close
Pergi ke kandungan

Bauksit

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
BERJAYA
Bauksit dibandingkan dengan sekeping duit syiling dolar.
BERJAYA
Bauksit dengan kerak batuan yang tidak terhakis.
BERJAYA
Bauksit, Les Baux

Bauksit ialah batuan enapan kaya dengan unsur aluminium, khususnya sebatian oksida aluminium dan hidroksida boehmit γ-AlO(OH) dan gibsit Al(OH)3 bersama dengan silika selain oksida besi dan mineral lempung. Bauksit merupakan sisa-sisa mendapan lempung yang lazim terdapat di kawasan tropika dan subtropika. Nama "bauksit" diambil bersempena dengan sebuah kampung di selatan Perancis yang dikenali sebagai Les Baux, tempat bijih ini mula-mula ditemui pada 1821 oleh seorang ahli geologi bernama Pierre Berthier. Pada1861, ahli kimia dari Perancis, Henri Sainte-Claire Deville menamakan bijih ini bauksit.

Bijih bauksit terjadi di daerah tropika dan subtropika dengan memungkinkan pelapukan sangat kuat. Bauksit terbentuk daripada batuan sedimen yang mempunyai kadar Al nisbi yang tinggi, kadar Fe yang rendah dan kadar kuarsa (SiO2) yang kurang atau langsung tiada. Batuan tersebut, misalnya sienit dan nefelin berasal daripada batuan beku, batu lempung, lempung dan serpih. Batuan-batuan ini akan mengalami proses lateritisasi, yang kemudian oleh proses dehidrasi akan mengeras menjadi bauksit.

Bauksit boleh ditemui di dalam lapisan mendatar tetapi kedudukannya di kedalaman tertentu. Potensi dan cadangan endapan bauksit terdapat di Pulau Bintan, Kepulauan Riau, Pulau Bangka, dan Kalimantan serta Kuantan, Malaysia.

Trend pengeluaran

[sunting | sunting sumber]

Pada 2009, Australia ialah pengeluar bauksit terbesar dengan satu pertiga daripada pengeluaran dunia, diikuti dengan China, Brazil, India, dan Guinea. Walaupun permintaan terhadap aluminium bertambah dengan cepat, simpanan bijih bauksit yang diketahui cukup untuk memenuhi permintaan dunia untuk aluminium selama beberapa abad.[1] Pertambahan dalam pengitaran semula aluminium, dengan manfaat mengurangkan kos kuasa elektrik dalam penghasilan aluminium, akan menambahkan simpanan bauksit dunia.

Jumlah simpanan bauksit yang dibuktikan x1,000 tan pada 2010[2]
Negara Pengeluaran lombong Simpanan Bes simpanan
2010 2011 (ang.)
BERJAYA Guinea17,40018,0007,400,0008,600,000
BERJAYA Australia68,40067,0006,200,0007,900,000
BERJAYA Vietnam80802,100,0005,400,000
BERJAYA Jamaica8,54010,2002,000,0002,500,000
BERJAYA Brazil28,10031,0003,600,0002,500,000
BERJAYA Guyana1,7602,000850,000900,000
BERJAYA India18,00020,000900,0001,400,000
BERJAYA China44,00046,000830,0002,300,000
BERJAYA Greece2,1002,100600,000650,000
BERJAYA Iran500[3]
BERJAYA Suriname4,0005,000580,000600,000
BERJAYA Sierra Leone1,0901,700180,000?
BERJAYA Kazakhstan5,3105,400160,000450,000
BERJAYA Venezuela2,5004,500320,000350,000
BERJAYA Rusia5,4805,800200,000250,000
BERJAYA Amerika Syarikat30[3]N/A20,00040,000
Negara lain2,6302,6003,300,0003,800,000
Keseluruhan dunia (dibundarkan)209,000220,00029,000,00038,000,000

Lihat juga

[sunting | sunting sumber]

Nota kaki

[sunting | sunting sumber]
  1. "Bauxite and Alumina" (PDF). U.S. Geological Survey. m/s. 2. Dicapai pada 9 Januari 2014.
  2. "Bauxite and Alumina" (PDF). U.S. Geological Survey (Mineral Commodity Summaries). January 2012. m/s. 27. Dicapai pada August 1, 2012.
  3. 1 2 "World mineral statistics | MineralsUK". Bgs.ac.uk. Dicapai pada 2013-10-25.

Pautan luar

[sunting | sunting sumber]