close
Pergi ke kandungan

Hun Haqeem

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Hun Haqeem
هون حكيم
BERJAYA
Kelahiran
Haqeem bin Hermy

(1998-01-07) 7 Januari 1998 (umur 28)
PendidikanKomunikasi Korporat
Pusat pendidikanKolej Universiti Poly-Tech MARA Kuala Lumpur
PekerjaanPelakon, model, pengacara, penyanyi
Tahun aktif2018–kini
Karya
Filemografi
Ketinggian172 cm (5 ka 8 in)

Haqeem bin Hermy[1], atau lebih dikenali sebagai Hun Haqeem (lahir 7 Januari 1998) ialah seorang pelakon, model, penyanyi dan pengacara lelaki Malaysia.[2][3] Beliau mula meraih perhatian umum menerusi peranan watak pembantu, Ariff dalam drama televisyen pertama, Cari Aku Di Syurga (2019), sebelum meraih populariti lebih meluas menerusi watak Jaafar dalam drama bersiri fenomena Kampung People (2019).[4][5] Beralih dari peranan watak pembantu utama kepada watak lebih penting dalam naskah, kerjaya lakonan beliau terus melonjak naik setelah memegang watak, Luqman melalui drama Angkara Cinta. Drama yang dinobatkan no.1 menerima jumlah tontonan tertinggi era pandemik COVID-19 tahun 2020–2021 untuk saluran Astro Prima. [6]

Pada tahun 2025, beliau membuat penampilan sulungnya di layar perak menerusi filem karya inspirasi sebenar, Soloz: Game of Life, sebagai watak Soloz, seorang pemuda berasal dari Negeri Sembilan.[7] Pada bulan Julai, beliau kembali dalam projek drama Mandul Bukan Pilihan,[8][9] memegang watak Aldi Ibrahim, sebuah drama terbitan Astro Ria.

Kehidupan awal

[sunting | sunting sumber]

Beliau dilahirkan pada 7 Januari 1998 di Kuala Lumpur. Beliau beragama Islam dan memiliki darah campuran Melayu-Cina melalui ibunya, yang berasal dari Kuching, manakala, berdarah Minangkabau, melalui sebelah ayahnya. Semasa zaman kanak-kanaknya, beliau turut menghabiskan masa membesar di kampung halaman ibunya di Kuching.[10][11]

Beliau merupakan anak bongsu daripada empat orang adik-beradik. Mempunyai dua orang kakak dan seorang abang, bertugas sebagai doktor perubatan. Salah seorang kakaknya, Nureen Qistina, merupakan seorang pemain gitar profesional dan bekas anggota kumpulan band, X-Pose, kumpulan yang terkenal menerusi lagu Sandiwara (2017).[12] Ketiga-tiga adik-beradik beliau telah pun mendirikan rumah tangga.

Bagi pendidikan awal, Beliau telah bersekolah di Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Perimbun, Cheras dari Tingkatan 1 hingga Tingkatan 5.[13] Beliau kemudian melanjutkan pengajian diploma di Kolej Universiti Poly-Tech MARA (KUPTM), Kuala Lumpur dan berjaya menamatkan pengajian dalam jurusan Komunikasi Korporat.[14]

Beliau memulakan penglibatannya dalam industri hiburan semasa menjalani latihan industri di Jabatan Komunikasi Korporat, New Straits Times Press. Pada tahun 2018, beliau mula mencari peluang sebagai model dan pelakon.[15] Minatnya diasah dalam bidang lakonan pada saat itu sekaligus mendorong beliau untuk terjun ke industri hiburan, keluar dari kebiasaan persekitaran kerja korporat dan kerja di sebalik tabir. Faktor tambahan, minat berkecimpung dalam bidang ini juga adalah kerana pengaruh kedua ibu bapanya di samping hobi beliau yang gemar menonton filem. [16][17]

Selepas menamatkan pengajian di kolej, beliau meneruskan usaha untuk bergiat sebagai pelakon sambil bekerja secara sambilan di Starbucks. Projek lakonan pertamanya merupakan sebuah telefilem indie bertajuk Tasbih Usang, di mana beliau diberi peranan utama bersama pelakon veteran Namron. Telefilem ini ditayangkan pada awal tahun 2019.[10][11]

Kemunculan awal: 2019

[sunting | sunting sumber]

Diawal pembabitannya dalam industri hiburan ketika berusia 21 tahun, nama beliau meningkat naik setelah membintangi pelbagai projek drama dan telefilem. Beliau mengembangkan kerjaya lakonannya melalui beberapa peranan watak pembantu utama penting seperti melalui Cari Aku Di Syurga (2019), The Gadis (2020) [18], Pemuja Rahsia (2020)[19] dan Kampung People (musim 2) (2020).

Lonjakan dalam karier: 2020–2022

[sunting | sunting sumber]

Nama beliau menjadi sinonim dengan watak "Jekfer" dalam kalangan peminat drama tempatan, selepas drama Kampung People menjadi hits penghujung tahun 2019. Kemunculan sequelnya Kampung People (musim 2) turut dinantikan ramai penonton drama tempatan ketika itu.[20] Wataknya sebagai pemuda kampung dalam drama komedi turut meninggalkan impak besar di samping digandingkan bersama pelakon berpengalaman lain seperti Rashidi Ishak, Elly Mazlein dan Riena Diana. Meraih populariti yang mendadak menjadikan beliau terkenal dalam Malaysia.[21]

2023–kini

[sunting | sunting sumber]

Karier beliau dalam industri lakonan terus dikukuhkan sebagai salah seorang pelakon muda berkebolehan besar hasil usahanya sendiri.[22] Sejak kemunculannya, Hun telah membintangi pelbagai drama dan telefilem, membuktikan versatilitinya sebagai seorang pelakon.[23]

Pada tahun 2023, beliau membintangi dua drama bersiri berkualiti terbitan platform OTT Viu. Kedua drama tersebut meraih pengiktirafan kritis sebagai pemenang kebangsaan dua tahun berturut di Asian Academy Creative Awards . Dalam kategori Program Terbaik Dari Streamer/OTT untuk drama siri Nenek Bongkok Tiga pada tahun 2023 dan kategori Adaptasi Terbaik Format Sedia Ada (skrip) untuk drama W – Two Worlds (2024) karya adaptasi dari drama siri terkenal Korea Selatan, W (TV series). (2016).[24]

Menurut Majalah Augustman edisi Jun 2024, Hun Haqeem diiktiraf sebagai salah seorang pelakon muda yang serba boleh (Top Performing Actor) dan versatil dalam industri hiburan tempatan.[25]

Drama hebat lakonannya mengangkat nama beliau lebih meluas.[26] Melalui drama Mandul Bukan Pilihan, menurut ulasan Budiey Channel dan Astro Gempak, episod terakhir drama tersebut digambarkan sebagai drama fenomena media sosial yang berjaya meninggalkan impak kepada penonton drama melayu tempatan kerana keserasian pelakon, jalan cerita berkesan & termasuk juga pujian terhadap kekuatan lakonan Hun yang menyentuh emosi.[27][28]

Dedikasi dalam Lakonan: Seorang pelakon ‘Method’

[sunting | sunting sumber]

Demi merealisasikan watak untuk drama W: Two Worlds (2023), beliau sanggup membuat pengorbanan besar untuk mendapatkan berat ideal menurutnya 68 kg.[29] Pernah dikenali sebagai jejaka bertubuh kekar pada suatu ketika dahulu, seorang pemuda mempunyai senyuman manis digilai ramai dalam Kampung People, beliau bersusah payah dan berjaya mengubah bentuk fizikalnya secara drastik bagi memenuhi tuntutan wataknya. Hun berjaya menurunkan sebanyak 12 kg dalam masa sebulan, menunjukkan dedikasi yang tinggi sebagai seorang pelakon. [30]

Keberanian dan usaha keras membuktikan komitmennya sebagai seorang 'method actor' yang berusaha mendalami watak yang dipegang dengan sepenuh hati.[31][32]

Dalam filem Soloz: Game of Life (2025), beliau membintangi filem sebagai seorang ikon e-sukan & streamer, terkenal dalam permainan mudah alih, Mobile Legends. Menjadi cabaran besar kerana beliau bukan seorang pemain permainan Mobile Legends: Bang Bang sebelumnya.[33][34] Untuk menjiwai watak sebagai seorang gamer, Hun telah menghabiskan berbulan-bulan untuk mempelajari permainan tersebut dan menguasai teknik-teknik permainannya.[35]

Beliau juga mempelajari gaya berjalan, lontaran suara, dan aspek-aspek lain dari karakter Soloz untuk memastikan watak tersebut dapat digambarkan dengan tepat dan mendalam.[36]

Gaya, fesyen & ikon trend: Pesona global

[sunting | sunting sumber]

Pada Januari 2024, Beliau telah memenangi Anugerah NONA Superhero 2023 dalam kategori Men's Style Icon.[37] Hun mengagumi gaya Michael B. Jordan, yang dikenali kerana sentiasa mengekalkan penampilan yang kemas dan terjaga, baik dalam aspek kerjaya mahupun kehidupan peribadi.

Wajah beliau sering menarik perhatian ramai, kerana memiliki wajah tampan dikatakan mempunyai persamaan dengan artis Korea.[38] Beliau juga diberikan jolokan, Oppa Malaysia, oleh para peminatnya.[39]

Kerjaya filem

[sunting | sunting sumber]

Filem pertama: 2025

[sunting | sunting sumber]

Pada Mac 2024, telah diumumkan melalui sebuah majlis pelancaran filem Soloz: Game of Life terbitan kerjasama syarikat produksi Key Billions dan Moonton, Beliau telah terpilih sebagai watak Soloz, karakter non-fiksyen.[40] Naskah filem inspirasi kisah benar ini telah diarahkan oleh pengarah muda tersohor Malaysia, Syafiq Yusof.[41] [42] Filem Soloz: Game of Life telah rasmi ditayangkan pada 23 Januari 2025 di pawagam tempatan. [43]

Kehidupan peribadi

[sunting | sunting sumber]

Beliau dikenali awal pernah bernaung di bawah syarikat pengurusan, MIG Productions. Beliau memfailkan penamatan kontrak tahun 2020 akibat dari 'kontrak ekstrim' (berbeza dari lain) sebagai artis naungan dengan syarikat tersebut.[44]

Dari sisi lain, Beliau pernah mengaku mengalami masalah kesihatan mental sepanjang tahun 2021 & 2022 lalu atas hal-hal yang tidak boleh dikongsikan kepada umum. Turut memberi kesan kepada beliau dan menyifatkan tempoh tersebut sebagai tahun yang mencabar dalam hidupnya. [45]Pada tahun 2024, beliau sudah pulih dan semakin cekap mengawal emosinya. Tahap motivasi dirinya semakin meningkat.[46]

Duta wangian jenama antarabangsa: Emporio Armani Malaysia

[sunting | sunting sumber]

Armani beauty mengumumkan pelantikan beliau, sebagai Duta Haruman Emporio Armani Malaysia pertama pada April 2025.[47]

Tranformasi ke bidang muzik

[sunting | sunting sumber]

Beliau melancarkan single lagu pertama, Untuk Semua Jiwa kolaborasinya bersama Noki K-Clique sebagai debut nyanyiannya sebagai seorang penyanyi. Lagu ini adalah kolaborasi rasmi dilancarkan di Januari 2025, untuk OST filem, Soloz: Game of Life.[48]

Sumber inspirasi

[sunting | sunting sumber]

Dipetik dari wawancara majalah hiburan Maskulin (majalah) "Hun Haqeem menjadikan arwah Yasmin Ahmad sebagai satu sumber inspirasi besar dalam usahanya untuk terus berkarya di industri seni Malaysia". [49]

Diskografi

[sunting | sunting sumber]
  • Kopitiam Rasa Sayang (2021)
  • Untuk Semua Jiwa (2025) (Ft Noki K-Clique)
  • Nama rasmi kelab peminat: Huniversefc
  • Hobi: Fotografi, membaca, mendengar muzik, tunggang motosikal di waktu lapang
  • Mengasaskan gim latihan mixed martial arts (MMA), cawangan Elitez Mont Kiara bersama Andy Teh beserta dua lagi rakan kongsi

Filemografi

[sunting | sunting sumber]

Muzik video

[sunting | sunting sumber]
Tahun Tajuk Penyanyi
2020 "Hapus" Masya Masyitah
"Siapa Tak Mahu" Dato' Seri Siti Nurhaliza
2023 "Sudah" Ara Johari

Anugerah dan pencalonan

[sunting | sunting sumber]
Tahun Anugerah Kategori Keputusan
2020 Anugerah Bintang Popular Berita Harian ke-33 Artis Baharu Lelaki Popular Tercalon
2023 Anugerah Bintang Popular Berita Harian ke-35 Pelakon Drama Lelaki Popular Tercalon
Nona Superhero Award (Nationwide Industries - Only 14 recipients) Men Style Icon Menang
2024 Anugerah Bintang Popular Berita Harian ke-36 Aktor TV Popular Menang
Couple Drama Popular (gandingan Daiyan Trisha) Tercalon
Couple Drama Popular (gandingan Mira Filzah) Tercalon
2025 Festival Filem Malaysia ke-34 Pelakon Lelaki Harapan (Soloz: Game of Life) Tercalon
Anugerah Bintang Popular Berita Harian ke-37 Aktor TV Popular Tercalon
  1. Juhari, Hannani (2024-06-04). "Biodata Hun Haqeem, Dari Hero Drama Ke Ikon Fesyen Kini". eCentral.my (dalam bahasa Inggeris). Dicapai pada 2025-09-24.
  2. Sudirman Mohd Tahir (19 Februari 2020). Tak terkejut dengan populariti Harian Metro. Dicapai pada 22 Mac 2020.
  3. Zaidi Mohamad (23 Februari 2020). Makin laris, Hun tidur dua jam Berita Harian. Dicapai pada 22 Mac 2020.
  4. Zaidi Mohamad (6 Januari 2020)Kampung People lonjak bakat Hun Haqeem Berita Harian. Dicapai pada 8 Januari 2020.
  5. Kacak persis pelakon Thai, watak Jaafar dalam Kampung People pikat penonton Erin Sakura (27 Disember 2019). Dicapai pada 31 Disember 2019.
  6. "Drama adaptasi 'Angkara Cinta' disambung 45 episod lagi". www.utusanborneo.com.my. 2021-02-10. Dicapai pada 2025-09-24.
  7. "Filem Soloz: Game Of Life". Myinfotaip (dalam bahasa Inggeris). 2024-12-31. Dicapai pada 2025-01-14.
  8. "Drama Mandul Bukan Pilihan". Myinfotaip (dalam bahasa Inggeris). 2025-07-16. Dicapai pada 2025-09-24.
  9. Amorim, Mein (2025-07-14). "Drama Mandul Bukan Pilihan Di Astro Ria". Kongsilah (dalam bahasa Inggeris). Dicapai pada 2025-09-24.
  10. 1 2 PodcasThinker (29 Julai 2022). Thinker Studios. Dicapai pada 3 Ogos 2024.
  11. 1 2 Farhan Ikram (6 Januari 2020). Ini 5 fakta menarik tentang Hun Haqeem, pelakon kacak ‘Jekfer’ dalam Kampung People mStar Online. Dicapai pada 16 Mac 2020.
  12. "Xpose Tampil Dengan Single Baru, Sekaligus Umum Kakak Hun Haqeem Sebagai... | Gempak". gempak.com. 2021-06-22. Dicapai pada 2025-09-24.
  13. Hasif Idris (22 Julai 2024). <"Utusan Malaysia".Dicapai pada 1 Ogos 2024.
  14. ISA, MOHD HAIKAL (2023-04-30). "'Penting seni bertanya, menjawab soalan contoh buat generasi muda'". Kosmo Digital. Dicapai pada 2024-10-16.
  15. Zaidi Mohamad (21 Oktober 2019). Hun Haqeem tak gelojoh Berita Harian. Dicapai pada 29 Disember 2019.
  16. Jefri, Najiy (2019-11-12). "Hun Haqeem pendam impian". Harian Metro (dalam bahasa Inggeris). Dicapai pada 2024-10-16.
  17. Alison Loh (31 Mei 2024) Augustman. Dicapai pada 2 Ogos 2024.
  18. "Hun Haqeem Berlakon Watak Antagonis Dalam 'The Gadis'". ohsemput.com (dalam bahasa Inggeris). 2020-04-18. Dicapai pada 2025-09-24.
  19. Azhan (2020-03-24). "Telefilem Pemuja Rahsia (TV3)". Azhan.co (dalam bahasa Inggeris). Dicapai pada 2025-09-24.
  20. "Jekfer Oh Jekfer! Wajah Kacukan Melayu-Cina Tak Halang Hun Haqeem Bawa Watak Kampung | Gempak". gempak.com. 2020-01-08. Dicapai pada 2025-09-24.
  21. Sudirman Mohd Tahir (15 September 2020). Harian Metro.
  22. Sahrom, Zuhairie (2022-11-24). "GL NOV/DIS 2022: HUN HAQEEM, PELAPIS HERO MALAYA - Page 2 of 5". GLAM LELAKI (dalam bahasa Inggeris). Dicapai pada 2025-09-24.
  23. Noor, Shakif Md (2025-09-10). "HUN HAQEEM: PELAKON VERSATILE & PESONA GLOBAL". GLAM LELAKI (dalam bahasa Inggeris). Dicapai pada 2025-09-24.
  24. daleb (2023-12-05). "Viu's 'W: Two Worlds' Successfully Adapts a Well-Known K-Drama for Malaysia" (dalam bahasa Inggeris). Dicapai pada 2025-09-24.
  25. Khairul Abidin (21 Februari 2024). EH! Malaysia. Dicapai pada 3 Ogos 2024
  26. Kassim, Johan (2025-09-04). "6 DRAMA HEBAT LAKONAN HUN HAQEEM DALAM SEPANJANG KERJAYANYA". GLAM LELAKI (dalam bahasa Inggeris). Dicapai pada 2025-09-24.
  27. Budiey (2025-08-30). "Malaysia Menangis Menyaksikan Episod Akhir Mandul Bukan Pilihan". Budiey Channel (dalam bahasa Inggeris). Dicapai pada 2025-09-24.
  28. "Malaysia Menangis Tonton Episod Akhir Mandul Bukan Pilihan, Netizen Komen - "Kualiti Drama Memang Luar Biasa" | Gempak". gempak.com. 2025-08-30. Dicapai pada 2025-09-24.
  29. SAIZALI, NUR EMIRA (2023-07-07). "Seksa daripada 80kg jadi 68kg - Hun Haqeem". Kosmo Digital. Dicapai pada 2025-09-24.
  30. Saizali, Nur Emira (2023-07-08). "Hun Haqeem buat kerja gila demi watak". HibGlam. Dicapai pada 2025-09-24.
  31. Saizali, Nur Emira (2023-07-08). "Hun Haqeem buat kerja gila demi watak". HibGlam. Dicapai pada 2024-10-16.
  32. Joseph, Georgie (2023-12-09). "'Tak jadi hal lah'". Harian Metro (dalam bahasa Inggeris). Dicapai pada 2024-10-16.
  33. Nur Al-Fairuza Syarfa Nor Saidi (26 April 2024). Kosmo Online.Dicapai pada 2 Ogos 2024
  34. Puteri Yasmin Suraya (13 Jun 2024). Lifestyleasia KL.Dicapai pada 2 Ogos 2024
  35. SAIZALI, NUR EMIRA (2025-01-07). "Terjebak e-sukan, Hun Haqeem kini 'najis' Mobile Legend". Kosmo Digital. Dicapai pada 2025-06-16.
  36. ""Saya Rakam Cara Dia Berjalan & Bercakap" - Hun Haqeem Kongsi Pengalaman Menjiwai Watak Dalam Filem 'Soloz: Game Of Life'". Gempak. 2025-01-27. Dicapai pada 2025-06-16.
  37. NONA (19 January 2024). "dari-hero-drama-pujaan-ke-ikon-gaya-generasi-kini-persona-hun-haqeem-terus-memuncak". nona.my.
  38. Juhari, Hannani (2024-06-04). "Biodata Hun Haqeem, Dari Hero Drama Ke Ikon Fesyen Kini". eCentral.my (dalam bahasa Inggeris). Dicapai pada 2025-09-24.
  39. KOSMO! (2022-11-26). "Ingatkan 'oppa' masuk sawah, rupa-rupanya Hun Haqeem!". Kosmo Digital. Dicapai pada 2025-09-24.
  40. "Solo'z Journey to Mobile Legends Fame to be adapted into film, Game Of Life, directed by Syafiq Yusof". Malaysiakini. 2024-04-02. Dicapai pada 2024-10-16.
  41. Izzat Aziz (26 Mac 2024). Akzis. Dicapai pada 1 Ogos 2024.
  42. Nurul Naqiyah (27 Mac 2024). Siakap Keli. Dicapai pada 2 Ogos 2024.
  43. "Filem Soloz: Game of Life Tayang 23 Januari, Ramai Dah Tak Sabar!". Gempak. 2025-01-04. Dicapai pada 2025-06-16.
  44. Farihad Shalla Mahmud (10 Mac 2024). Berita Harian. Dicapai pada 1 Ogos 2024.
  45. "10 Kali Hun Haqeem Jumpa Psikiatri, Syukur Kini Pulih Dari Masalah Kesihatan Mental - "Ada Masa Perlu Berinteraksi..." | Gempak". gempak.com. 2023-04-11. Dicapai pada 2025-09-24.
  46. Joseph, Georgie (2024-07-26). "Hun Haqeem bangkit". Harian Metro (dalam bahasa Inggeris). Dicapai pada 2025-09-24.
  47. link, Get; Facebook; X; Pinterest; Apps, Other (2025-04-22). "HUN HAQEEM DILANTIK SEBAGAI DUTA HARUMAN EMPORIO ARMANI MALAYSIA YANG BAHARU" (dalam bahasa Inggeris). Dicapai pada 2025-09-24.
  48. Ghafar, Fendi (2025-01-11). ""Untuk Semua Jiwa", transformasi Hun Haqeem ke dunia muzik bersama Noki K-Clique". suara.tv (dalam bahasa Inggeris). Dicapai pada 2025-09-24.
  49. 1K tontonan | Setiap lelaki pasti ada wanita yang dihormati kerana sikapnya, wanita yang jadi inspirasinya, dan pesanan wanita yang kekal dalam ingatan. Di situlah terletaknya kekuatan seorang wanita, melengkapi perjalanan hidup seorang lelaki. #Maskulin #MajalahMaskulin #WomanWeLove | Maskulin, dicapai pada 2026-04-17

Pautan Luar

[sunting | sunting sumber]