Toby Alderweireld
|
| |||
| Maklumat peribadi | |||
|---|---|---|---|
| Nama penuh | Tobias Albertine Maurits Alderweireld[1] | ||
| Tarikh lahir | 2 Mac 1989 | ||
| Tempat lahir | Antwerp, Belgium | ||
| Ketinggian | 1.87 m (6 ka 2 in)[2] | ||
| Posisi permainan | Pertahanan | ||
| Maklumat kelab | |||
Kelab terkini | Tottenham Hotspur | ||
| Nombor | 4 | ||
| Kerjaya remaja | |||
| 1999–2004 | Germinal Beerschot | ||
| 2004–2008 | Ajax | ||
| Kerjaya Senior* | |||
| Tahun | Pasukan | Kmcln | (Gol) |
| 2008–2013 | Ajax | 128 | (7) |
| 2013–2015 | Atlético Madrid | (1) | |
| 2014–2015 | → Southampton (pinjam) | 26 | (1) |
| 2015– | Tottenham Hotspur | 174 | (8) |
| Pasukan kebangsaan‡ | |||
| 2004 | Belgium B15 | 3 | (1) |
| 2004 | Belgium B16 | 2 | (0) |
| 2005–2006 | Belgium B17 | 17 | (3) |
| 2006 | Belgium B18 | 3 | (0) |
| 2006–2007 | Belgium B19 | 9 | (0) |
| 2009–2010 | Belgium B21 | 5 | (0) |
| 2009– | Belgium | 109 | (5) |
|
* Gol dan kemunculan untuk kelab senior hanya untuk liga domestik dan tepat pada 23 Mei 2021 ‡ Gol dan kemunculan pasukan kebangsaan hingga 6 Jun 2021 | |||
Tobias Albertine Maurits "Toby" Alderweireld (Sebutan Belanda: [ˈtoːbi ˈɑldərˌwɛːrəlt]; lahir 2 Mac 1989) merupakan seorang pemain bola sepak Belgium yang kini bermain di Liga Perdana Inggeris, Tottenham Hotspur dan merupakan pemain kebangsaan Belgium. Beliau bermain di dalam posisi pertahanan.
Kerjaya kelab
[sunting | sunting sumber]Ajax
[sunting | sunting sumber]
Toby Alderweireld telah dilahirkan di Antwerp,[3] kemudian Alderweireld berpindah ke Ajax untuk memasuki akademi bola sepak pada Ogos 2004. Pada 22 Februari 2007, beliau menandatangani kontrak kelab profesional untuk menilai beliau sehingga 30 Jun 2010.[4] Perlawanan pertama beliau pada 18 Januari 2009, ketika kemenangan menentang Nijmegen 2-0.[5] Pada 26 Februari, beliau membuat debut pertama beliau bermain di pentas Eropah apabila seri 1-1 menentang kelab Itali, Fiorentina dalam Piala UEFA.[6]
Dalam musim 2009–10, Alderweireld menjadi pilihan utama dalam pertahanan bersama Jan Vertonghen selepas kapten Thomas Vermaelen berpindah ke Arsenal.[7] Jurulatih baru, Martin Jol percaya dua pemain pertahanan itu mampu membuat aksi terbaik.[8][9] Pada 4 September, kemenangan menentang Heracles 3-0, beliau menjaringkan gol buat pertama kalinya apabila beliau membuat gol pembukaan dengan menanduk masuk daripada sepakan penjuru Luis Suárez.[10]
Pada 27 Januari, beliau menjaringkan gol dalam masa tambahan ketika Piala KNVB dalam peringkat suku akhir menentang NEC Nijmegen dan Siem de Jong menjaringkan gol lima minit terakhir dengan memastikan Ajax menang 3-2. Alderweireld telah dinamakan sebagai "Ajax Talent of the Year".[11] Beliau telah melakar sejarah dengan menjaringkan gol ke-100 untuk Ajax di Liga Juara-Juara pada 3 November 2011 apabila Ajax kalah 1-2 menentang Auxerre.[12] Alderweireld menjaringkan gol untuk Ajax ketika bertemu A.C. Milan 2-0 di Stadium San Siro dengan membawa pasukannya ke Liga Eropah UEFA.
Pada 5 Ogos 2012, ketika Johan Cruijff Schaal di antara PSV dan Ajax, Alderweireld menjaringkan gol untuk Ajax pada minit ke-44, membawa kelabnya pada kedudukan 2-1, namun Ajax tewas pada separuh masa kedua 2-4. Ajax telah memasuki Liga Eropah di kelayakan tempat ketiga namun gagal untuk layak apabila tewas 4-2 kepada kelab Romania dalam penentuan tendangan penalti.
Kontrak Alderweireld berbaki satu tahun bersama Ajax, peristiwa ini dapat menarik minat daripada kelab Bayer Leverkusen, Liverpool, Napoli dan Norwich City untuk menandatangani pemain pertahanan muda.[13][14]
Atlético Madrid
[sunting | sunting sumber]Pada 2 September 2013, Alderweireld menyertai Atlético Madrid dengan kontrak selama empat tahun dengan bayaran sebanyak €7 million.[15][16] Beliau bermain 12 perlawanan di dalam La Liga. Pada 11 Mei, beliau menjaringkal gol pertama kali dalam kelab Sepanyol itu apabila menanduk masuk apabila melawan Málaga CF, seri 1-1.[17] Alderweireld juga bermain dalam Liga Juara-Juara UEFA 2014 pada lapan minit terakhir menggantikan Filipe Luís namun tewas kepada Real Madrid 4-1.[18]
Southampton
[sunting | sunting sumber]Beliau telah dipinjam ke Southampton, pada 1 September 2014.[19][20] Beliau membuat debut pertamanya bersama Southampton pada 13 September apabila menewaskan Newcastle United 4-0.[21]
Tottenham Hotspur
[sunting | sunting sumber]Pada 8 Julai 2015, Alderweireld menyertai Tottenham Hotspur dengan kontrak lima tahun yang berlangsung sehingga musim panas 2020 di White Hart Lane, walaupun Southampton mengancam untuk mengambil tindakan undang-undang berhubung perpindahan tersebut.[22]
Di Spurs, beliau kembali bergabung dengan bekas rakan sepasukan Ajax, Christian Eriksen dan Jan Vertonghen, yang sebelum ini menyertai kelab London utara itu dari Ajax. Pada 30 Julai, Alderweireld membuat penampilan sulung bersama kelab dalam 2015 MLS All-Star Game di Denver, Colorado.[23]
Al-Duhail
[sunting | sunting sumber]Pada 27 Julai 2021, Tottenham Hotspur mengumumkan bahawa Alderweireld akan menyertai kelab Qatar Stars League Al-Duhail.[24][25]
Beliau membuat 29 penampilan untuk pasukan tersebut sepanjang musim 2021–22, serta menjaringkan satu gol dalam perlawanan suku akhir kempen kemenangan Piala Emir Qatar 2022, iaitu kemenangan 4–1 ke atas Al-Sailiya pada 6 Mac 2022.[26]
Royal Antwerp
[sunting | sunting sumber]Pada 15 Julai 2022, Alderweireld menyertai kelab Belgian First Division A Royal Antwerp dengan kontrak selama tiga tahun.[27][28] Pada 30 April 2023, Alderweireld memenangi Piala Belgium bersama Antwerp. Lebih sebulan kemudian, pada 4 Jun, beliau menjaringkan gol pada minit ke-94 dalam perlawanan terakhir musim untuk memastikan keputusan seri dramatik 2–2 menentang Genk, sekali gus menghadiahkan Royal Antwerp kejuaraan liga pertama mereka dalam tempoh 66 tahun. Gol tersebut juga menafikan peluang Genk untuk memenangi kejuaraan, dan berlaku ketika Union St-Gilloise melepaskan tiga gol lewat kepada Club Brugge yang turut menggagalkan peluang mereka.[29]
Kerjaya antarabangsa
[sunting | sunting sumber]
Alderweireld pertama kali bersama Belgium semasa pasukan bawah-17 pada Oktober 2005 dan mengambil bahagian dalam Kejohanan bawah-17 UEFA 2006. Selepas musim 2008–09, beliau membuat debut pertama bersama pasukan Belgium dalam perlawanan persahabatan. Walau bagaimanapun, debut penuh beliau bersama Belgium ketika menentang Republik Czech. Beliau juga telah disenaraikan dalam skuad untuk menghadapi kelayakan Piala Dunia 2010.
Alderweireld telah dipanggil untuk menyertai pasukan bawah-21 Belgium untuk menghadapi kelayakan kejohanan bawah-21 UEFA 2011 menentang Ukraine pada 13 November 2009 denga keputusan perlawanan Belgium ketinggalan 0-2 kepada Ukraine.
Pada 13 Mei 2014, Anderweireld telah disenaraikan dalam skuad Belgium untuk Piala Dunia FIFA 2014 di Brazil.[30] Beliau bermain di pentas Piala Dunia ketika perlawanan menentang Algeria, Belgium menang 2-0 di Belo Horizonte.[31]
Dalam Piala Dunia FIFA 2018, beliau memenangi pingat gangsa bersama Belgium selepas kemenangan 2–0 ke atas England.[32]
Pada 8 September 2020, Alderweireld membuat penampilan ke-100 bersama Belgium dalam kemenangan 5–1 menentang Iceland.[33]
Pada 6 Mac 2023, beliau mengumumkan persaraannya daripada bola sepak antarabangsa.[34]
Statistik kerjaya
[sunting | sunting sumber]Kelab
[sunting | sunting sumber]| Prestasi kelab | Liga | Piala | Benua | Lain | Jumlah | |||||||
|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|
| Musim | Kelab | Liga | App | Gol | App | Gol | App | Gol | App | Gol | App | Gol |
| Belanda | Liga | Piala KNVB | Eropah1 | Lain2 | Jumlah | |||||||
| 2008–09 | Ajax | Eredivisie | 5 | 0 | 0 | 0 | 3 | 0 | 0 | 0 | 8 | 0 |
| 2009–10 | 31 | 2 | 6 | 1 | 8 | 0 | 0 | 0 | 45 | 3 | ||
| 2010–11 | 26 | 2 | 4 | 0 | 12 | 3 | 1 | 0 | 43 | 5 | ||
| 2011–12 | 29 | 1 | 3 | 0 | 7 | 1 | 1 | 1 | 40 | 3 | ||
| 2012–13 | 33 | 2 | 3 | 0 | 8 | 1 | 1 | 1 | 45 | 4 | ||
| 2013–14 | 4 | 0 | 0 | 0 | 0 | 0 | 1 | 0 | 5 | 0 | ||
| Jumlah | Belanda | 128 | 7 | 16 | 1 | 38 | 5 | 4 | 2 | 186 | 15 | |
| Sepanyol | Liga | Copa del Rey | Eropah | Lain3 | Jumlah | |||||||
| 2013–14 | Atlético Madrid | La Liga | 12 | 1 | 6 | 1 | 4 | 0 | 0 | 0 | 22 | 2 |
| Jumlah | Sepanyol | 12 | 1 | 6 | 1 | 4 | 0 | 0 | 0 | 22 | 2 | |
| Jumlah keseluruhan | 140 | 8 | 22 | 2 | 42 | 5 | 4 | 2 | 208 | 17 | ||
1 Termasuk perlawanan Liga Juara-Juara UEFA dan Liga Eropah UEFA.
2 Termasuk perlawanan Johan Cruijff Shield dan Playoff Eredivisie.
3 Termasuk perlawanan Supercopa de España.
Antarabangsa
[sunting | sunting sumber]| Belgium | ||
|---|---|---|
| Tahun | App | Gol |
| 2009 | 4 | 0 |
| 2010 | 6 | 0 |
| 2011 | 5 | 0 |
| 2012 | 5 | 0 |
| 2013 | 11 | 1 |
| 2014 | 6 | 0 |
| Total | 37 | 1 |
Gol antarabangsa
[sunting | sunting sumber]| Gol | Tarikh | Arena | Pihak lawan | Skor | Keputusan | Kejohanan |
|---|---|---|---|---|---|---|
| 1. | 19 November 2013 | Stadium Raja Baudouin, Brussels | 2–3 | 2–3 | Persahabatan |
Rujukan
[sunting | sunting sumber]- ↑ "England 1 Belgium 0 [1–0]". England Football Online. Dicapai pada 17 December 2013.
- ↑ "Player Profile: Toby Alderweireld". Atlético Madrid. Diarkibkan daripada yang asal pada 2013-09-27. Dicapai pada 22 August 2013.
- ↑ Toby Alderweireld profile, VI.nl, 18 January 2009, dicapai pada 19 January 2009
- ↑ Ajax sign Toby Alderweireld, AFC Ajax, 22 February 2007, diarkibkan daripada yang asal pada 2008-10-23, dicapai pada 19 January 2009
- ↑ Ajax win spectacular match, AFC Ajax, 18 January 2009, diarkibkan daripada yang asal pada 2009-01-25, dicapai pada 19 January 2009
- ↑ Leonardo scores to help Ajax advance
- ↑ Zwartkruis, Simon (30 September 2009). "'Wij hebben de beste selctie van Nederland'". Association football.
|access-date=requires|url=(bantuan) - ↑ "Jol: 'Vertonghen en Alderweireld, dat ziet iedereen'" (dalam bahasa Dutch). Gazet van Antwerpen. 17 October 2009. Dicapai pada 27 October 2009.CS1 maint: unrecognized language (link)
- ↑ Coerts, Stefan (13 October 2009), "Ajax Coach Martin Jol Praises Jan Vertonghen And Toby Alderweireld", Goal, dicapai pada 30 September 2009
- ↑ Leandro, Trossard (2025-04-30). "Report: SC Heracles Almelo vs Ajax Amsterdam".
- ↑ "Supporters Ajax eren Suarez". Telegraaf.nl. 18 April 2010. Dicapai pada 2010-04-21.
- ↑ "Ajax's Alderweireld thrives on art of defending". UEFA.com by Berend Scholten. 5 February 2011. Dicapai pada 2011-02-05.
- ↑ "Alderweireld soll kommen Kadlec wechselt zu Fenerbahce". Express.de by Lars Werner.com. 14 June 2013. Dicapai pada 2013-06-19.
- ↑ "Napoli wil tien miljoen euro betalen voor Toby Alderweireld". Nieuws.be by Voetbal4U.com. 18 June 2013. Dicapai pada 2013-06-19.
- ↑ "Transfer deadline day: Atletico Madrid sign Toby Alderweireld and Josuha Guilavogui". Sky Sports. 2 September 2013. Dicapai pada 31 August 2014.
- ↑ Corrigan, Dermot (3 September 2013). "Toby Alderweireld rejected Liverpool". ESPN FC. Dicapai pada 31 August 2014.
- ↑ "Atlético Madrid 1-1 Málaga". BBC Sport. 11 May 2014. Dicapai pada 1 September 2014.
- ↑ name="BBC">"Real Madrid 4 Atlético Madrid 1". BBC Sport. Dicapai pada 25 May 2014.
- ↑ "Agreement with Southampton for the loan of Alderweireld". Atlético Madrid. 2 September 2014. Diarkibkan daripada yang asal pada 2014-09-04. Dicapai pada 12 September 2014.
- ↑ "Southampton loan Toby Alderweireld from Atletico Madrid". BBC Sport. 2 September 2014. Dicapai pada 2 September 2014.
- ↑ "Striker Graziano Pelle scored twice as Southampton overwhelmed a poor Newcastle side at St Mary's Stadium". BBC Sport. 12 September 2014. Dicapai pada 14 September 2014.
- ↑ "Toby Alderweireld: Tottenham sign Atletico Madrid defender". BBC Sport. 8 July 2015. Dicapai pada 9 July 2015.
- ↑ Borg, Simon (30 July 2015). "MLS All-Stars 2, Tottenham Hotspur 1". MLS Soccer. Diarkibkan daripada yang asal pada 26 January 2016. Dicapai pada 21 October 2015.
- ↑ "Toby departs for Qatar". www.tottenhamhotspur.com (dalam bahasa Inggeris). 2021-07-27. Dicapai pada 2026-04-30.
- ↑ قادمة, أعلن نادي الدحيل القطري اكتمال إجراءات التعاقد مع المدافع البلجيكي توبي ألدرفيريلد قادماً من نادي توتنهام الإنكليزي بعقد يمتد لثلاثة مواسم. "توبي ألدرفيريلد ينتقل إلى الدحيل القطري رسمياً". beIN SPORTS (dalam bahasa Arab). Dicapai pada 2026-04-30.
- ↑ Rehmat, Rizwan (2022-03-06). "Al Duhail ease past Al Sailiya to reach semis". Gulf Times (dalam bahasa Inggeris). Dicapai pada 2026-04-30.
- ↑ Rehmat, Rizwan (2022-03-06). "bin88" (dalam bahasa Inggeris). Dicapai pada 2026-04-30.
- ↑ "Toby is a RED!". RAFC (dalam bahasa Belanda). Dicapai pada 2026-04-30.
- ↑ "Royal Antwerp win first Belgian title in 66 years after Toby Alderweireld's stoppage-time equaliser". BBC Sport (dalam bahasa Inggeris). 2023-06-04. Dicapai pada 2026-04-30.
- ↑ "Adnan Januzaj included in Belgium's World Cup squad". BBC Sport. 13 May 2014. Dicapai pada 15 May 2014.
- ↑ Chowdhury, Saj (17 June 2014). "Belgium 2-1 Algeria". BBC Sport. Dicapai pada 17 June 2014.
- ↑ "Belgium 2-0 England: Eden Hazard strikes in World Cup play-off win". Sky Sports. Dicapai pada 2026-04-30.
- ↑ "Belgium 5-1 Iceland: Hosts survive scare to earn second win". UEFA.com (dalam bahasa Inggeris). Dicapai pada 2026-04-30.
- ↑ Times, The Brussels. "Red Devils: Toby Alderweireld retires from international football". www.brusselstimes.com (dalam bahasa Inggeris). Dicapai pada 2026-04-30.
- CS1 errors: access-date without URL
- Sumber CS1 bahasa Arab (ar)
- Kelahiran 1989
- Pemain bola sepak Belgium
- Orang dari Antwerp
- Pemain La Liga
- Pemain Liga Perdana Inggeris
- Pemain Southampton F.C.
- Pemain Atlético Madrid
- Pemain Tottenham Hotspur F.C.
- Pemain Piala Dunia FIFA 2014
- Pemain UEFA Euro 2016
- Pemain Piala Dunia FIFA 2018
- Pemain UEFA Euro 2020
- Orang hidup
