close
Pergi ke kandungan

KA Bunga Mas Lima

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
BERJAYA
Bunga Mas Lima semasa hari terbuka TLDM
Sejarah
BERJAYAMalaysia
Nama: KA Bunga Mas Lima (BM5)
Pembina: Malaysian Marine and Heavy Engineering
Dilancarkan: 7 Mac 1996
Diperolehi: 1 Jun 2009
Ditauliah: 1 Jun 2009
Pengenalan:
Status: Dalam perkhidmatan aktif
Ciri-ciri umum
Jenis: Kapal bantuan pelbagai peranan
Sesaran: 9,000 tan[1]
Panjang: 132.80 m (435.7 ka)
Lunas: 22.7 m (74 ka)
Draught: 7.5 m (25 ka)
Jana kuasa:
  • Tangki Minyak Bahan Api Berat (Heavy Fuel Oil) – 540 tan
  • Tangki Minyak Diesel Marin – 50 tan
  • Tangki Minyak Silinder – 11,000 L
  • Tangki Air Tawar – 980 tan
Halaju: 17.0 knot (31.5 km/j; 19.6 mph)
Persenjataan:
Pesawat yang dibawa: 1 × Fennec AS555 atau Super Lynx
Kemudahan penerbangan:
  • Hangar
  • Platform pendaratan helikopter

KA Bunga Mas Lima (BM5) ialah sebuah kapal kontena yang dibeli oleh Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) dan diubah suai menjadi sebuah kapal bantuan atau Kapal Auksiliari TLDM. Bunga Mas Lima merupakan kapal kedua milik Malaysian International Shipping Corporation (MISC) yang dikerah ke Teluk Aden untuk menyokong Operasi Fajar. Kapal ini secara rasminya diserahkan kepada TLDM pada 22 Januari 2016 di Pangkalan TLDM Kota Kinabalu.[1]

Pembangunan

[sunting | sunting sumber]
BERJAYA
Model kapal Bunga Mas Lima dalam pameran

KA Bunga Mas Lima (BM5) dibina oleh Malaysian Marine and Heavy Engineering (MMHE) di Pasir Gudang, Johor bersama kapal kembarnya, KA Bunga Mas Enam (BM6). Kapal ini dilancarkan pada 7 Mac 1996 dan kemudiannya dibeli oleh Kerajaan Malaysia.[2]

Pengubahsuaian yang dilakukan termasuk penambahan ruang untuk kru tambahan, pemasangan peralatan pelancaran bot RHIB, pembinaan dek penerbangan untuk pendaratan helikopter dan sebuah hangar. Kren hadapan asal Bunga Mas Lima dibuang kerana menghalang operasi helikopter, manakala kren kedua dialihkan ke sisi kanan kapal di atas hangar.

Pengubahsuaian kapal ini merupakan inisiatif inovatif TLDM bersama MISC bagi membangunkan keupayaan “Fit-For-Purpose Capability” untuk Operasi Fajar TLDM di Teluk Aden. Kapal ini dikategorikan sebagai kapal bantuan tentera laut dan dikendalikan oleh kru MISC yang ditauliahkan sebagai pasukan simpanan TLDM, bersama pasukan operasi khas PASKAL yang ditempatkan di atas kapal.[3]

Pada waktu itu, kapal utama TLDM seperti KD Sri Indera Sakti, KD Mahawangsa dan KD Sri Inderapura sama ada sedang dibaik pulih atau melaksanakan tugasan lain di perairan Malaysia. Selain itu, kapal sokongan TLDM ketika itu hanya mempunyai dek pendaratan helikopter tanpa hangar. Justeru, cadangan untuk mewujudkan Kapal Sokongan Simpanan TLDM (Naval Auxiliary) dikemukakan oleh Panglima Operasi Armada, Laksamana Madya Kamarulzaman kepada Ketua Pegawai Eksekutif MISC, Datuk Shamsul Azhar bagi mengubah suai kapal kontena Bunga Mas Lima dan memasang hangar helikopter.

Tanpa hangar, penyelenggaraan dan operasi helikopter dalam keadaan laut bergelora adalah mustahil. Jurutera MISC mereka hangar tertutup menggunakan susunan kontena 40 kaki yang diubahsuai, lengkap dengan pintu hangar elektrik.

Sebagai perbandingan, kapal perang TLDM seperti kelas NGPV dan frigat mempunyai kemudahan operasi helikopter penuh, namun kos operasi mereka adalah tinggi untuk misi jarak jauh seperti di Teluk Aden.

Selepas tamat penugasan di Teluk Aden, KA Bunga Mas Lima berkhidmat sebagai pangkalan laut (sea base) untuk menyokong operasi TLDM di perairan Malaysia Timur khususnya di Laut Sulu. Kapal ini telah memberikan penjimatan ketara kepada TLDM dan kerajaan Malaysia sepanjang tempoh perkhidmatannya.

Operasi Utama

[sunting | sunting sumber]
  • 2011 – Menumpaskan cubaan lanun Somalia

Pada Januari 2011, TLDM berjaya menggagalkan cubaan lanun Somalia merampas kapal tangki kimia MT Bunga Laurel milik Malaysia. KA Bunga Mas Lima bertindak balas selepas menerima isyarat kecemasan daripada kapal tersebut. Sebuah helikopter Eurocopter Fennec digunakan untuk mengekang bot induk lanun, manakala pasukan PASKAL menjalankan serbuan ke atas kapal. Tiga lanun cedera dalam operasi tersebut, manakala 23 anak kapal berjaya diselamatkan dan tujuh lanun ditahan.[4]

  • 2011 – Evakuasi pelajar Malaysia di Mesir

Pada 5 Februari 2011, KA Bunga Mas Lima ditugaskan ke Pelabuhan Adabiya berhampiran Kaherah untuk membantu membawa pulang 500 pelajar Malaysia ketika krisis Revolusi Mesir 2011. Operasi evakuasi turut disokong oleh Tentera Udara Diraja Malaysia melalui pesawat C-130 Hercules serta penerbangan khas dari Malaysia Airlines dan AirAsia.[5]

Pegawai Memerintah

[sunting | sunting sumber]

Berikut ialah senarai Pegawai Memerintah KA Bunga Mas Lima:[1]

BilPegawai MemerintahMulaHingga
1Kdr Mohd Rahmat bin Abdul Rahman TLDM14 Apr 201621 Jun 2017
2Kdr Banggau anak Limbing TLDM21 Jun 201728 Jan 2020
3Kdr Ahmad Nazim bin Salimin TLDM28 Jan 202031 Mac 2021
4Kdr Rusmanizam bin Ismail TLDM1 Apr 202113 Jul 2022
5Kdr Razali bin Jusoh TLDM14 Jul 202214 Dis 2023
6Kdr Mohd Mokhsin bin Ishak TLDM15 Dis 2023Kini
  1. 1 2 3 "Pusat Pengajian dan Latihan TLDM - KA Bunga Mas Lima". PUSMAS TLDM. Tentera Laut Diraja Malaysia. Dicapai pada 29 Oktober 2025.
  2. Abas, Marhalim (3 Jun 2011). "MV Bunga Mas Lima Goes Pirate Hunting". Malaysian Defence.
  3. "9th Ops Fajar of Bunga Mas 5 begins". New Straits Times. 28 Februari 2011. Diarkibkan daripada yang asal pada 27 Ogos 2011.
  4. "Paskal commandos foil hijack attempt in Gulf of Aden". The Malay Mail. 2 Februari 2011. Diarkibkan daripada yang asal pada 23 Januari 2011.
  5. "Govt to bring M'sian students out of Egypt - Najib". The Star. 22 Januari 2011. Diarkibkan daripada yang asal pada 5 Februari 2011.

Pautan luar

[sunting | sunting sumber]