close
Pergi ke kandungan

Pertubuhan Berita Nasional Malaysia

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
(Dilencongkan daripada BERNAMA)
Pertubuhan Berita Nasional Malaysia
Jenis/bentuk sahBadan berkanun
IndustriMedia berita
Ditubuhkan6 April 1967; 59 tahun yang lalu (1967-04-06)
Ibu pejabatWisma Bernama, Jalan Tun Razak, Kuala Lumpur, Malaysia
Kawasan perkhidmatanSeluruh dunia
Tokoh penting
  • Datuk Seri Wong Chun Wai
    (Pengerusi)
  • Nur-ul Afida Kamaludin
    (Ketua Pegawai Eksekutif)
  • Arul Rajoo Durar Raj
    (Ketua Pengarang)
  • Ahmad Fuad Yahya
    (Timbalan Ketua Pengarang Perkhidmatan Berita Domestik)
  • Khairdzir Md Yunus
    (Timbalan Ketua Pengarang Perkhidmatan Berita Perniagaan dan Kewangan)
  • Jamaluddin Muhammad
    (Timbalan Ketua Pengarang Perkhidmatan Berita Antarabangsa)
KeluaranPerkhidmatan wayar
PemilikKerajaan Persekutuan Malaysia
Bilangan kakitangan700 (2022)
Syarikat indukKementerian Komunikasi Malaysia
Tapak webwww.bernama.com
sunting · sunting di Wikidata
Lihat pendokumenan templat ini
Lihat pendokumenan templat ini

Pertubuhan Berita Nasional Malaysia, ialah sebuah agensi berita kerajaan Malaysia. Ia merupakan badan autonomi di bawah Kementerian Komunikasi. Beribu pejabat di Wisma Bernama, di Jalan Tun Razak berhampiran Perpustakaan Negara, Kuala Lumpur, ia telah diwujudkan melalui Akta Parlimen pada tahun 1967 dan mula beroperasi pada 20 Mei 1968. Kebanyakan media berita di Malaysia dan Singapura serta agensi berita antarabangsa melanggan Bernama.

Selain menyediakan perkhidmatan kepada pelanggannya menggunakan talian, Bernama juga menyediakan siaran berita melalui saluran radio dan televisyennya sendiri, yang beroperasi 24 jam sehari serta platform media sosialnya. Selain daripada bahasa Melayu dan Inggeris, ia juga menerbitkan kandungan dalam bahasa Cina, Tamil, Sepanyol dan Arab. Bernama (biasanya digayakan dalam semua huruf besar) ialah singkatan Berita Nasional Malaysia; ia juga bermaksud dinamakan atau bertajuk dalam bahasa Melayu.

Sebuah Majlis Penyeliaan terdiri daripada lima anggota yang dilantik oleh Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong diwujudkan untuk mengawasi supaya BERNAMA berpandukan kepada peruntukan-peruntukan Akta dalam melaksanakan objektif-objektifnya.

BERNAMA dikelolakan oleh sebuah Lembaga Pengelola yang dilantik oleh Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong. Anggota-anggota Lembaga mengandungi seorang Pengerusi, enam wakil Kerajaan Persekutuan dan enam wakil akhbar yang melanggan dengan BERNAMA. Mereka mempunyai anggota gilir masing-masing yang juga dilantik oleh Seri Paduka Baginda.

Pengurusan BERNAMA diketuai seorang Ketua Pegawai Eksekutif yang dibantu oleh sebuah Jawatankuasa Pengurusan dalam melaksanakan sebuah program dan aktiviti agensi serta keputusan-keputusan Lembaga Pengelola.

BERNAMA mempunyai pejabat-pejabatnya di semua negeri di negara ini dan perwakilannya di Jakarta, Singapura, Bangkok.

Penglibatan dalam agensi antarabangsa

[sunting | sunting sumber]


1 Majlis Malam Anugerah Putra Aria Brand 2023 - 18 Februari 2024 • Anugerah Gangsa bagi Kategori Rangkaian Media

2 Majlis Makan Malam Media Bersama Menteri Besar Perak - 24 Februari 2024 • Tempat Pertama Anugerah Berita Terbaik • Tempat Pertama Anugerah Berita Sukan Terbaik • Tempat Kedua Anugerah Foto Terbaik • Tempat Ketiga Anugerah Visual dan Audio Terbaik

3 Majlis Anugerah Media SPRM 2023 - 26 April 2024 • Tempat Kedua Kategori Media Elektronik

4 Majlis Anugerah Media Agrobank 2024 - 29 Mei 2024 • Tempat Pertama Anugerah Media Cetak dan Portal Terbaik (Berita Terbaik) • Tempat Kedua Anugerah Media Radio Terbaik • Tempat Ketiga Anugerah Media Cetak dan Portal Berita (Rencana Terbaik)


5 Hadiah Kewartawanan Malaysia 2023 MPI-Petronas - 7 Jun 2024 • Pemenang Emas Kategori Penulisan Rencana Terbaik • Pemenang Gangsa Kategori Penulisan Rencana Terbaik • Pemenang Emas Kategori Laporan Radio Terbaik • Pemenang Gangsa Kategori Laporan Radio Terbaik • Pemenang Emas Kategori Lintas Langsung Berita Radio Terbaik • Pemenang Perak Kategori Lintas Langsung Berita Radio Terbaik • Pemenang Perak Kategori Kewartawanan Foto Terbaik • Pemenang Perak Kategori Bicawara Video Terbaik • Pemenang Perak Kategori Bicawara Radio Terbaik • Pemenang Gangsa Kategori Dokumentari Radio Terbaik • Pemenang Gangsa Kategori Lintas Langsung Berita Video Terbaik

Jurukamera Noramfaizul Mohd Nor meninggal dunia di Somalia akibat terbunuh semasa melaksanakan misi kemanusiaan, pada usia 39, pada 2 September 2011. Beliau merupakan wartawan Malaysia pertama yang terbunuh ketika menjalankan tugasan di luar negara.

Komen pujian

[sunting | sunting sumber]

Menteri Penerangan Malaysia, Ahmad Shabery Cheek memuji Bernama TV kerana corak pemberitaan yang dikatakan mampu diterima oleh semua pihak termasuk pembangkang. Beliau berkata ini merupakan satu cabaran yang harus disaingi oleh RTM.[1]

Lihat juga

[sunting | sunting sumber]

Pautan luar

[sunting | sunting sumber]