Jason Ng Thien Yeong
Jason Ng Thien Yeong | |
|---|---|
| 黄天荣 | |
| Ahli Dewan Undangan Negeri Perak bagi Astaka | |
| Menyandang jawatan 19 November 2022 | |
| Didahului oleh | Teoh Yee Chern (PH–DAP) |
| Majoriti | 17,835 (2022) |
| Ketua Biro Dasar Awam Pemuda DAPSY Parti Tindakan Demokratik | |
| Menyandang jawatan 17 November 2024 | |
| Setiausaha Agung | Anthony Loke Siew Fook |
| Ketua Pemuda | Woo Kah Leong |
| Didahului oleh | Michelle Ng Mei Sze |
| Maklumat peribadi | |
| Lahir | Jason Ng Thien Yeong 20 April 1992 |
| Kewarganegaraan | |
| Parti politik | Parti Tindakan Demokratik (DAP) |
| Gabungan politik lain | Pakatan Harapan (PH) |
| Pertalian | Datuk Ooi Jing Ting (bapa tiri) |
| Pendidikan | Sekolah Jenis Kebangsaan Cina Kampung Koh Sekolah Menengah Jenis Kebangsaan Nan Hwa Sekolah Menengah Kebangsaan Methodist, Sitiawan |
| Tempat belajar | Universiti Kebangsaan Malaysia (LLB) Universiti Malaya (MPP) |
| Pekerjaan | Ahli politik |
| Bidang pengkhususan | Peguam |
| Nama panggilan | Chu Bak Yeong (猪肉荣) |
Jason Ng Thien Yeong | |||||||
|---|---|---|---|---|---|---|---|
| Nama Bahasa Cina | |||||||
| Tulisan Cina Tradisional | 黃天榮 | ||||||
| Tulisan Cina Ringkas | 黄天荣 | ||||||
| |||||||
Jason Ng Thien Yeong (Cina ringkas: 黄天荣; Cina tradisional: 黃天榮; pinyin: Huáng Tiānróng; lahir pada 20 April 1992) merupakan seorang ahli politik dan peguam Malaysia yang telah berkhidmat sebagai Ahli Dewan Undangan Negeri Perak (ADUN) bagi Astaka sejak November 2022. Beliau merupakan ahli Parti Tindakan Demokratik (DAP), sebuah parti komponen dalam gabungan Pakatan Harapan (PH). Beliau telah berkhidmat sebagai Ketua Biro Dasar Awam DAPSY DAP sejak November 2024. Sebelum ini, beliau pernah menjadi Setiausaha Politik kepada Ahli Parlimen Beruas Ngeh Koo Ham, Ketua Biro Perundangan DAP Negeri Perak, Setiausaha Cawangan DAP Sitiawan dan Setiausaha Pemuda (DAPSY) Bahagian DAP Beruas.[1][2]
Ahli Dewan Undangan Negeri Perak (sejak 2022)
[sunting | sunting sumber]Dalam Pilihan raya negeri Perak 2022, Jason Ng Thien Yeong telah membuat penampilan sulung dalam pilihan raya selepas dicalonkan oleh Pakatan Harapan (PH) untuk bertanding di kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Astaka.[3] Beliau memenangi kerusi tersebut dan telah dipilih sebagai Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Astaka selepas menewaskan Chieng Lee Chong dari Barisan Nasional (BN) dan Yong Il Yan dari Perikatan Nasional (PN) dengan majoriti sebanyak 17,835 undi.[4]
Latar Belakang
[sunting | sunting sumber]Jason Ng Thien Yeong dilahirkan di Sitiawan dan menghabiskan persekolahan beliau di SMJK Nan Hwa dan SMK Methodist ACS Sitiawan. Beliau kemudian teleh melanjutkan pelajaran beliau ke Universiti Kebangsaan Malaysia dalam jurusan Sarjana Muda Undang-Undang dan kemudiannya ke Universiti Malaya untuk Sarjana Dasar Awam.
Sebelum menjadi seorang penggubal undang-undang, beliau merupakan seorang peguambela dan peguamcara yang tertumpu dalam bidang litigasi sivil dan undang-undang tanah.
Jason Ng Thien Yeong pernah jual daging babi (chu bak) dengan bapa tirinya Ooi Jing Ting di sekitar Sitiawan. Orang Sitiawan sentiasa panggilnya Chu Bak Yeong (猪肉荣). Selepas tamat pengajian di Universiti Malaya, Jason tidak mengikuti bapa tirinya Datuk Ooi Jing Ting masuk MCA, sebaliknya masuk DAP.
Keluarga
[sunting | sunting sumber]- Bapa tiri: Datuk Ooi Jing Ting (拿督黄金锭) - Ahli Jawatankuasa MCA Pusat (pilihan), Setiausaha MCA Negeri Perak, Ketua Bahagian MCA Beruas
Keputusan pilihan raya
[sunting | sunting sumber]| Thn | Konstituensi | Calon | Undi | Prts | Lawan | Undi | Prts | Buang undi | Majoriti | Keluar | ||
|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|
| 2022 | N38 Astaka | Jason Ng Thien Yeong (DAP) | 21,128 | 78.16% | Chieng Lee Chong (MCA) | 3,293 | 12.18% | 27,033 | 17,835 | 65.54% | ||
| Yong Il Yan (Gerakan) | 2,612 | 9.66% | ||||||||||
Karya Musik
[sunting | sunting sumber]| Tahun | Penerbit | Penyanyi | Album | Jenis | Nama | Lagu | Lirik | Komposer | Penata Muzik | Pereka tari | Tugasan |
|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|
| 2025 | Kumpulan muzik | Gau Fun Jyu Mung | Bahasa Kantonis | 庞秋华 | Chen Chong Vee/Sendiri | Pengarah pereka tari | |||||
| Cing Faa Hoi | 陈直康 | 罗宝生/卢冠廷 | |||||||||
Nota
[sunting | sunting sumber]- ↑ Penyanyi asal ialah Angeline Wong dari Big Music.
Rujukan
[sunting | sunting sumber]- ↑ "助处理国会选区事务. 倪可汉委黄天荣为政秘". Sin Chew Daily (dalam bahasa Cina). 21 September 2020. Dicapai pada 8 Disember 2024.
- ↑ "黄天荣受委倪可汉政治秘书". Enanyang (dalam bahasa Cina). 22 September 2020. Dicapai pada 8 Disember 2024.
- ↑ "GE15: Perak DAP to take on 8 parliamentary, 19 state seats". New Straits Times. 29 Oktober 2022. Dicapai pada 8 Disember 2024.
- ↑ "Malaysia GE15 / PRU15 & 6 States Elections - Perak - The Star". The Star. Dicapai pada 8 Disember 2024.
- ↑ "RESULTS OF CONTESTED ELECTION AND STATEMENTS OF THE POLL AFTER THE OFFICIAL ADDITION OF VOTES STATE CONSTITUENCIES FOR THE STATE OF PERAK". lom.agc.gov.my.
- ↑ "The Star GE15 Online Perak". election.thestar.com.my.
