Donald Lim Siang Chai
Datuk Ir. Donald Lim Siang Chai ialah ahli politik Malaysia berketurunan Cina. Beliau merupakan mantan Timbalan Menteri Kewangan (2010-2013), mantan Timbalan Menteri Pelancongan (2006-2008), mantan Timbalan Menteri Penerangan (2003-2006), mantan Ahli Parlimen Petaling Jaya Selatan selama tiga penggal (1995-2008) dan mantan Senator (2010-2013).
Donald Lim Siang Chai | |
|---|---|
| Timbalan Menteri Kewangan | |
| Dalam jawatan 2010–2013 | |
| Didahului oleh | |
| Digantikan oleh | |
| Timbalan Menteri Pelancongan | |
| Dalam jawatan 2006–2008 | |
| Menteri | |
| Didahului oleh | |
| Digantikan oleh | |
| Timbalan Menteri Penerangan | |
| Dalam jawatan 2003–2006 | |
| Menteri | |
| Didahului oleh | |
| Digantikan oleh | |
| Ahli Parlimen Malaysia bagi Petaling Jaya Selatan | |
| Dalam jawatan 1995–2008 | |
| Didahului oleh | Kawasan dicipta daripada Puchong dan Petaling Jaya |
| Digantikan oleh | |
| Maklumat peribadi | |
| Lahir | 17 Disember 1955 Sungai Bakap, Pulau Pinang, Malaysia |
| Parti politik | |
Politik
[sunting | sunting sumber]Dalam Pilihan raya umum 1999, Donald Lim menang di Petaling Jaya Selatan . Beliau meenewaskan Dr. Syed Husin Ali (PRM) dan S. Selvanathan (Bebas).
Sekali lagi beliau menang di PJ Selatan dengan mengalahkan Sivarasa Rasiah - (Keadilan) pada 2004. Donald Lim (BN/MCA) menang ,mendapat 35,054 undi dengan majoriti 21,371 . Sementara Sivarasa kalah teruk, hanya mendapat 13,638 undi.
Dalam Pilihan raya umum 2008, beliau ditewaskan oleh Hee Loy Sian- (PKR) di parlimen Petaling Jaya Selatan dengan majoriti 5706 undi. Hee Loy Sian memperolehi 28,598 undi berbanding Donald Lim memperolehi hanya 22,892 undi. Apabila beliau tewas pada 2008, beliau dilantik sebagai Senator dan terus menyandang jawatan Timbalan Menteri Kewangan (2 Jun 2010 - 1 Jun 2013).[1]
Isu dan kontroversi
[sunting | sunting sumber]- Pada 21 Ogos 2012, beliau menyatakan bahawa jika Selangor dan negeri-negeri lain di negara ini dikuasai atau kekal di bawah pemerintahan BN, ia tidak akan menjadi negara Islam.Ketua Penerangan Dewan Pemuda PAS Malaysia, Riduan Mohd Nor menganggap kenyataan Pengerusi MCA Selangor ini amat keras dan keterlaluan serta jelas berbaur anti Islam. Setakat ini belum ada pemimpin UMNO bangkit mengecam pemimpin MCA tersebut. Sebelum ini , ada pihak terlalu kuat menghentam DAP yang dikatakan anti Islam sehingga ada kenyataan menyatakan haram mengundi DAP dalam pilihanraya umum.[2]
Keputusan pilihan raya
[sunting | sunting sumber]| Thn | Konstituensi | Calon | Undi | Prts | Lawan | Undi | Prts | Buang undi | Majoriti | Keluar | ||
|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|
| 1995 | P095 Petaling Jaya Selatan | Donald Lim Siang Chai (MCA) | 26,646 | 62.73% | Syed Husin Ali (PRM) | 15,021 | 35.36% | 43,854 | 11,625 | 65.66% | ||
| Selvanathan Savarimuthu (Bebas) | 811 | 1.91% | ||||||||||
| 1999 | Donald Lim Siang Chai (MCA) | 24,581 | 53.70% | Syed Husin Ali (PRM) | 20,736 | 45.30% | 46,652 | 3,845 | 68.92% | |||
| Selvanathan Savarimuthu (Bebas) | 457 | 1.00% | ||||||||||
| 2004 | P105 Petaling Jaya Selatan | Donald Lim Siang Chai (MCA) | 35,054 | 70.48% | Sivarasa Rasiah (PKR) | 13,638 | 27.42% | 49,738 | 21,416 | 67.67% | ||
| 2008 | Donald Lim Siang Chai (MCA) | 22,892 | 44.46% | Hee Loy Sian (PKR) | 28,598 | 55.54% | 52,631 | 5,706 | 71.91% | |||
| 2013 | P097 Selayang | Donald Lim Siang Chai (MCA) | 34,385 | 37.84% | William Leong Jee Keen (PKR) | 52,343 | 57.60% | 92,528 | 17,958 | 87.38% | ||
| Mohd Hazizi Abdul Rahman (BERJASA) | 4,152 | 4.57% | ||||||||||
Anugerah
[sunting | sunting sumber]
Selangor
Darjah Kebesaran Dato' Paduka Mahkota Selangor (D.P.M.S.) – Dato' (2002)[7]
Rujukan
[sunting | sunting sumber]- ↑ Donald Lim
- ↑ "BM-Premium A IPBM-Premium B IPBM-Premium C IPAmaran keras MCA: Di mana suara ulama Umno, mufti". Diarkibkan daripada yang asal pada 2012-08-21. Dicapai pada 2012-08-21.
- ↑ "Keputusan Pilihan Raya Umum Parlimen/Dewan Undangan Negeri". Election Commission of Malaysia. Dicapai pada 4 February 2017. Percentage figures based on total turnout.
- ↑ "KEPUTUSAN PILIHAN RAYA UMUM 13". Sistem Pengurusan Maklumat Pilihan Raya Umum (dalam bahasa Malay). Election Commission of Malaysia. Dicapai pada 5 May 2013.CS1 maint: unrecognized language (link) Results only available for the 2013 election.
- ↑ "my undi : Kawasan & Calon-Calon PRU13 : Keputusan PRU13 (Archived copy)". www.myundi.com.my. Diarkibkan daripada yang asal pada 31 Mac 2014. Dicapai pada 9 April 2014.
- ↑ "Keputusan Pilihan Raya Umum ke-13". Utusan Malaysia. Diarkibkan daripada yang asal pada 21 Mac 2018. Dicapai pada 26 Oktober 2014.
- ↑ "DPMS 2002". awards.selangor.gov.my.
- Penerima Darjah Kebesaran Dato' Paduka Mahkota Selangor
- Kelahiran 1959
- Ahli politik Malaysia berketurunan Cina
- Anggota Persatuan Cina Malaysia
- Ahli Dewan Rakyat, Parlimen Malaysia ke-9
- Ahli Dewan Rakyat, Parlimen Malaysia ke-10
- Ahli Dewan Rakyat, Parlimen Malaysia ke-11
- Setiausaha parlimen kementerian Malaysia
- Ahli Dewan Negara, Parlimen Malaysia ke-12
- Naib Presiden MCA
