close
Pergi ke kandungan

Mohd Azlan Helmi

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Mohd Azlan Helmi
محمّد أزلان حلمي
Ahli
Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri Perak
Menyandang jawatan
22 November 2022
RajaSultan Nazrin Muizzuddin Shah
Menteri BesarSaarani Mohamad
PortfolioKomunikasi, Multimedia & Pertubuhan Bukan Kerajaan[note 1]
Didahului olehKhairul Shahril Mohamed
(Komunikasi & Multimedia)
Wan Norashikin Wan Noordin
(Pertubuhan Bukan Kerajaan)
Kawasan pilihan rayaTualang Sekah
Timbalan Pengerusi
Parti Keadilan Rakyat Negeri Perak
Menyandang jawatan
15 September 2024
PresidenAnwar Ibrahim
Pengerusi NegeriMohamad Hairul Amir Sabri
Didahului olehMohamad Hairul Amir Sabri
Ahli Dewan Undangan Negeri Perak
bagi Tualang Sekah
Menyandang jawatan
19 November 2022
Didahului olehNolee Ashilin Mohammed Radzi
(BNUMNO)
Majoriti253 (2022)
Maklumat peribadi
Lahir
Mohd Azlan bin Helmi

1980 (umur 4546)
Malaysia Malaysia
KerakyatanBERJAYA Malaysia
Parti politikBERJAYA Parti Keadilan Rakyat (PKR)
Gabungan politik
lain
Pakatan Rakyat (PR)
(2008–2015)
BERJAYA Pakatan Harapan (PH)
(sejak 2015)
Tempat belajarInstitut Teknologi Perak
Pekerjaan
Bidang pengkhususanPenolong Jurutera

Mohd Azlan bin Helmi (lahir 1980) ialah seorang rakyat Malaysia yang merupakan ahli politik, usahawan dan pembantu jurutera. Beliau telah berkhidmat sebagai Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri Perak (EXCO) dalam pentadbiran negeri Barisan Nasional (BN) di bawah Menteri Besar Saarani Mohamad dan Ahli Dewan Undangan Negeri Perak (ADUN) bagi Tualang Sekah sejak November 2022. Beliau merupakan ahli Parti Keadilan Rakyat (PKR), sebuah parti komponen Pakatan Harapan (PH) dan sebelum ini Pakatan Rakyat (PR). Beliau juga telah berkhidmat sebagai Timbalan Pengerusi Negeri PKR Perak sejak September 2024, Setiausaha Negeri PKR Perak dan Setiausaha Politik kepada Ahli Parlimen (MP) bagi Kampar sejak 2018. Beliau pernah menjadi Penyelaras bagi kerusi negeri Tualang Sekah pada 2017, Timbalan Ketua Pemuda PH Negeri Perak pada 2017, Ketua Pemuda Negeri PKR Perak dari 2014 hingga 2018, Ketua Pemuda Bahagian PKR Kampar pada 2014, Ahli Jawatankuasa Bahagian PKR Kampar pada 2010, Ejen Mengundi dan Pengiraan (PACA) Bahagian Kampar dari 2009 hingga 2013, Ahli Sekretariat Pemuda PR Perak dari 2009 hingga 2013, Timbalan Ketua Bahagian PKR Kampar pada 2009 dan Ketua Cawangan Batu Karang pada 2008.[1]

Kerjaya politik

[sunting | sunting sumber]

Calon Ahli Dewan Undangan Negeri Perak (2018)

[sunting | sunting sumber]

Pilihan raya negeri Perak 2018

[sunting | sunting sumber]

Dalam Pilihan raya negeri Perak 2018, Mohd Azlan membuat penampilan sulungnya dalam pilihan raya selepas dicalonkan oleh PH untuk bertanding di kerusi negeri Tualang Sekah. Namun, beliau tidak terpilih sebagai Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Tualang Sekah selepas tewas kepada Nolee Ashilin Mohammed Radzi dari Barisan Nasional (BN) dengan majoriti tipis sebanyak 1,009 undi.[2]

Ahli Dewan Undangan Negeri Perak (sejak 2022)

[sunting | sunting sumber]

Pilihan raya negeri Perak 2022

[sunting | sunting sumber]

Dalam Pilihan raya negeri Perak 2022, Mohd Azlan telah dicalonkan semula oleh PH untuk bertanding di kerusi Tualang Sekah.[3] Beliau memenangi kerusi tersebut dan telah dipilih sebagai Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Tualang Sekah untuk penggal pertama selepas menewaskan Pazli Abdullah Sani daripada Perikatan Nasional (PN) dan Abd Rahman Md Som daripada Barisan Nasional (BN) dengan majoriti tipis sebanyak 253 undi.[4]

Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri Perak (sejak 2022)

[sunting | sunting sumber]

Pada 22 November 2022, Saarani daripada Barisan Nasional (BN) telah dilantik semula sebagai Menteri Besar dan kerajaan gabungan negeri antara BN dan Pakatan Harapan (PH) telah dibentuk.[5] Mohd Azlan daripada PH telah dilantik sebagai Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri Perak (EXCO) oleh Menteri Besar Saarani pada hari yang sama. Keesokan harinya, pada 23 November 2022, beliau telah diberikan portfolio Komunikasi, Multimedia dan Pertubuhan Bukan Kerajaan (NGO).[6]

Keputusan pilihan raya

[sunting | sunting sumber]
Dewan Undangan Negeri Perak[7]
Tahun Kawasan pilihan raya Calon Undi Peratus Lawan Undi Peratus Undi sah Majoriti Hasil
2018 N43 Tualang Sekah Mohd Azlan Helmi (PKR) 7,668 39.13% Nolee Ashilin Mohammed Radzi (UMNO) 8,767 44.74% 19,597 1,009 78.66%
Mohd Sofian Rejab (PAS) 3,162 16.14%
2022 Mohd Azlan Helmi (PKR) 8,025 34.41% Pazli Abdullah Sani (BERSATU) 7,772 33.33% 23,321 253 73.00%
Abd Rahman Md Som (UMNO) 7,524 32.26%
  1. Beliau memegang portfolio pada 23 November 2022 selepas mengangkat sumpah jawatan.
  1. "MOHD AZLAN HELMI". Sinar Harian. Dicapai pada 24 Mac 2024.
  2. "14th General Election Malaysia (GE14 / PRU14) - Perak". The Star. Dicapai pada 24 Mac 2024.
  3. "Senarai calon PKR bagi DUN Perak". Bernama. 3 November 2022. Dicapai pada 24 Mac 2024.
  4. "KEPUTUSAN DUN PRU15". Berita Harian. 20 November 2022. Dicapai pada 24 Mac 2024.
  5. "Kerajaan campuran Perak: 3 ADUN BN, 7 ADUN PH angkat sumpah EXCO". Berita Harian. 22 November 2022. Dicapai pada 24 Mac 2024.
  6. "Senarai EXCO Perak diumum". Harian Metro. 23 November 2022. Dicapai pada 24 Mac 2024.
  7. "Keputusan Pilihan Raya Negeri Perak 2022". Astro Awani. Dicapai pada 24 Mac 2024.