Que Haidar
Tengku Ikhsan Shah Tengku Haidar | |
|---|---|
كيو حيدر | |
Bersama Liyana Jasmay dalam filem Papadom. | |
| Kelahiran | Tengku Iskhan Shah bin Tengku Haidar 30 Mei 1979 |
| Pekerjaan | Pelakon, penyanyi, penerbit, penulis skrip, pengarah |
| Tahun aktif | 2001–kini |
Karya | Filemografi |
| Pasangan | Linda Jasmine Hashim Murad Mohamed Hashim (k. 2009; c. 2024) |
| Anak-anak |
|
| Ibu | Allahyarhamah Rahmah Hussein |
| Bapa | Almarhum Tengku Haidar Tengku Daud |
| Keluarga |
|
| Kerabat | |
Tengku Iskhan Shah bin Tengku Haidar atau lebih dikenali sebagai Que Haidar (lahir 30 Mei 1979)[a] ialah salah seorang pelakon, penyanyi, penerbit, penulis skrip dan pengarah lelaki Malaysia. Beliau merupakan bekas pelajar Akademi Seni Warisan Kebangsaan (ASWARA) yang berkecimpung dalam dunia teater sebelum terjun ke layar perak.
Kehidupan awal
[sunting | sunting sumber]Beliau dilahirkan pada 30 Mei 1979 di Felda Taib Andak, Kulai, Johor. Beliau merupakan anak kelima daripada sepuluh adik-beradik kepada pasangan Allahyaram Y.M Tengku Haidar bin Tengku Daud dan Allahyarhamah Ramlah binti Hussein.
Kerjaya
[sunting | sunting sumber]Penampilan pertamanya di kaca TV adalah menerusi drama Toll Gate Girl arahan Osman Ali dan diterbitkan oleh Tiara Jacquelina pada tahun 2001 ketika berusia 23 tahun bersama aktres Amy Mastura dan Rita Rudaini. Filem pertama lakonan beliau berjudul Haru Biru arahan Shadan Hashim pada tahun 2004 namun hanya pada tahun 2007 filem itu ditayangkan. [perlu rujukan]
Debut beliau di layar perak adalah menerusi filem KL Menjerit 1 pada tahun 2005 yang terus meledakkan nama beliau sebaris dengan aktor-aktor seangkatan seperti Farid Kamil, Fahrin Ahmad, Pierre Andre, Jehan Miskin dan Bront Palarae. Filem-filem popular beliau ialah Zombi Kampung Pisang, Castello, Cinta, Setem dan banyak lagi. Populariti Que di layar lebar dibuktikan dengan kemenangan dua tahun berturut di Anugerah Bintang Popular Berita Harian untuk kategori Pelakon Filem Lelaki Popular (ABPBH) pada tahun 2008 dan 2009. Que juga pernah memenangi 2 buah trofi kategori lakonan terbaik di Anugerah Skrin TV3 menerusi dua buah drama TV lakonannya Tuhan Pun Tahu (2007) dan Terlerai Takbir Kasih (2009). Di Festival Filem Malaysia beliau pernah dianugerahkan Pelakon Harapan Lelaki menerusi filem Castello serta 2 kali dicalonkan untuk kategori Pelakon Lelaki Terbaik (FFM) pada tahun 2006 dan 2009.[perlu rujukan]
Que membuat keputusan untuk bersara daripada bidang lakonan secara mengejut pada tahun 2010 setelah berkahwin dengan koreografer Linda Jasmine.[1] Biarpun terpaksa mengecewakan peminat-peminat dan pengkarya filem, Que nekad untuk beralih arah ke bidang perniagaan dan kini masih aktif mengajar kelas lakonan setelah bergelar pensyarah di Kolej Sunway. Pada tahun 2012, beliau mengumumkan hanya akan mengambil tawaran lakonan yang bersesuaian dengan kehendaknya. Sejak itu beliau tidak muncul di layar lebar/kaca TV sekerap dulu tetapi setiap karyanya mutakhir ini mendapat perhatian yang baik antaranya filem pecah panggung Lagenda Budak Setan, Rock Oo! (2013) dan drama televisyen Seligar dan Malaikat Yang Tersembunyi. Pada tahun 2015, beliau dilantik menjadi salah seorang tenaga pengajar di Akademi Fantasia musim ke-12. [perlu rujukan]
Selain berlakon, ketika awal kemunculan beliau pernah menganggotai kumpulan pop Sho-gun tetapi mereka tidak sempat merakamkan album penuh. Bakat nyanyiannya boleh dilihat menerusi filem Rock dan Rock Oo! apabila diberi peranan sebagai penyanyi.[perlu rujukan]
Sejarah Keluarga
[sunting | sunting sumber]Que Haidar mempunyai susur galur dari sejarah Kesultanan Kedah. Hal ini setelah didapati beliau adalah pewaris susur galur kepada Tunku Dhiauddin @ Tengku Kudin ibni Almarhum Sultan Zainal Rashid al-Mu’azzam Shah I[2], seorang Raja Muda Kedah ke-11, Wizurai Selangor dan menantu kepada Sultan Abdul Samad ibni Almarhum Raja Bendahara Abdullah, Sultan Selangor ke-4.
Berikut adalah salasilah keturunan beliau :
1.Tengku Iskhan Shah bin Almarhum Tengku Haidar
2.Tengku Haidar bin Almarhum Tengku Daud
3.Tengku Daud bin Almarhum Tengku Haidar ‘Ali Shah
4.Tengku Haidar ‘Ali Shah bin Almarhum Tunku Dhiauddin @ Tengku Kudin
5.Tunku Dhiauddin @ Tengku Kudin ibni Almarhum Sultan Zainal Rashid al-Mu’azzam Shah I, Raja Muda Kedah ke-11
6.Sultan Zainal Rashid Mu'adzam Shah I ibni Almarhum Sultan Ahmad Tajuddin Halim Shah II, Sultan Kedah ke-23
Kontroversi
[sunting | sunting sumber]Sekitar Ogos 2017, Que mendapat kecaman ramai pihak susulan tindakannya mengeluarkan kenyataan mengenai segelintir pelakon "kayu" yang banyak memenuhi drama tempatan. Beliau turut meluahkan perasaan kecewa terhadap segelintir pelakon baharu yang tidak menghadiri bengkel lakonan anjuran Perbadanan Kemajuan Filem Nasional (FINAS).[3] Kenyataan beliau mengundang kemarahan pelakon dan pengarah, Aziz M. Osman yang menyifatkan beliau tidak rasional.[perlu rujukan]
Filemografi
[sunting | sunting sumber]Diskografi
[sunting | sunting sumber]Single
[sunting | sunting sumber]| Tahun | Tajuk lagu |
|---|---|
| 2017 | "Kisah Cinta" |
Anugerah dan pencalonan
[sunting | sunting sumber]| Anugerah Bintang Popular Berita Harian (ABPBH) | |||
|---|---|---|---|
| Tahun | Kategori | Keputusan | |
| 2006 | Pelakon Filem Lelaki Popular | Tercalon | |
| 2008 | Pelakon Filem Lelaki Popular | Menang | |
| 2009 | Pelakon Filem Lelaki Popular | Menang | |
| Festival Filem Malaysia | |||
|---|---|---|---|
| Tahun | Karya Tercalon | Kategori | Keputusan |
| 2006 (FFM 19) | KL Menjerit 1 | Pelakon Lelaki Terbaik | Tercalon |
| Pelakon Harapan Lelaki | Tercalon | ||
| Castello | Pelakon Pembantu Lelaki Terbaik | Tercalon | |
| Pelakon Harapan Lelaki | Menang | ||
| 2009 (FFM 22) | Maut | Pelakon Lelaki Terbaik | Tercalon |
| Papadom | Pelakon Pembantu Lelaki Terbaik | Tercalon | |
| 2010 (FFM 23) | Lagenda Budak Setan | Pelakon Pembantu Lelaki Terbaik | Tercalon |
| 2015 (FFM 27) | Ophilia | Pelakon Lelaki Terbaik | Tercalon |
| Anugerah Skrin TV3 | |||
|---|---|---|---|
| Tahun | Karya Tercalon | Kategori | Keputusan |
| 2008 | Tuhan Pun Tahu | Pelakon Pembantu Lelaki Terbaik (Drama) | Menang |
| 2009 | Terlerai Takbir Kasih | Pelakon Lelaki Terbaik (Drama) | Menang |
| Anugerah Seri Angkasa | ||||
|---|---|---|---|---|
| Tahun | Karya Tercalon | Kategori | Keputusan | |
| 2022 | Pencipta Pegang Waktu | Pelakon Lelaki Drama TV Terbaik | Tercalon | |
| 2024 | Bahalol | Pengarah Drama TV Terbaik | Tercalon | |
| Lebai Sampan | Pelakon Pembantu Lelaki Drama TV Terbaik | Menang | ||
Catatan
[sunting | sunting sumber]- ↑ Beliau berkongsi tarikh lahir bersama Tarmizi Mokhtar, Roy Azman, Scha Al-Yahya, Mamak Puteh, Nadia Brian, Syafiq Irfan dan Nadine Eniahani yang juga dilahirkan pada 30 Mei, tetapi berlainan tahun. Ini kerana, Tarmizi Mokhtar lahir 30 Mei 1964, Roy Azman lahir 30 Mei 1970, Que Haidar lahir 30 Mei 1979, Scha Al-Yahya lahir 30 Mei 1983, Mamak Puteh lahir 30 Mei 1984, Nadia Brian lahir 30 Mei 1991, Syafiq Irfan lahir 30 Mei 1999 dan Nadine Eniahani lahir 30 Mei 2013.
Rujukan
[sunting | sunting sumber]- ↑ Linda-Que idam ramai anak
- ↑ [Antara Kisah & Watak Besar yang saya Idamkan - Que Haidar https://gempak.com/berita-terkini/antara-kisah-watak-besar-yang-saya-idamkan-que-haidar-17833]
- ↑ Bukan niat kondem sesiapa
Pautan luar
[sunting | sunting sumber]- Kelahiran 1979
- Orang hidup
- Orang Malaysia berketurunan Melayu
- Muslim Malaysia
- Orang dari Johor
- Pelakon lelaki Malaysia
- Pelakon lelaki Malaysia abad ke-21
- Penyanyi lelaki Malaysia
- Pelakon televisyen Malaysia
- Pelakon filem Malaysia
- Penerbit televisyen Malaysia
- Penulis skrip Malaysia
- Pengarah televisyen Malaysia
- Pelakon Lelaki Terbaik (Drama) Anugerah Skrin
- Pelakon Pembantu Lelaki Terbaik (Drama) Anugerah Skrin
- Alumni Akademi Seni Budaya dan Warisan Kebangsaan
