close
Pergi ke kandungan

Terier biru Kerry

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Terier biru Kerry
BERJAYA
Seekor terier biru Kerry
Nama lainTerier biru Ireland
Nama ringkasKerry
Negara asalIreland
Trait
Berat Jantan 12–15 kg (26–33 lb)
Betina 10–13 kg (22–29 lb)
Tinggi Jantan 46–48 cm (18–19 in)
Betina 44–46 cm (17–18 in)
Warna biru, dengan tanda-tanda hitam atau tanpa tanda-tanda hitam; anak anjing mungkin hitam[1]
Anjing (Canis lupus familiaris)

Terier biru Kerry[a] atau terier biru Ireland[b] ialah satu baka anjing Ireland daripada jenis terier. Ia pada asalnya dibiakbakakan untuk mengawal haiwan perosak termasuk tikus, arnab, bejar, feret, rubah, berang-berang, kelinci, rusa, dan serigala, tetapi kemudian menjadi anjing pekerja umum yang digunakan untuk pelbagai kerja termasuk penggembalaan lembu dan biri-biri.[perlu rujukan]

Seekor terier biru Kerry memenangi "Best in Show" dalam Crufts pada tahun 2000.[2] Pada abad kedua puluh satu, ia merupakan baka terancam.[3]

Terier biru Kerry pertama kali didokumenkan pada tahun 1847, apabila ia diterangkan berwarna loh kebiru-biruan, yang bertanda dengan tompok-tompok lebih gelap, dan kerap dengan hitam pada tungkai dan muncung.[1] Anjing ini kononnya lebih lazim di Kerry tetapi juga terlihat di tempat lain.[1]

Dengan perkembangan pertunjukan anjing pada lewat abad kesembilan belas dan awal abad kedua puluh, baka ini menjadi terpiawai dan "dikemaskan" untuk gelanggang pertunjukan. Pemimpin nasionalis Ireland Michael Collins memiliki seekor terier biru Kerry masyhur yang bernama Convict 224. Collins juga membuat percubaan untuk menjadikan terier biru Kerry sebagai anjing kebangsaan Ireland.[4]

Pertunjukan pertama Dublin Irish Blue Terrier Club berlangsung di luar waktu perintah berkurung rasmi dan disertai oleh kedua-dua pihak yang memperjuangkan republik Ireland dan pihak yang menentang republik Ireland. Dublin Irish Blue Terrier Club begitu berjaya sehingga membawa terus kepada pengasasan Irish Kennel Club dan terier biru Kerry ialah anjing pertama yang didaftarkan oleh kelab itu.[perlu rujukan]

Pada zaman awal pertunjukan anjing kompetitif, Irish Kennel Club menghendaki agar anjing lulus dalam ujian "gameness" – yang dikenali sebagai pensijilan Teastas Mor – untuk menjadi layak untuk penunjukan.[5]

BERJAYA
Philip Doyle dengan anjing beliau, "Terri", dalam Killarney Show, 1916

Sesetengah ciri terier biru Kerry termasuk kepala panjang, tengkorak rata, dan dada dalam.[perlu rujukan] Jantan biasanya berdiri setinggi 46–48 cm (18–19 in) pada paras kelasa dan berukuran seberat sekitar 12–15 kg (26–33 lb); betina pula berdiri setinggi kira-kira 44–46 cm (17–18 in) dan berukuran seberat 10–13 kg (22–29 lb).[1]

Lapis bulunya adalah tebal, lembut, dan beralun. Lapis bulunya mungkin mempunyai sebarang cahaya warna biru, sama ada dengan titik-titik hitam atau tanpa titik-titik hitam.[1]

Kesihatan

[sunting | sunting sumber]
BERJAYA
Di sebelah kiri, seekor anjing berusia 14 tahun

Spikulosis ialah keadaan menyakitkan yang menyebabkan hiperkeratosis folikel.[6][7] Keadaan ini hanya terdapat pada terier biru Kerry.[8] Baka ini cenderung terhadap keratosis tapak kaki dan tumor folikel bulu.[8]

Sebuah kajian United Kingdom tahun 2024 mendapati jangka hayat median sebanyak 12.4 tahun untuk baka ini, berbanding dengan purata keseluruhan 12.5 tahun.[9]

  1. Jawi: تيريئر بيرو کيري; Ireland: brocaire gorm, lit.'terier biru'; bahasa Inggeris: Kerry blue terrier
  2. Jawi: تيريئر بيرو اءيرلند; bahasa Inggeris: Irish blue terrier
  1. 1 2 3 4 5 "FCI-Standard N° 3 KERRY BLUE TERRIER" [Piawaian FCI No. 3 Terier Biru Kerry] (pdf) (dalam bahasa Inggeris). Thuin, Belgium: Persekutuan Kinologi Antarabangsa. 11 Mei 2005. Dicapai pada 5 Mac 2024.
  2. "Crufts 2000 Results" [Keputusan Crufts 2000] (dalam bahasa Inggeris). DFS Crufts. Diarkibkan daripada yang asal pada 20 Januari 2024. Dicapai pada 23 Januari 2024.
  3. Reilly, Jerome (29 Januari 2012). "Collins's beloved Kerry Blue breed at risk in the UK" [Baka biru Kerry kesayangan Collins berisiko di United Kingdom] (dalam bahasa Inggeris). Irish Independent. Dicapai pada 13 Februari 2014.
  4. Osborne, Chrissy (2003). Michael Collins: Himself [Michael Collins: Diri Sendiri] (dalam bahasa Inggeris). Douglas, Cork, Ireland: Mercier Press. m/s. 99–104. ISBN 9781856354073. OCLC 53196211.
  5. McLennan, Bardi (26 Jun 2012). Kerry Blue Terrier: Special Limited Edition: A Comprehensive Owner's Guide [Terier Biru Kerry: Edisi Terhad Khas: Panduan Komprehensif Pemilik] (dalam bahasa Inggeris) (ed. ke-2). New York, New York, Amerika Syarikat: Kennel Club Books. ISBN 9781621870166. OCLC 797919688.
  6. McKeever, Patrick J.; Torres, Sheila Mello Furtado; O'Brien, Timothy D. (1992). "Spiculosis" [Spikulosis]. Journal of the American Animal Hospital Association (dalam bahasa Inggeris). Persatuan Hospital Haiwan Amerika. 28 (3): 257–262. ISSN 1547-3317.
  7. Dodds, W. Jean. "GUIDE TO CONGENITAL AND HERITABLE DISORDERS IN DOGS" [PANDUAN UNTUK KECELARUAN KONGENITAL DAN KECELARUAN TERWARIS PADA ANJING] (pdf) (dalam bahasa Inggeris). Humane Society Veterinary Medical Association. Dicapai pada 5 Mac 2024.
  8. 1 2 Hnilica, Keith A.; Patterson, Adam P., penyunting (19 September 2016). Small Animal Dermatology: A Color Atlas and Therapeutic Guide [Dermatologi Haiwan Kecil: Atlas Berwarna dan Panduan Terapi] (dalam bahasa Inggeris) (ed. ke-4). St. Louis, Missouri, Amerika Syarikat: Saunders. doi:10.1016/C2014-0-01191-4. ISBN 9780323376518. OCLC 1052802486.
  9. McMillan, Kirsten Marie; Bielby, Jon; Williams, Carys Louisa; Upjohn, Melissa Mary; Casey, Rachel Alison; Christley, Robert Matthew (1 Februari 2024). "Longevity of companion dog breeds: those at risk from early death" [Kelanjutan usia baka anjing teman: yang berisiko untuk kematian awal]. Scientific Reports (dalam bahasa Inggeris). Nature Portfolio. 14 (1). Bibcode:2024NatSR..14..531M. doi:10.1038/s41598-023-50458-w. ISSN 2045-2322. PMC 10834484 Check |pmc= value (bantuan). PMID 38302530 Check |pmid= value (bantuan). S2CID 267382263 Check |s2cid= value (bantuan). Unknown parameter |article-number= ignored (bantuan)