Sultan Perak
| Sultan Negeri Perak Darul Ridzuan | |
|---|---|
Wilayah/Negeri | |
| Penjawat kini | |
| Sultan Nazrin Muizzuddin Shah sejak 29 Mei 2014 | |
| Pertabalan 06 Mei 2015 | |
| Butiran | |
| Gelaran | Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri |
| Pewaris takhta | Raja Jaafar |
| Penyandang pertama | Sultan Muzaffar Shah |
| Pembentukan | 1 Oktober 1528 |
| Persemayaman | Istana Iskandariah, Kuala Kangsar |
| Laman sesawang | sultan |
Sultan Perak (Tulisan Jawi: سلطان ڤيراق) merupakan raja pemerintah bagi negeri Perak Darul Ridzuan dan merupakan ketua negeri serta ketua agama Islam negeri. Gelaran rasmi bagi Sultan Perak ialah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Sultan dan Yang di-Pertuan Raja Pemerintah bagi Negeri Perak Darul Ridzuan (Tulisan Jawi: دولي يڠ مها موليا ڤدوک سري سلطان، يڠ دڤرتوان دان راج ڤمرينته باݢي نݢري ڤيراق دارالرضوان).
Kesultanan Perak ialah salah satu keturunan kerajaan tertua dalam kalangan Negeri-Negeri Melayu.
Ketika Kesultanan Melayu Melaka jatuh akibat serangan Portugis pada tahun 1511, Sultan Mahmud Shah berundur ke Kampar, Riau, dan mangkat di sana dalam tahun 1528. Baginda mempunyai tiga putera yang bernama Raja Ali, Raja Muzaffar dan Raja Ahmad. Putera sulung, Raja Ali, telah mendirikan Kesultanan Johor-Riau, manakala putera kedua dijemput untuk memerintah Perak dan menjadi sultan pertama daripada wangsa Kesultanan Melaka. Dengan pembunuhan Sultan Johor-Riau, Sultan Mahmud Shah, oleh Laksamana Megat Seri Rama dalam tahun 1699, berakhirlah pemerintahan waris-waris Kesultanan Melayu Melaka di negeri-negeri Melayu melainkan di Perak.[1]
Sultan Perak ketika ini berketurunan daripada Kesultanan Melayu Melaka dan seterusnya mempunyai susur galur dari Kesultanan Siak.
Hanya tiga Sultan Perak yang telah dimakamkan di luar negeri Perak iaitu dua di Aceh, Indonesia dan satu di Johor Bahru, Johor.[2]
Sistem pewarisan takhta negeri Perak
[sunting | sunting sumber]Berlainan dengan kesultanan Melayu yang lain, pewarisan takhta negeri Perak menggunakan sistem pewarisan yang unik. Sebelum seseorang putera ingin menaiki takhta menjadi Sultan Perak, mereka perlu menjawat salah satu jawatan yang dipanggil Raja-Raja Bergelar. Berikut adalah senarai Raja-Raja Bergelar dan penyandangnya yang terkini; [3]
| Sultan dan Raja Pemerintah | Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Sultan Perak Darul Ridzuan, Sultan Nazrin Muizzuddin Shah |
|---|---|
| Raja Muda | Duli Yang Teramat Mulia Raja Muda Perak Darul Ridzuan, Raja Jaafar |
| Raja Di-Hilir | Duli Yang Amat Mulia Raja Di-Hilir Perak Darul Ridzuan, Raja Iskandar Dzurkarnain |
| Raja Kecil Besar | Yang Teramat Mulia Raja Kecil Besar Perak Darul Ridzuan, Raja Azlan Muzzaffar Shah |
| Raja Kecil Sulong | Yang Teramat Mulia Raja Kecil Sulong Perak Darul Ridzuan, Raja Ahmad Nazim Azlan Shah |
| Raja Kecil Tengah | Yang Teramat Mulia Raja Kecil Tengah Perak Darul Ridzuan, Raja Iskandar bin Raja Ziran (Raja Zaid) |
| Raja Kecil Bongsu | Yang Teramat Mulia Raja Kecil Bongsu Perak Darul Ridzuan, Kosong |
Senarai Sultan Perak
[sunting | sunting sumber]Berikut merupakan senarai Paduka Seri Sultan-sultan Negeri Perak daripada permulaan Kesultanan Melayu Perak sehingga kini.
Salasilah Kesultanan Perak Darul Ridzuan
[sunting | sunting sumber]Petunjuk : Sultan Raja-Raja Bergelar (terkini)
Rujukan
[sunting | sunting sumber]- ↑ Khoo, Kay Kim (2001). "Chapter 1: The Peninsular Malay Sultanates: Genesis and Salient Features". Malay Society, Transformation & Democratisation. Subang Jaya: Pelanduk Publications. ISBN 967-978-386-3.
- ↑ "Menjejaki Makam Sultan Perak Ke 25 Di Negeri Johor". Orang Perak. 19 April 2017. Dicapai pada 3 Disember 2017.
- ↑ http://sultan.perak.gov.my/index.php/informasi-kesultanan/sultan-raja-raja
Bibliografi
[sunting | sunting sumber]- Zakiah Hanum (2004). Asal Usul Negeri-Negeri Malaysia. Times Editions-Marshall Cavendish. ISBN 9812326081.
- Tun Ahmad Sarji bin Abdul Hamid (2011). The Encyclopedia of Malaysia : Volume 16, The Rulers of Malaysia. Archipelago Press. ISBN 9789813018549.
- Khoo, Kay Kim (2001). "Chapter 1: The Peninsular Malay Sultanates: Genesis and Salient Features". Malay Society, Transformation & Democratisation. Subang Jaya: Pelanduk Publications. ISBN 967-978-386-3.
Pautan luar
[sunting | sunting sumber]- https://www.royalark.net/Malaysia/perak.htm
- https://www.royalark.net/Malaysia/perak2.htm
- https://www.royalark.net/Malaysia/perak3.htm
- https://www.royalark.net/Malaysia/perak4.htm
- https://www.royalark.net/Malaysia/perak5.htm
- https://www.royalark.net/Malaysia/perak6.htm
- https://www.royalark.net/Malaysia/perak7.htm
- https://www.royalark.net/Malaysia/perak8.htm
- https://www.royalark.net/Malaysia/perak9.htm
- https://www.royalark.net/Malaysia/perak10.htm
- https://www.royalark.net/Malaysia/perak11.htm
- https://www.royalark.net/Malaysia/perak12.htm
- https://www.royalark.net/Malaysia/perak13.htm

