Dinasti Buwaihi
Dinasti Buwaihi الدولة البويهية | |||||||||||
|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|
| 934–1062 | |||||||||||
| Wilayah Dinasti Buwaihi pada tahun 970M Wilayah Dinasti Buwaihi pada tahun 970M | |||||||||||
| Status | Dinasti | ||||||||||
| Ibu negara | Syiraz (Fars) Baghdad (Iraq) Rayy (Jibal) | ||||||||||
| Bahasa umum | Bahasa Parsi Bahasa Arab | ||||||||||
| Agama | Islam Syiah | ||||||||||
| Pemerintah | Monarki | ||||||||||
| Amir | |||||||||||
• 934–949 | Ali Bin Buya (Imad Ad-Daulah) | ||||||||||
| Zaman bersejarah | Zaman Keemasan Islam | ||||||||||
• Ditubuhkan | 934 | ||||||||||
• Ditakluki oleh Dinasti Seljuk | 1062 | ||||||||||
| Mata wang | Dinar, Dirham | ||||||||||
| |||||||||||
Dinasti Buwaihi atau Dinasti Buwayhiyyah (Arab: البويهية) adalah dinasti yang beraliran Syiah. Dinasti ini berkuasa di wilayah Parsi dan Iraq. Ia diasaskan oleh seseorang daripada suku Dailami. Dinasti ini berkuasa dari tahun 934 hingga 1062 Masihi.
Sejarah awal
[sunting | sunting sumber]Penubuhan
[sunting | sunting sumber]Sebab utama daripada pengembangan suku Dailami ialah kerana kosongnya pentadbiran yang diakibatkan oleh mundurnya Ibnu Abi As-Saj, gabenor Azerbaijan dengan tenteranya ke Iraq pada tahun 926M untuk memerangi gerakan Qaramitah.
Di antara yang mengambil peluang ini adalah Mardawij Bin Zayyar, penguasa Jilan yang mengukuhkan kekuasaannya di wilayah Rayy dan Isfahan pada tahun 927M. Di antara mereka yang direkrut adalah seorang anak nelayan dari pantai Kaspia iaitu Ali Bin Buya, yang kemudian mengundang dua orang adiknya iaitu Hasan dan Ahmad untuk bergabung.
Ali segera diangkat sebagai penguasa Karaj, membuatkan beliau dapat merekrut pengikut dan menjadi panglima tentera. Kekuasaannya menyebabkan berlakunya konflik dengan Mardawij. Pada tahun 932M, beliau bergerak ke arah selatan dengan 400 orang suku Dailami ke Fars.
Pengukuhan kuasa
[sunting | sunting sumber]Ali Bin Buya berusaha melepaskan diri daripada Mardawij dan beliau mendapat pembiayaan kewangan daripada Zaid Bin Ali An-Naubandajani (seorang tuan tanah dari suku Arrajan di Fars). Ali Bin Buya datang bersama sekitar 900 orang Dailami pada tahun 933M dan segera memperkukuhkan dirinya. Beliau mengirim Hasan Bin Buya untuk mengumpulkan cukai di sekitar Kazirun dan Fars.
Penguasaan Baghdad
[sunting | sunting sumber]Pada suatu hari, pertempuran tercetus antara tentera Dailami dengan tentera Yakut, panglima pasukan Turki di Baghdad dan berakhir dengan kemenangan orang Dailami. Pada tahun 947M, pertempuran terbuka antara orang Turki dan Dailami terjadi dan Sebuktegin berhasil menguasai Baghdad sepenuhnya. Walau bagaimanapun, Baghdad dapat dikuasai semula oleh Bakhtiar (Dinasti Buwaihi) dengan bantuan Dinasti Hamdani pada tahun 975M.
Struktur pemerintahan
[sunting | sunting sumber]Secara teorinya, dinasti ini lebih berkonsepkan persekutuan. Setelah kematian Hasan Bin Buya pada tahun 977M, bahagian barat dari kawasan Al-Jibal dipisahkan untuk membentuk unit baru yang berasas di Hamadan dan Isfahan, sedangkan dari waktu ke waktu Kirman di timur menikmati kebebasannya dari Fars, suatu kebebasan yang menjadi kekal setelah meninggalnya Firuz pada tahun 1012M.
Hubungan dengan Khalifah
[sunting | sunting sumber]Sementara lembaga kekhalifahan dihormati, individu khalifah tidaklah demikian. Bani Buwaihi memakzulkan Khalifah Al-Mustakfi setelah menguasai Baghdad dan mengangkat Al-Muti setelah Khalifah Al-Mustakfi memberi gelaran kehormat kepada Ali (Imad Ad-Daulah), Hasan (Rukn Ad-Daulah) dan Ahmad (Mu'izz Ad-Daulah).
Kemerosotan
[sunting | sunting sumber]Di akhir hayat dinasti ini, kekacauan terus berlaku. Setelah meninggalnya Baha' Ad-Daulah, posisi Fakhr Al-Mulk di Baghdad mula lemah. Pada tahun 1016M, pengganti Baha' Ad-Daulah, Sultan Ad-Daulah membunuh Fakhr Ad-Daulah. Sultan Ad-Daulah meninggal pada tahun 1021M dan digantikan oleh saudaranya, Musyarrif Ad-Daulah.
Ketika Musyarrif Ad-Daulah meninggal, orang Turki mengakui Abu Kalijar di Fars. Walau bagaimanapun, ketika beliau menolak untuk datang ke Baghdad, mereka beralih kepada bapa saudaranya, Jalal Ad-Daulah yang hadir ke kota itu pada tahun 1025M dan tetap menjadi amir sehingga beliau meninggal pada tahun 1044M.
Pada masa ini, Baghdad dilanda pelbagai kesulitan ekonomi dan penentangan antara aliran, terutamanya Syiah dengan Sunni. Setelah Jalal Ad-Daulah meninggal, tampuk pemerintahan jatuh ke tangan Abu Kalijar di Syiraz. Ketika beliau meninggal pada tahun 1048M, penguasa Dinasti Buwaihi telah hilang disebabkan serangan Dinasti Seljuk.
Senarai penguasa
[sunting | sunting sumber]Penguasa di Fars
[sunting | sunting sumber]- Ali Bin Buya / Imad Ad-Daulah (934–949)
- Setelah berkuasa di Fars, beliau berusaha memperoleh pengakuan daripada khalifah Abbasiyah dan beliau berhasil memperolehinya dengan janji untuk membayar upeti. Walau bagaimanapun, beliau tidak pernah menunaikannya.
- Mengundang adiknya, Ahmad untuk menguasai wilayah Kirman. Walau bagaimanapun, usaha itu menemui kegagalan.
- Kedudukannya di Fars bertambah kukuh setelah kematian Mardawij dan beliau berhasil menarik pendukung Mardawij.
- Fana Khusrau Bin Hasan Bin Buya / Adud Ad-Daulah (949–983)
- Pernah menjadi penguasa di Fars selama hampir 30 tahun.
- Beliau menguasai Kirman pada tahun 968M akibat adanya perselisihan di antara Bani Ilyas, dinasti yang berkuasa di Iran pada 932-968M.
- Menekan penduduk Qufsh dan Bukit Baluch dan mengangkat anaknya, Syirdil, sebagai gabenor.
- Berjaya menguasai Oman.
- Mengambil kesempatan atas kelemahan Bakhtiar dan beliau menuju ke Baghdad. Dalam masa sebulan beliau berhasil menguasai Mosul.
- Menamatkan permusuhan di antara ahli keluarganya yang lain (Fakhr Ad-Daulah dengan Muayyid Ad-Daulah).
- Menghabiskan 2 tahun terakhir daripada kekuasaannya di Baghdad dan berhasil membangunkan ekonomi, pentadbiran dan politik.
- Meninggal pada tahun 983M.
- Syirdil Bin Fana Khusrau / Syaraf Ad-Daulah (983–990)
- Telah menjadi penguasa di Kirman pada saat ayahnya meninggal tetapi segera menjadi penguasa di Syiraz, ibu kota Fars.
- Beliau bergerak menuju Baghdad dan diikuti oleh pemimpin daripada semua kelompok Turki dan Dailami.
- Meninggal dunia pada tahun 990M sewaktu berusia 28 tahun.
- Samsam Ad-Daulah Bin Fana Khusrau (990–998)
- Ditetapkan sebagai penguasa oleh pendukungnya di Baghdad, bahkan sebelum diumumkan kematian ayahnya.
- Dibuang ke Fars, ditempatkan di penjara yang terpencil dekat Siraf dan dibutakan.
- Diangkat sebagai penguasa di Fars dan Arrajan oleh pendukungnya.
- Firuz Bin Fana Khusrau / Baha' Ad-Daulah (998–1012)
- Pernah diangkat sebagai penguasa Ahwaz
- Menduduki Fars pada tahun 998M, beliau tidak pernah meninggalkan wilayah itu sehingga beliau meninggal pada tahun 1012M.
Penguasa di Iran Tengah (Al-Jibal)
[sunting | sunting sumber]- Hasan Bin Buya / Rukn Ad-Daulah (947–977)
- Mengambil kesempatan atas kematian Mardawij dengan menjadi penguasa di Iran Tengah, mulai daripada Rayy sehingga ke Isfahan pada tahun 947M.
Penguasa di Iraq
[sunting | sunting sumber]- Ahmad Bin Buya / Mu'izz Ad-Daulah (945–967)
- Cuba menguasai Iraq. Hal ini dipermudahkan dengan merosotnya kekuatan politik Dinasti Abbasiyah dan perebutan jawatan amir al-umara.
- Cuba untuk memasuki Baghdad pada tahun 944M tetapi dipukul mundur oleh Tuzun (salah seorang amir al-umara). Setelah Tuzun meninggal setahun setengah kemudian, Ahmad dan tenteranya menduduki Baghdad. Beliau diangkat sebagai amir al-umara oleh Khalifah Al-Mustakfi pada tahun 945M.
- Terpaksa menghadapi serangan daripada Nasr Ad-Daulah (penguasa Dinasti Hamdani yang ketika itu menguasai Mosul dan utara Iraq).
- Bakhtiar / Izz Ad-Daulah (967–978)
- Beliau gagal menjamin kesetiaan tentera, dijauhi oleh orang Turki dan Dailami.
- Sekitar tahun 972M, hubungan beliau dan komandan tenteranya memburuk sehingga beliau berusaha menggantikannya dengan orang Turki yang lain tetapi Sebuktegin ternyata terlalu kuat dan kembali memperoleh jawatannya.
- Krisis ini berlanjutan sehingga tahun berikutnya ketika datang berita serangan Byzantine ke wilayah Islam. Beliau memerintahkan Sebuktegin mempersiapkan pasukan jihad tetapi Sebuktegin mengambil kesempatan dengan memperkuatkan barisan anti-Buwaihi.
- Penasihatnya yang baru, Ibnu Baqiyya mempengaruhinya bahawa peluang pengumpulan dana dapat dilakukan dengan ekspedisi baru ke Mosul. Pada tahun 974M, Sebuktegin dan Bakhtiar menuju ke utara Iraq. Walau bagaimanapun, ekspedisi ini gagal dan mereka terpaksa membuat perjanjian damai.
- Beliau dan Ibnu Baqiyya meninggalkan Baghdad menuju Wasit dan Ahwaz di mana asas kekuasaannya akan ditegakkan. Di sini, mereka mendapatkan sokongan orang Dailami dan menyita Iqta' orang Turki termasuk milik Sebuktegin.
- Berjaya merebut kembali Baghdad dengan bantuan Fana Khusrau (sepupunya) dan Dinasti Hamdani pada tahun 975M.
- Dibunuh pada tahun 978M oleh Fana Khusrau (sepupunya).
Sumbangan dan pencapaian
[sunting | sunting sumber]Ilmu pengetahuan dan kesusasteraan
[sunting | sunting sumber]Khalifah al-Adhud mendukung perkembangan ilmu pengetahuan dan kesusasteraan, yang kemudian diikuti oleh penggantinya, Syaraf al-Daulah. Contoh cendekiawan yang hidup di era pemerintahan Dinasti Buwaihi ialah Ibnu Miskawaih.
Pembangunan infrastruktur
[sunting | sunting sumber]Dinasti Buwaihi membangunkan hospital. Salah satunya bernama Bimaristan al-Adhudi yang terletak di Baghdad, ia dibangunkan pada tahun 978M dan menampung seramai 24 pengamal perubatan. Penguasa Dinasti Buwaihi turut memperbaiki terusan-terusan, perpustakaan dan mendirikan badan-badan kebajikan yang ditanggung oleh perbendaharaan negara.
Penyatuan wilayah
[sunting | sunting sumber]Adud Al-Daulah berhasil menyatukan wilayah-wilayah kecil di Parsi dan Iraq menjadi satu entiti politik yang kuat.
Kesenian dan pertukangan
[sunting | sunting sumber]Dinasti ini terkenal dengan pertukangan besi dan tembikar. Contohnya, pembuatan mata wang dan tembikar dengan pengaruh seni Parsi.
