close
Pergi ke kandungan

Paus kelasa

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
(Dilencongkan daripada Megaptera)

Paus kelasa
Julat zaman: 7.2–0 Ma[1]
Lewat Miosen – kini
BERJAYA
BERJAYA
Ukuran berbanding dengan manusia biasa
CITES Appendix I (CITES)[3]
Pengelasan saintifik e
Domain: Eukaryota
Alam: Animalia
Filum: Chordata
Kelas: Mammalia
Infraorder: Cetacea
Keluarga: Balaenopteridae
Genus: Megaptera
Gray, 1846
Spesies:
M. novaeangliae
Nama binomial
Megaptera novaeangliae
Borowski, 1781
Subspesies
  • M. n. australis
  • M. n. kuzira
  • M. n. novaeangliae
BERJAYA
Julat paus kelasa (pada biru)
Sinonim
  • Balaena gibbosa Erxleben, 1777
  • B. boops Fabricius, 1780
  • B. nodosa Bonnaterre, 1789
  • B. longimana Rudolphi, 1832
  • Megaptera longimana Gray, 1846
  • Kyphobalaena longimana Van Beneden, 1861
  • Megaptera versabilis Cope, 1869

Paus kelasa atau paus bongkok (Megaptera novaeangliae)[4][5] ialah spesies paus balin. Ia adalah ahli famili Balaenopteridae dan sesatunya spesies dalam genus Megaptera. Badan dewasa memanjang dari 14–17 m (46–56 ka) dan berat lebih 40 metric ton (44 short ton). Paus ini mempunyai bentuk badan yang tersendiri, dengan sirip dada panjang dan kepala berliku-liku. Ia dikenali kerana selalu melonjat dari permukaan laut yang menjadi perhatian manusia. Seekor paus jantan mendengungkan lagu rumit selama 4 hingga 33 minit.

Ditemui di laut-lautan di seluruh dunia, ia selalunya berhijrah dalam jarak perjalanan sehingga 16,000 km (9,900 bt) setiap tahun. Mereka makan di perairan kutub, dan berhijrah ke perairan tropika atau subtropika untuk berpasangan dan melahirkan anak. Diet mereka kebanyakannya terdiri daripada kril dan ikan kecil yang diperangkap dengan menghembuskan buih keliling kawanan mangsa. Pada musim sejuk, mereka bergantung kepada simpanan lemak sebagai sumber tenaga.

Sama dengan paus besar lain, paus kelasa menjadi sasaran industri pemburuan paus. Manusia pernah memburu spesies ini hingga hampir pupus; populasinya jatuh sekitar 5,000 pada 1960-an. Sebahagian bilangannya telah pulih kepada kira-kira 135,000 ekor di seluruh dunia, sedangkan keterlibatan peralatan penangkapan ikan, perlanggaran dengan kapal dan pencemaran bunyi terus memberi kesan kepada spesies ini.

  1. "Fossilworks: Megaptera". Fossilworks. Dicapai pada 17 Disember 2021.
  2. Cooke, J.G. (2018). "Megaptera novaeangliae". Senarai Merah Spesies Terancam IUCN. 2018: e.T13006A50362794. doi:10.2305/IUCN.UK.2018-2.RLTS.T13006A50362794.en. Dicapai pada 18 Januari 2020.
  3. "Appendices | CITES". cites.org. Dicapai pada 2022-01-14.
  4. "humpback". Kamus Inggeris-Melayu Dewan. Dewan Bahasa dan Pustaka. 2012.
  5. Media Baharu (21 Mei 2023). "Paus bungkuk terdampar di New York". Berita Dunia.

Pautan luar

[sunting | sunting sumber]
Umum
Lagu ikan paus Humpback
Pemuliharaan
Lain-lain