close
Pergi ke kandungan

Michelle Ng Mei Sze

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Michelle Ng
黄美诗
BERJAYA
Setiausaha Politik kepada
Menteri Digital
Menyandang jawatan
6 Jun 2025
RajaSultan Ibrahim ibni Sultan Iskandar
Perdana MenteriAnwar Ibrahim
MenteriGobind Singh Deo
Didahului olehSuresh Singh
Ahli Dewan Undangan Negeri Selangor
bagi Subang Jaya
Menyandang jawatan
9 Mei 2018
Didahului olehHannah Yeoh
(PRDAP)
Majoriti48,272 (2018)
51,191 (2023)
Maklumat peribadi
Lahir
Michelle Ng Mei Sze

(1990-04-07) 7 April 1990 (umur 36)
PahangMalaysia Kuantan, Pahang, Malaysia
Parti politikParti Tindakan Demokratik (DAP)
Gabungan politik
lain
Pakatan Harapan (PH)
Tempat belajarLondon School of Economics
PekerjaanAhli politik
Bidang pengkhususanPeguam
Laman webwww.michellengmeisze.com

Michelle Ng Mei Sze (Cina ringkas: 黄美诗; Cina tradisional: 黃美詩; pinyin: Huáng Měishī; Pe̍h-ōe-jī: N̂g Bí-si; lahir 7 April 1990) ialah seorang rakyat Malaysia yang bergiat aktif dalam bidang politik. Beliau telah berkhidmat sebagai Ahli Dewan Undangan Negeri Selangor (ADUN) bagi kawasan Subang Jaya sejak Mei 2018. Beliau juga telah dilantik sebagai Setiausaha Politik kepada Menteri Digital,[1] YB Gobind Singh Deo. Beliau merupakan ahli Parti Tindakan Demokratik (DAP), iaitu sebuah parti komponen dalam Pakatan Harapan (PH). Selain itu, beliau turut memegang jawatan sebagai Ahli Jawatankuasa DAP Selangor dan Setiausaha Biro Perundangan DAP.[2]

Kehidupan awal

[sunting | sunting sumber]

Michelle menyelesaikan pengajian Sarjana Muda Undang-undang (LL.B.) di London School of Economics melalui tajaan biasiswa Maxis. Beliau turut diterima masuk sebagai seorang peguambela dan peguamcara di Inner Temple. Sebelum itu, Michelle menamatkan pengajian peringkat A-level di Universiti HELP menerusi Anugerah Biasiswa Pelajar Cemerlang. Pendidikan menengah dan rendahnya pula diperoleh dari Sekolah Menengah Jenis Kebangsaan Katholik, Petaling Jaya dan Sekolah Jenis Kebangsaan (C) Yoke Nam.[3]

Kerjaya awal

[sunting | sunting sumber]

Michelle Ng merupakan seorang peguam. Beliau pernah berkhidmat sebagai peguam litigasi dengan minat khusus dalam bidang perlembagaan, hak asasi manusia dan litigasi berkepentingan awam. Beliau pernah menjadi peguam bersekutu di firma guaman Sreenevasan Young sebelum menyertai firma guaman Gobind Singh Deo & Co, iaitu firma milik bekas Menteri dan Ahli Parlimen Puchong, Gobind Singh Deo.

Kerjaya politik

[sunting | sunting sumber]

Dewan Undangan Negeri Selangor

[sunting | sunting sumber]

Pilihan Raya

[sunting | sunting sumber]

2018

Pada tahun 2018, Michelle Ng telah dicalonkan buat kali pertama oleh Parti Tindakan Demokratik (DAP) untuk bertanding di Dewan Undangan Negeri Selangor bagi kerusi Subang Jaya sempena Pilihan Raya Umum ke-14. Beliau memenangi kerusi tersebut dengan meraih 88.3% undi keseluruhan dan majoriti sebanyak 48,272 undi, menjadikannya salah seorang wakil rakyat termuda yang dipilih ke dalam Dewan Undangan Negeri Selangor pada usia 28 tahun.[4]

2023

Michelle telah dipilih semula dalam Pilihan raya negeri Selangor 2023 dengan meraih 81.03% undi dan majoriti sebanyak 51,191 undi dalam pertandingan tiga penjuru menentang Zayd Shaukat daripada MUDA dan Gana Pragasam Sebastian daripada Perikatan Nasional.[5]

Tempoh perkhidmatan

[sunting | sunting sumber]

Setelah melobi secara intensif untuk penambahbaikan dalam pengurusan air,[6][7][8] Jawatankuasa Pilihan Khas Sumber Air Selangor telah diwujudkan semula dalam persidangan Dewan Negeri Selangor pada Mac 2020, di mana Michelle telah dilantik sebagai Pengerusi.[9] Beliau juga merupakan Setiausaha Publisiti Wanita DAP bagi Jawatankuasa Negeri Selangor.[10]

Michelle giat melobi pembaharuan dalam sektor air yang dapat meningkatkan pengawasan terhadap sumber air di Selangor.[11] Beliau juga berjaya melobi kerajaan negeri untuk menambah baik akses kepada sistem keadilan jenayah melalui penubuhan Dana Bantuan Guaman Selangor.[12][13] Selain itu, Michelle turut menunjukkan minat yang mendalam terhadap akses penjagaan kesihatan mental, termasuk melobi agar rawatan kesihatan mental lebih disubsidi dan mendesak usaha ke arah penyahjenayahan percubaan bunuh diri.[14][15][16] Beliau juga memainkan peranan penting dalam membawa semula penggunaan van mini ke dalam sistem pengangkutan awam dengan melaksanakan perkhidmatan van tempahan atas permintaan di Subang Jaya melalui platform Kumpool.[17]

Kehidupan peribadi

[sunting | sunting sumber]

Michelle berkahwin dengan Tan Cheng Leong. Pasangan ini dikurniakan seorang anak lelaki yang dilahirkan pada 21 April 2022.[18]

Pada 3 Jun 2023, Michelle melancarkan buku pertamanya bertajuk "Beneath Calm Waters", yang mengisahkan perjuangannya mencari tapak untuk membawa perubahan sebagai wakil rakyat kerajaan negeri dari barisan belakang.ref>Zainah (2023-06-04). "ADN Subang Jaya tulis buku kumpul dana PRN". SelangorTV (dalam bahasa Inggeris). Dicapai pada 2023-08-18.</ref> Dalam buku ini, beliau menyampaikan secara jujur dan terbuka suka duka dalam usahanya mendorong pembaharuan sistemik, yang kebanyakannya diilhamkan oleh isu-isu yang diketengahkannya melalui kerja kemasyarakatan.

Keputusan pilihan raya

[sunting | sunting sumber]
Dewan Undangan Negeri Selangor[19]
Thn Konstituensi Calon Undi Prts Lawan Undi Prts Buang undi Majoriti Keluar
2018 N31 Subang Jaya Michelle Ng Mei Sze (DAP) 55,354 88.33% Chong Ah Watt (MCA) 7,082 11.30% 62,664 48,272 85.56%
Toh Sin Wah (Bebas) 228 0.36%
2023 Michelle Ng Mei Sze (DAP) 60,364 81.26% Gana Pragasam Sebastian (BERSATU) 9,173 12.35% 74,673 51,191 66.69%
Zayd Shaukat (MUDA) 4,749 6.39%

Lihat juga

[sunting | sunting sumber]
  1. "Directory | Ministry of Digital". digital.gov.my (dalam bahasa Inggeris). 2025-02-20. Dicapai pada 2025-06-25.
  2. "[UPDATED]: Gobind out of Selangor DAP 2024-2027 term committee list" (dalam bahasa Inggeris). Dicapai pada 2025-02-01.
  3. "Michelle Ng: Profile". Dicapai pada 9 Mei 2018.
  4. "10 young new politicos in GE14 looking to serve their communities". The Star. Star Publications. 7 Mei 2018. Dicapai pada 8 Julai 2018.
  5. "PH catat majoriti tertinggi lebih 30,000". Sinar Harian. 2023-08-13. Dicapai pada 2023-08-24.
  6. "Water supply to be restored in stages – Air Selangor". Malaysiakini (dalam bahasa Inggeris). 29 September 2019. Dicapai pada 10 Ogos 2020.
  7. "'Instal sensors to check water quality in three rivers' | The Star". www.thestar.com.my. Dicapai pada 10 Ogos 2020.
  8. "One cut too many | The Star". www.thestar.com.my. Dicapai pada 10 Ogos 2020.
  9. "Jawatankuasa Pilihan Khas Pengurusan Sumber Air Negeri Selangor (JPK-SAS)". Dewan Negeri Selangor (dalam bahasa Inggeris). Dicapai pada 10 Ogos 2020.
  10. Roketkini (22 Mac 2019). "Wanita DAP Selangor ucap takziah pada keluarga mangsa serangan masjid di NZ". roketkini.com (dalam bahasa Inggeris). Dicapai pada 10 Ogos 2020.
  11. "Penyata jawatankuasa pilihan khas pengurusan sumber air selangor bagi dewan negeri selangor berhubung pencemaran sumber air sehingga menyebabkan henti tugas tidak berjadual loji-loji rawatan air dan pembekalan air semasa kecemasan" [Statement by the Selangor Water Resources Management Special Select Committee to the Selangor State Assembly regarding the pollution of water resources resulting in unscheduled shutdowns of water treatment plants and water supply during emergencies] (PDF). Diarkibkan daripada yang asal (PDF) pada 2020-09-19.
  12. Amin, Nur Aishah Mohd (2020-07-14). "Kerajaan Negeri dicadang peruntuk dana bantuan guaman". Selangorkini (dalam bahasa Inggeris). Dicapai pada 2023-08-24.
  13. Alhadjri, Alyaa (2022-07-24). "Selangor sediakan RM1 juta untuk Dana Bantuan Guaman". Malaysiakini. Dicapai pada 2023-08-24.
  14. "PROGRAM SUBSIDI KESIHATAN MENTAL – Dewan Negeri Selangor" (dalam bahasa Inggeris). Dicapai pada 2023-08-24.
  15. ZAINURY, MOHD AZLIM (2022-11-30). "Selangor tawar subsidi rawatan psikiatri". Sinar Harian. Dicapai pada 2023-08-24.
  16. "Repeal Section 309 Penal Code, Decriminalise Attempted Suicide — Dr Kelvin Yii, Michelle Ng & Lim Yi Wei". CodeBlue. Dicapai pada 25 Ogos 2023.
  17. "App-based shuttle service a boon to Subang Jaya folk". The Star (dalam bahasa Inggeris). Dicapai pada 2023-08-24.
  18. "Facebook". z-upload.facebook.com. Dicapai pada 2023-08-24.
  19. "Keputusan Pilihan Raya Negeri Selangor ke-15". Dicapai pada 5 Oktober 2023.

Laman web

[sunting | sunting sumber]