close
Pergi ke kandungan

Zami Ismail

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Zami Ismail
زامي اسماعيل
BERJAYA
Kelahiran
Zami bin Ismail

(1944-11-20)20 November 1944
Meninggal dunia19 Jun 2011(2011-06-19) (umur 66)
Sebab kematianSesak nafas
DikebumikanTanah Perkuburan Islam Tapah Road, Perak
Nama lainPak Uda
PekerjaanPelakon, pelawak
Tahun aktif1979–2011
Karya
Filemografi
PasanganHanizan Ibrahim (k. 1969–2011)
Anak-anak9 (termasuk Opie dan Yeop Hitler)
AnugerahPelakon Komedi Terbaik FFM 9

Zami Ismail (20 November 1944 – 19 Jun 2011) ialah seorang pelakon dan pelawak lelaki Malaysia.

Beliau paling diingati ialah peranannya dalam siri sitkom televisyen Pi Mai Pi Mai Tang Tu (1990-an) sebagai Pak Uda serta siri Salam Pantai Timur. Sepanjang kerjayanya, beliau berlakon hampir 20 buah filem. Allahyarham juga pernah memenangi anugerah Pelakon Komedi Terbaik, Festival Filem Malaysia ke-9 (FFM9) pada tahun 1991 menerusi Mat Som.

Kehidupan peribadi

[sunting | sunting sumber]

Beliau berkahwin dengan Hanizan Ibrahim dan dikurniakan sembilan orang anak termasuk Mohd Hitler @ Latif, Ahmad Yamashita @ Tahar, Mohd Saufi, Ismail Fahmi, Khairul Affendi, Aida Nurul Asyikin, Aida Nurul Wahyu, Mohd Firdaus, dan Zahid Al Buhaqman. Salah seorang anaknya, Saufi, juga dikenali sebagai Opie Zami, juga seorang pelakon dan pelawak.

Pak Uda meninggal dunia pada hari Ahad, 19 Jun 2011 pukul 10:30 pagi di Institut Jantung Negara kerana kegagalan jantung pada umur 66 tahun.[1] Jenazah Allahyarham dikebumikan di kampung halamannya di Tapah Road, Perak selepas solat Asar.[2][3] Pada 2008, beliau pernah dimasukkan ke Unit Rawatan Koronari (CCU) Hospital Selayang selepas tidak sedar kerana sesak nafas.

Beliau meninggalkan seorang balu, Hanizan Ibrahim (59) dan sembilan orang anak.[4]

Filemografi

[sunting | sunting sumber]

Anugerah dan pencalonan

[sunting | sunting sumber]
Tahun Anugerah Kategori Karya tercalon Keputusan
1991 Festival Filem Malaysia ke-9 Pelakon Komedi Terbaik Mat Som Menang
1993 Festival Filem Malaysia ke-11 Pelakon Pembantu Lelaki Terbaik Wanita Bertudung Hitam Tercalon
  1. "SOROTAN 2011: Mereka 'Pergi' Tinggalkan Jasa, Oleh KEMALIA OTHMAN". Diarkibkan daripada yang asal pada 2012-07-13. Dicapai pada 2021-08-14.
  2. "Zami Ismail Meninggal Dunia Akibat Masalah Jantung". mSTAR Online. 19 Jun 2011. Dicapai pada 21 Ogos 2018.
  3. Roni Hidayat Ridwan (20 Jun 2011). "Zami Ismail meninggal dunia". Losmo! Online. Dicapai pada 21 Ogos 2018.
  4. Comedian Zami Ismail Dies Of Heart Attack :: Bernama.com

Pautan luar

[sunting | sunting sumber]