Imaginur
| Imaginur | |
|---|---|
| Pengarah | Nik Amir Mustapha |
| Penulis |
|
| Dihasilkan oleh |
|
| Dibintangi | |
| Sinematografi | Idham Mad Din |
| Disunting oleh | Johan Arif Mazlan |
| Muzik oleh | Teoh Eng Hooi |
Syarikat penerbitan | Lumatic Films |
| Diedarkan oleh | Skop Productions |
Tarikh tayangan |
|
Masa tayangan | 90 minit |
| Negara | Malaysia |
| Bahasa | Melayu |
| Pecah panggung | RM6.03 juta |
Imaginur (digayakan sebagai IMAGINUR) ialah sebuah filem cinta–cereka sains Malaysia 2023 arahan Nik Amir Mustapha dengan skrip ditulis bersama oleh Nik Amir dan Redza Minhat. Dibintangi oleh Beto Kusyairy dan Diana Danielle, filem ini mula ditayangkan pada 23 Februari 2023.[1][2]
Imaginur memenangi 7 dari 15 pencalonan di Festival Filem Malaysia ke-33 (termasuk Filem Terbaik).[3]
Sinopsis
[sunting | sunting sumber]Mengisahkan tentang kisah cinta di antara jejaka bernama Zuhal bersama seorang gadis cantik bernama Nur yang sering muncul di dalam mimpi Zuhal.
Pada satu hari Zuhal terlibat dalam kemalangan sewaktu cuba mengejar wanita yang pernah dilihatnya di dalam mimpi. Usai sedar Zuhal berada di sebuah hospital di sisi bapanya yang menghidap sakit Alzheimer. Di situ dia telah diberi cadangan untuk bertemu dengan seorang pakar hipnosis untuk merawat masalah yang dialaminya.
Ketika ke pasar raya bersama bapanya untuk membeli barang, Zuhal terserempak bekas teman wanitanya yang kini menjadi tunangan orang.
Saat dia berkonfrontasi dengan bekas teman wanitanya, dalam dia tidak sedar bapanya telah hilang. Zuhal telah pulang ke rumah tanpa bapanya di sisi sehinggalah disedarkan oleh adiknya iaitu Isma.
Menyedari hidupnya makin kusut dengan situasi yang berlaku, Zuhal nekad bertemu pakar hipnosis di sebuah pusat bernama Hypnotica milik Dr Ramli.
Selepas bertemu Dr Ramli, Zuhal seakan tidak percaya dengan penerangan Dr Ramli yang agak mengelirukan dan dia rasa seperti telah ditipu oleh 'penipu'. Namun dia tetap meneruskan sesi itu selepas terjumpa kelibat Nur di sana.
Adakah Nur sebenarnya wujud atau hanya imaginasi Zuhal semata-mata yang larut dalam sesi terapi bersama Dr Ramli?[4]
Barisan pelakon
[sunting | sunting sumber]- Beto Kusyairy sebagai Zuhal
- Diana Danielle sebagai Nur
- Afdlin Shauki sebagai Dr Ramli
- Nadiya Nisaa sebagai Isma
- Mior Hashim Manap sebagai Bapa Zuhal
- Fatimah Abu Bakar sebagai Wanita Tua
- Rahim Razali sebagai Lelaki Tua
- Ruzana Ibrahim sebagai Yazmin
- Pekin Ibrahim sebagai Haikal
- Takahara Suiko sebagai Yumi
- Anas Ridzuan sebagai Mat Kritik
- Firdaus Karim sebagai Pegawai stesen
Penerbitan
[sunting | sunting sumber]Penggambaran mula dijalankan pada Februari 2020, tetapi ditunda berikutan pandemik COVID-19 yang baru melanda; sesi penggambaran dijalankan semula pada hujung tahun.[5] Pada awalnya penggambaran utama filem ini hendak dilakukan di Jepun, tetapi kawalan pergerakan dalam negara Malaysia memaksa lokasi dipindahkan ke Perlis.[6]
Keluaran
[sunting | sunting sumber]Imaginur telah disenarai pendek dalam bahagian pertandingan Festival Filem Asia New York (NYAFF) di Amerika Syarikat dan mengadakan tayangan perdana di peringkat antarabangsa pada 23 Julai 2022.[7]
Filem ini ditayangkan serentak bersama-sama Didi & Friends The Movie pada 23 Februari 2023.
Runut bunyi
[sunting | sunting sumber]Lagu OST untuk filem ini ialah "Hasrat" oleh Amir Jahari. Hasrat mendapat pencapaian menerusi Anugerah Juara Lagu ke-38 sebagai juara pada Mac 2024 dan Lagu Tema Terbaik di Festival Filem Malaysia ke-33 pada Disember 2024.
Anugerah dan pencalonan
[sunting | sunting sumber]| Anugerah | Kategori | Penerima | Keputusan |
|---|---|---|---|
| Festival Filem Malaysia ke-33[8] | Filem Terbaik | Hafiz Chin, Redza Minhat, Nik Amir Mustapha, Nik Mustapha, Nandita Solomon | Menang |
| Pengarah Terbaik | Nik Amir Mustapha | Menang | |
| Pelakon Lelaki Terbaik | Beto Kusyairy | Menang | |
| Cerita Asal Terbaik | Nik Amir Mustapha & Redza Minhat | Menang | |
| Penyunting Terbaik | Johan Arif Mazlan | Menang | |
| Lagu Tema Terbaik | Amir Jahari | Menang | |
| Penataan Seni Terbaik | Rabbani Sujak | Menang | |
| Pelakon Wanita Terbaik | Diana Danielle | Tercalon | |
| Pelakon Pembantu Wanita Terbaik | Nadiya Nisaa | Tercalon | |
| Lakon Layar Terbaik | Nik Amir Mustapha & Redza Minhat | Tercalon | |
| Pelakon Wanita Harapan | Takahara Suiko | Tercalon | |
| Sinematografi Terbaik | Idham Mad Din | Tercalon | |
| Skor Muzik Asal Terbaik | Teoh Eng Hooi | Tercalon | |
| Penataan Bunyi Terbaik | Mohsin Othman | Tercalon | |
| Poster Terbaik | Hafiz Chin, Redza Minhat, Nik Amir Mustapha, Nik Mustapha, Nandita Solomon | Tercalon | |
Rujukan
[sunting | sunting sumber]- ↑ Affan Rostam (26 Januari 2023). "Imaginur rungkai misteri hipnosis". Berita Harian. Dicapai pada 26 Februari 2023.
- ↑ Mohammad Al Faizal Abdul Karim (23 Februari 2023). "Imaginur uji minda penonton". Utusan Malaysia. Dicapai pada 26 Februari 2023.
- ↑ "'IMAGINUR' FILEM TERBAIK FFM33, RAIH TUJUH ANUGERAH". Bernama. 8 Disember 2024. Dicapai pada 3 November 2025.
- ↑ Imaginur Myinfotaip (4 Mac 2023). Dicapai pada 4 Mac 2023.
- ↑ Jefri, Syafil Syazwan (23 Februari 2023). "Gugur air mata Beto". Harian Metro. Dicapai pada 23 Februari 2023.
- ↑ Fz (28 Februari 2023). "[FOTO] Lokasi Asal Di Jepun, Tapi PKP Menyebabkan Filem 'Imaginur' Dirakam Di Perlis. Hasilnya Memang Awesome!". Remaja. Dicapai pada 6 Mac 2023.
- ↑ Khoo, Rubin (2023-04-06). "The Search For Self In Nik Amir Mustapha's Imaginur". August Man (dalam bahasa Inggeris). Dicapai pada 2025-12-23.
- ↑ Mustaza, Nurezzatul Aqmar (7 Disember 2024). "Bolot tujuh anugerah, Imaginur dinobat Filem Terbaik FFM33". Sinar Harian. Dicapai pada 3 November 2025.
