Arau
Arau | |
|---|---|
| Arau Bandar Diraja | |
| Transkripsi lain | |
| • Jawi | :عراو، ڤرليس |
| • Tamil | ஆராவ் |
Masjid Negeri Perlis do Arau Pejabat Pos di Arau Arau Bas Hub | |
![]() Peta interaktif bagi Arau | |
| Koordinat: 6°26′U 100°16′T / 6.433°U 100.267°T | |
| Negara | |
| Negeri | |
| Distrik | N/A |
| Bandar | Kangar |
| Kerajaan | |
| • Kerajaan Tempatan | Majlis Perbandaran Kangar |
| • Ahli Parlimen Arau | Shahidan Kassim (PAS) |
| Zon waktu | UTC+8 (Waktu Malaysia) |
| • Musim panas (WMP) | Not observed |
| Poskod | 02600 |
| Tapak sesawang | mpkangar |
Arau merupakan sebuah Bandar DiRaja dan juga mukim di negeri Perlis. Arau terletak kira-kira 14 km dari tenggara Kangar. Istana Arau yang berbumbung biru terletak berdekatan dengan Masjid Negeri Perlis.
Bandar Diraja Arau mempunyai sejarah tersendiri. Kawasan ini ialah kawasan bagi pertumbuhan pendidikan tinggi. Stesen kereta api Arau juga merupakan stesen yang paling berdekatan dengan Kangar. Terdapat banyak kereta api yang akan berhenti di stesen sini untuk membenarkan penumpang pergi atau balik ke ibu negeri. Arau juga terletak lebih berhampiran dengan Lebuhraya Utara-Selatan Malaysia.
Kereta api ETS juga ada melalui kawasan diraja ini dan banyak membantu masyarakat Arau dan Kangar. Pada zaman ini, perjalanan ke Pulau Pinang mengambil masa kurang daripada 2 jam melalui kereta api berkelajuan pantas yang boleh mencapai 140-180km/j ini.
Tempat bersejarah
[sunting | sunting sumber]- Masjid Negeri
- Istana Arau
- Makam Diraja
Pusat pendidikan
[sunting | sunting sumber]- Universiti Teknologi Mara
- Universiti Malaysia Perlis
- Kolej Komuniti Arau
- Politeknik Tuanku Syed Sirajuddin
- Kolej Matrikulasi Perlis
- Sekolah Menengah Teknik Arau
- Sekolah Menengah Kebangsaan Agama Arau
- Sekolah Menengah Agama Al Madrasah Al Alawiyah Ad Diniah
- Maahad Tahfiz Al-Barqiy
- Sekolah Menengah Kebangsaan Dato Sheikh Ahmad
- Sekolah Menengah Kebangsaan Tengku Budriah
Politik
[sunting | sunting sumber]Kawasan persekutuan bagi Arau ini diwujudkan semasa pembahagian semula kawasan pilihan raya pada 1974 dan memberikan mandat kepada seorang wakil rakyat yang dipilih melalui sistem pilihan raya. Parlimen ini disandang oleh Shahidan Kassim dari Perikatan Nasional (PN) sejak 2013.
Ahli Dewan Rakyat
[sunting | sunting sumber]| Wakil Rakyat Parlimen Arau | |||
|---|---|---|---|
| Sidang | Tahun | Ahli | Parti |
| dinamakan semula daripada Perlis Selatan | |||
| Ke-4 | 1974-1978 | Syed Hassan Syed Mohamed | BN (UMNO) |
| Ke-5 | 1978-1982 | ||
| Ke-6 | 1982-1986 | Abdul Hamid Pawanteh | |
| Ke-7 | 1986-1990 | Shahidan Kassim | |
| Ke-8 | 1990-1995 | ||
| Ke-9 | 1995-1998 | Kamarudin Ahmad | |
| 1998-1999 | Hashim Jasin | PAS | |
| Ke-10 | 1999-2004 | Mastika Junaidah Husin | BN (UMNO) |
| Ke-11 | 2004-2008 | Syed Razlan Syed Putra Jamalullail | |
| Ke-12 | 2008-2013 | Ismail Kassim | |
| Ke-13 | 2013-2018 | Shahidan Kassim | |
| Ke-14 | 2018-2022 | ||
| Ke-15 | 2022-kini | PN | |
Ahli Dewan Undangan Negeri Semasa
[sunting | sunting sumber]| Kod | Kawasan negeri | Penyandang | Gabungan (Parti) |
|---|---|---|---|
| N11 | Pauh | Megat Hashirat Hassan | PN (BERSATU) |
| N12 | Tambun Tulang | Wan Zikri Afthar Ishak | |
| N13 | Guar Sanji | Mohd Ridzuan Hashim | PN (PAS) |
| N14 | Simpang Empat | Razali Saad | |
| N15 | Sanglang | Mohd Shukri Ramli |

