Citra Kasih adalah album studio kesebelas Inteam selepas album Qasidah Qalbu pada tahun 2024. Album yang diterbitkan dan diedarkan sendiri oleh Inteam Records ini mula diterbitkan pada 1 Februari 2026 di semua platform muzik digital dan juga boleh dibeli secara fizikal dalam bentuk USB melalui Inteam Marketing.
Album ini menampilkan 17 trek yang menghimpunkan single-single Inteam dari tahun 2022 sehingga 2026 serta beberapa lagu baru antaranya Hamparan Kasih, Citra Kasih dan Alangkah Indah. Selain itu, album ini menampilkan 4 buah lagu yang dinyanyikan secara solo oleh setiap anggota Inteam iaitu Asmaul Anbiya' oleh Abdul Rahim, Jendela Hafsah oleh Syah, Di Sisi-Mu oleh Hazamin dan Aku Diuji oleh Hisyam. Album ini juga memuatkan lagu Harum Setangkai Doa yang didedikasikan khas buat sahabat se-Inteam mereka iaitu Allahyarham Suhaimi Saad yang telah kembali ke rahmatullah pada 15 November 2023.