Legends - David Beckham". manutdzone.com. Diarkibkan daripada yang asal pada 2008-08-18. Dicapai pada 2007-05-28.
  74. "Beckham will not play for Real again - Capello". chinadaily.com. 2007-01-14. Dicapai pada 2007-05-28. Check date values in: |date= (bantuan)
  75. "Coach says Beckham won't play again for Real Madrid". International Herald Time. 2007-01-13. Diarkibkan daripada yang asal pada 2007-06-20. Dicapai pada 2007-05-28. Check date values in: |date= (bantuan)
  76. Beckham red card but joy for Sven, The Sunday Times, 9 Oktober 2005. Dicapai pada 9 April 2007.
  77. "salinan arkib". Diarkibkan daripada yang asal pada 2008-10-14. Dicapai pada 2007-12-21.
  78. http://news.bbc.co.uk/sport2/hi/football/6256125.stm
  79. http://www.rediff.com/sports/2004/mar/05fifa.htm
  80. " Diarkibkan 2012-01-08 di Wayback Machine"
  81. David Beckham: Soccer's Metrosexual Diarkibkan 2009-04-28 di Wayback Machine. TIME.
  82. "The Celebrity 100". Forbes. 2007-06-14. Dicapai pada 2007-07-17.
  83. "salinan arkib". Diarkibkan daripada yang asal pada 2008-05-21. Dicapai pada 2007-12-21.
  84. "Sun pips OK! to Posh wedding photos". BBC News, 6 Julai 1999. Unknown parameter |accessyear= ignored (|access-date= suggested) (bantuan); Unknown parameter |accessmonthday= ignored (bantuan)
  85. "Wedded spice". BBC News, 5 Julai 1999. Unknown parameter |accessyear= ignored (|access-date= suggested) (bantuan); Unknown parameter |accessmonthday= ignored (bantuan)
  86. http://marriage.about.com/od/sports/a/davidbeckham.htm
  87. "salinan arkib". Diarkibkan daripada yang asal pada 2016-08-06. Dicapai pada 2007-12-21.
  88. "Beckham to stay in Spain". BBC News, 20 Mei 2004. Unknown parameter |accessyear= ignored (|access-date= suggested) (bantuan); Unknown parameter |accessmonthday= ignored (bantuan)
  89. Beckham the worldwide brand, artikel Jun 2006 daripada laman sesawang Associated New Media
  90. David Beckham Instinct
  91. The Beckhams: American Idols: W Feature Story on Style.com
  92. "2003 Year-End Google Zeitgeist". Google.com. Unknown parameter |accessyear= ignored (|access-date= suggested) (bantuan); Unknown parameter |accessmonthday= ignored (bantuan), "2004 Year-End Google Zeitgeist". Google.com. Unknown parameter |accessyear= ignored (|access-date= suggested) (bantuan); Unknown parameter |accessmonthday= ignored (bantuan)
  93. The Beckhams Take Hollywood[pautan mati kekal]
  94. The Beckhams Take Hollywood[pautan mati kekal]
  95. Victorial Beckham coming to America
  96. Hollywood breathlessly awaits Beckhams
  97. "To Rebecca, with love". Toronto Star. 26 Januari 2007. Dicapai pada 2007-02-02.
  98. David Beckham: Fight Malaria by Donating a $10 Bed Net
  99. "Video: Juan Pablo Angel, David Beckham to Assist MLS W.O.R.K.S." paddocktalk.com. 2007-08-18. Diarkibkan daripada yang asal pada 2007-09-28. Dicapai pada 2007-08-21. Check date values in: |date= (bantuan)
  100. title di Pangkalan Data Filem Internet (IMDb)
  101. "salinan arkib". Diarkibkan daripada yang asal pada 2007-05-01. Dicapai pada 2007-12-21.
  102. title di Pangkalan Data Filem Internet (IMDb)
  103. http://www.imdb.com/name/nm0065743/
  104. http://www.imdb.com/title/tt0463872/
  105. "David Beckham's Hollywood snub". askmen.com. 2007-03-02. Diarkibkan daripada yang asal pada 2007-10-01. Dicapai pada 2007-08-15. Check date values in: |date= (bantuan)
  106. "Beckham stands down". 2006-07-02. Dicapai pada 2007-07-14. Check date values in: |date= (bantuan)
  107. "England 1–0 Ecuador", BBC Sport, 25 Jun 2006. Dicapai pada 25 Jun 2006.
  108. "Beckham's tattoo misspelt". BBC News. 28 November 2000. Dicapai pada 2006-06-27. Check date values in: |date= (bantuan)
  109. "Beckham's tattoo sparks debate". BBC News. 22 May 2004. Dicapai pada 2006-06-27. Check date values in: |date= (bantuan)
  110. "Becks' tatt-trick". Daily Star. 16 March 2005. Check date values in: |date= (bantuan)

Pautan luar

[sunting | sunting sumber]
Anugerah
Didahului oleh
Robbie Fowler
Pemain Muda Tahunan PFA
1997
Diikuti oleh:
Michael Owen
Didahului oleh
Zinedine Zidane
Anugerah Bola Sepak Kelab UEFA
Pemain Tengah Terbaik

1998–99
Diikuti oleh:
Gaizka Mendieta
Didahului oleh
Ronaldo
Pemain Bola Sepak Kelab Tahunan
1998–99
Diikuti oleh:
Fernando Redondo
Didahului oleh
Steve Redgrave
Personaliti Tahunan BBC Sports
2001
Diikuti oleh:
Paula Radcliffe
Kedudukan sukan
Didahului oleh
Alan Shearer
Kapten bola sepak England
2000–2006
Diikuti oleh:
John Terry