close
Pergi ke kandungan

Yazan Al-Arab

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Yazan Al-Arab
BERJAYA
Yazan tampil bersama FC Seoul pada 2025
Maklumat peribadi
Nama penuh Yazan Mousa Mahmoud Abu Al-Arab
Tarikh lahir (1996-01-31) 31 Januari 1996 (umur 30)[1]
Tempat lahir Russeifa, Jordan
Ketinggian 188 cm (6 ka 2 in)[1]
Posisi permainan Bek tengah
Kerjaya remaja
2015 Al-Jazeera
Kerjaya Senior*
Tahun Pasukan Kmcln (Gol)
2015–2019 Al-Jazeera 19 (1)
2019–2021 Al-Wehdat 5 (0)
2022–2023 Selangor 35 (3)
2023–2024 Al-Shorta 6 (0)
2024 Muaither 0 (0)
2024– FC Seoul 34 (1)
Pasukan kebangsaan
2015–2018 Jordan B-23 7 (0)
2017– Jordan 66 (3)
* Gol dan kemunculan untuk kelab senior hanya untuk liga domestik dan tepat pada 10 Februari 2024
‡ Gol dan kemunculan pasukan kebangsaan hingga 29 Januari 2024

Yazan Mousa Mahmoud Abu Al-Arab (Arab: يَزَن مُوسى مَحمُود أَبُو الْعَرَب; lahir 31 Januari 1996) ialah pemain bola sepak Jordan yang bermain sebagai bek tengah untuk kelab Liga 1 K FC Seoul dan pasukan bola sepak kebangsaan Jordan.

Beliau dan rakan skuad semasanya berjaya mendapatkan pingat perak dalam temasya Piala Asia AFC 2023.

Kerjaya kelab

[sunting | sunting sumber]

Selangor F.C.

[sunting | sunting sumber]

Pada 18 Disember 2021, Yazan secara rasmi menyertai kelab Liga Super Malaysia, Selangor bersama dengan rakan sepasukan kebangsaan Baha' Abdel-Rahman untuk musim 2022.[2] Walau bagaimanapun, kontraknya tamat atas persetujuan bersama dengan Selangor FC pada 3 Oktober 2023 selepas insiden kad merah akibat menendang pengadil Hasrol Amir sewaktu separuh akhir kedua Piala Malaysia 2023 menentang Terengganu F.C. di Stadium Petaling Jaya pada tarikh 24 September 2023.

Merujuk kepada Akta 51, perkara 1 (a) dan Akta 59 mengenai tatatertib bola sepak di Malaysia, Yazan diberi hukuman penyekatan seumur hidup daripada terlibat segala aktiviti bola sepak di Malaysia oleh Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) dan rasmi sejak 20 November 2023.

Yazan mula menyertai FC Seoul dengan kontrak perpindahan bebas dari Muaither SC pada 16 Julai 2024. Penampilan perdananya ialah pada perlawanan Liga 1 K menentang Pohang Steelers. Yazan tampil penuh 90 minit dan mengawal pertahanan kelabnya. Perlawanan berakhir dengan mata 2–1 kemenangan ke atas FC Seoul.[3] Tiga bulan sejak menyertai kelab baharunya, Yazan Abu Al Arab, Jesse Lingard dan Stanislav Iljutcenko ditakrifkan sebagai tiga pemain FC Seoul Terbaik di bulan September.

Perangkaan antarabangsa

[sunting | sunting sumber]

Antarabangsa

[sunting | sunting sumber]
Sehingga perlawanan 29 January 2024[4]
Gol dan kaps untuk pasukan kebangsaan merujuk kepada tahun
Pasukan kebangsaanTahunKapsGol
Jordan 201760
201860
201960
202020
2021171
202280
202350
202451
Jumlah552
Senarai jaringan gol Yazan Al-Arab
Nom. Tarikh Tempat Penentang Mata Hasil Akhir Kejohanan
17 Jun 2021Stadium Antarabangsa Jaber Al-Ahmed, Bandar Kuwait, KuwaitBERJAYA Nepal3–03–0Kelayakan Piala Dunia FIFA 2022 (AFC)
229 January 2024Stadium Antarabangsa Khalifa, Al Rayyan, QatarBERJAYA Iraq2–23–2Piala Asia AFC 2023
320 Mac 2025Stadium Antarabangsa Amman, Amman, JordanBERJAYA Palestin1–03–1Kelayakan Piala Dunia FIFA 2026

Pencapaian

[sunting | sunting sumber]

Jordan

Individual

  1. 1 2 "FIFA Arab Cup Qatar 2021: List of players: Jordan" (PDF). FIFA. 4 December 2021. m/s. 5. Dicapai pada 14 December 2022.
  2. "RASMI : Yazan Al-Arab Is RED!". selangorfc.com. 17 December 2021.
  3. "이달의선수상 8월 후보 야잔, 이승모". Instagram.com (dalam bahasa Korean). FC Seoul. 3 September 2024. Dicapai pada 14 September 2024.CS1 maint: unrecognized language (link)
  4. Yazan Al-Arab di National-Football-Teams.com
  5. 1 2 "AFC Asian Cup Qatar 2023 Technical Report" (PDF). AFC. 2024-08-12. m/s. 69. Dicapai pada 2024-08-13.
  6. "يزن العرب حديث الشارع الكوري". jfranews (dalam bahasa Arabic). Jfra News. 27 August 2024. Dicapai pada 14 September 2024.CS1 maint: unrecognized language (link)

Pautan luar

[sunting | sunting sumber]